Satu peristiwa yang mencemaskan oleh : muhammad farish bin fahmi

Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik . Aku mencuci gigiku dan menyiapkan diri untuk bertidur . Aku tersenyum menampakkan barisan gigi yang putih bak mutiara .Ini kerana abangku , Said , baru sahaja mendapatkan lesen memandu kereta dan sebagai hadiah , ibu dan ayahku membelikan dia kereta berwarna merah jenama "Subaru Impreaza" . Aku sebenarnya tidak sangka yang dia akan mendapatinya kerana dia tidak sebegitu rajin tetapi sebagai adik , aku berasa bangga untuk dia . Lagipun , dia boleh menghantarku ke sekolah setiap hari . Aku pun menutup mataku dan mula bertidur .
Tujahan cahaya matahari pagi yang terang menampar dada bilik . Aku pun terbangun sambil menguap . Aku mula hariku dengan membuka langsir dan mataku terkebil-kebil apabila melihat cahaya sang matahari yang kuat . Aku pun terus pergi ke tandas dan bermandi . Selapas itu , aku bersalin dalam berpakaian sukan kerana sebentar lagi aku berjanji bersama rakan akrabku , Iman , untuk berlari-lari anak di Taman Jurong berdekatan rumahku .
" Farish ! Mari sini kita bersarapan . Ibu sudah masak lauk kegeraman kamu ini . Cuma Farish dengan ibu sahaja , ayah dan abang baru sahaja pergi ke kerja . " ibu memanggil secara tiba-tiba .
Apabila aku keluar daripada bilikku , kebauan makanan yang lazat mengisi lobang hidungku . Perasaan kegembiraan dan kesyukuran berbunga di lubuk hatiku . Tanpa menunggu aku mengajak ibuku untuk bersarapan sambil berlari untuk mngambil nasi . Selepas bersarapan , aku terus mengucapkan terima kasih kepada ibuku . Aku bergegas dan terus memakai kasut dan menurun ke kolong blok yang Iman sedang menunggu . Kita terus berlari-lari anak daripada situ ke Taman Jurong kerana jaraknya tidak sebegitu jauh . Disebabkan kepanasan , bintik-bintik peluh bercambah di tubuhku . Kami berasa penat dan membuat keputusan untuk membeli minuman di kedai runcit yang berdekatan . Selepas itu kami terus bersambung untuk berlari-lari anak di taman tersebut .
Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman seperti ada kemalangan kereta . Alangkah terperanjatnya aku ternampak sebuah kereta berwarna merah bertembung dengan pokok di depan Iman . Aku merenung dengan keras dan aku terkejut apabila ternampak yang kereta merah adalah kereta abang .Tiba-tiba nafasku tercungap-cungap keletihan . Bau asap dari kereta tersebut pun membuatku lebih lemah . Mataku pun terkebil-kebil macam katak disimbah air dan aku mula berpengsan . Perkara terakhir yang aku terdengar adalah bunyi ambulans dan suara Iman yang sedang memekik dan ia sangat lembut .
Aku terbangun dan membuka mata dengan pelahan-lahan . Alangkah terperanjatnya aku sedang berada di wad hospital tetapi aku musykil kerana ibu dan ayahku tiada bersamaku . Aku cuba bertanya kepada jururawat tentang perkara ini . Dia memberitahu yang abangku , Said , telah terlibat dalam sesuatu kemalangan . Tetapi ia tidak sebegitu serius . Namun , aku masih sedih kerana aku berasa sangat bimbang . Aku merenung mataku dengan seliratan tanda tanya .
" Mengapakah Abangku terlibat dalam kemalangan seperti bergini ? Aku ingatkan dia baru sahaja mendapatkan lesennya , " aku tertanya diriku .
Soalan tersebut berulang-ulang kali dan asyik menimbul kepada otakku . Ibu dan ayah pun sudah sampai . Dia memberitahu yang abangku sedang beritidur tetapi sebelum itu , dia memberitahu bahawa mengapa dia terlibat dalam kemalangan tersebut . Titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut mata ibu dan ayahku . Sebenarnya abangku memberi rasuah kepada pengujiannya kerana dia asyik gagal dalam ujian tersebut . Ini pun kerana dia mahu membuat aku , ibu dan ayahku bangga . Aku membisu dalam seribu bahasa . Aku tidak sangka dia akan membuat perkara seperti ini . Pihak-pihak polis pun sudah datang dan berkata kepada abangku yang dia harus berkhidmat dalam penjara untuk tiga tahun sahaja . Perkataan akhirnya ialah dia berkata dia menyesal dan dia menyuruh kami untuk menziarahinya . Tetapi , kami semua berdiam sahaja . Dalam kegelisahan dan kekecewaan , kami tinggalkannya dan pulang balik ke rumah .
Malam telah melampaui garisnya , dinihari mula menjelma . Aku bersiap untuk bertidur dan senyuman yang lebahku tiada lagi . Abangku tiada lagi hingga tiga tahun . Aku berasa sangat sedih terhadap ini . Air mataku pun terkeluar dan aku menutup hari ini dalam kesedihan . Aku pun tutup mataku dan mula bertidur .

Credits:

Created with images by Akent879 - "car accident totalled car" • Chris., - "Clifton Park (171)" • Akent879 - "car accident totalled car"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.