Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan Umrah 2016 (makkah al mukarramah dan madinah al munawwarah)

Tahun ini, aku amat bersyukur kerana telah dijemput kali kedua sebagai tetamu rumah Allah s.w.t iaitu di Makkah Al-Mukarramah, tempat yang kaya dengan sejarah Islam. Aku juga dapat mengunjungi Madinah Al-Munawwarah. Kali ini, aku telah ke sana bersama keluarga mak cik dan atok nenekku. Terdapat banyak pengalaman dan juga pengajaran yang dapat aku memanfaatkan sepanjang perjalanan itu.Tidak sabar rasanya aku hendak berkongsi pengalaman dan juga sedikit mengenai sejarah Islam di sebalik tempat-tempat yang terkemuka di sana . Namun sebelum aku mulakan pembentanganku, luangkanlah sedikit masa untuk menonton video yang telah aku rakam akan ketibaanku di lapangan terbang Jeddah.

Masjid Al-Haram, Makkah MUKARRAMAH

Masjid Al-Haram

Sebut sahaja Masjid Al-Haram, minda kita akan tertumpu kepada Kaabah. Ini kerana Kaabah ialah arah kiblat bagi umat Islam dalam mengerjakan Solat. Sebab itulah masjid ini dikatakan sebagai tempat yang paling suci untuk umat Islam. Masjid Al-Haram ialah dimana kita akan kunjungi untuk mengerjakan umrah atau haji. Untuk pengetahuan anda, satu umrah terdiri daripada 7 kali pusingan kelilingi Kaabah (tawaf), berjalan dari Bukit Safwah ke Marwah sebanyak 7 kali (saii) dan akhir sekali bercukur/bergunting. Selepas itu, barulah Umrah kita akan dikirakan sah.

Sejarah Masjid Al-Haram

Sejarah Masjid Al-Haram membawa kita ke zaman Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Merekalah yang dipercayai membina Kaabah. Di situlah umat Islam pada waktu itu beribadah. Tetapi selepas beberapa zaman, agama Islam terhapus kerana ramai yang mula sembah berhala. Lama-kelamaan, Kaabah telah dijadikan tempat untuk orang kafir (Quraisy) menyembah tuhan-tuhan mereka. Namun, selepas kedatangan Rasulullah s.a.w , umat Islam dapat merampas balik rumah yang suci itu.

Menurut ustaz yang membawa kami dalam pakej umrah ini, pada zaman Rasulullah s.a.w , masjid ini hanya terdiri daripada Kaabah dan sebuah halaman yang luas. Maka sebagai peganti dinding masjid, penduduk Mekah telah mebangunkan rumah mereka di sekeliling Kaabah. Bak pepatah Melayu, "Tiada rotan akar pun bergana".

Kali pertama dalam jangka 4 tahun aku mengerjakan umrah. (Gambar ini dipetik sebelum aku menyukur rambutku. :( )

Berdekatan dengan Masjid Al-Haram terdepat menara jam (tower clock). Menara jam ini boleh dilihat sejauh 80 km. Di dalam menara ini ada pejabat, hotel dan pusat membeli-belah.

Semasa di Masjid Al-Haram, aku berkesempatan untuk solat di dalam Hijir Ismail. Ia dipercayai bahawa pahala solat di dalam Hijir Ismail sama seperti pahala solat di dalam Kaabah. Selain daripda itu, aku juga berkesempatan untuk memegang Kaabah dan juga mencium batu Hajar Aswad.

Air Zam-Zam mudah untuk dicari di Masjid Al-Haram.

Jabal Nur/Gua Hira

Gua Hira, yang terletak di atas Jabal Nur, ialah dimana Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu pertamanya daripada Allah s.w.t untuk menjadi seorang nabi dan rasul. Wahyu itu disampaikan kepadanya melalui Malaikat Jibril. Wahyu pertama yang diberikan kepadanya ialah Surah Al-Alaq, dimana Malaikat Jibril telah menunjukkan wajah sebenarnya di hadapan Rasulullah dan menyuruh baginda untuk membaca. Namun, setiap kali Jibril sebutkan perkataan "Bacalah", Nabi Muhammad akan menjawab dengan ketakutan, " Aku tidak tahu membaca". Maka dengan itu, Jibril akan mendakapnya lalu mengulangi permintaannya sehingga dapat. Daripada peristiwa itulah Rasulullah s.a.w menjadi nabi.

Masjid Namirah/Jabal Rahmah

Aku dan nenekku bergambar di hadapan Masjid Namira.

Masjid Namirah

Masjid Namirah merupakan masjid yang hanya digunakan pada musim Haji. Apabila musim Haji berakhir, masjid ini akan ditutup. Semua jemaah Haji yang menginap di khemah-khemah di Mina akan berjalan ke masjid ini untuk beribadah. Menurut ustaz, kesemua jalan raya yang menuju ke arah masjid ini akan penuh dengan jemaah

Jabal Rahmah

Telah dikatakan bahawa Jabal Rahmah tempat yang paling sesuai untuk berdoa kerana segala doa yang dimintakkan akan dimakbulkan. Ramai jemaah Haji dan Umrah akan mendaki bukit ini untuk berdoa. Di atas bukit ini juga ada peniaga-peniaga yang menjual barang seperti baju dan tasbih. Aku berasa hairan kerana ada jemaah yang menulis nama mereka pada monumen yang terletak di atas bukit ini. Aku telah membuat sedikit kajian tentang hal tersebut dan diberitahu bahawa menuliskan nama-nama mereka serta nama pasangan mereka adalah untuk mengekalkan perjodohan mereka seperti Adam dan Hawa.

Masjid Nabawi, madinah al munawwarah

Masjid Nabawi ialah lagi satu masjid yang kaya dengan sejarah Islam, terutama sekalinya pada zaman Rasulullah s.a.w. Masjid ini merupakan masjid yang kedua Nabi Muhammad s.a.w bina selepas Masjid Quba. Di dalam Masjid Nabawi terletaknya makam Rasulullah, serta sahabat-sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Umar al-Khattab r.a. Ternyata makam nabi junjungan kita terletak tepat di bawah kubah hijau (sepertimana di dalam gambar di atas). Selain itu, makamnya juga terletak bersebelahan dengan rumahnya. Di dalam masjid ini juga ada sebahagian daripada taman syurga yang lebih dikenali sebagai Ar Raudhah. Aku tetap dapat solat di Ar Raudhah meskipun ramai yang berpusu-pusu hendak solat di dalamnya.

Makam Nabi Muhammad s.a.w serta sahabat-sahabatnya.

Masjid Quba'

Masjid Quba' ialah masjid yang pertama Rasulullah s.a.w bina. Baginda telah membina masjid itu sebelum memasuki kota Madinah pada pertama kali. Ia dikatakan bahawa pahala solat dua rakaat di dalam masjid ini sama seperti pahala mengerjakan satu umrah.

Kenangan yang diperoleh tidak dapat kulupakan. Aku berharap aku dapat mengunjungi tempat yang penuh dengan sejarah ini pada tahun- tahun yang akan datang.

Sekian

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.