Loading

Mari Kita Langka Ke Langkawi Harith Syafiq & Shaqil harris

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang

Hari pertama:Kami semua berjumpa di sekolah dan berangkat ke Langkawi.Apabila kami tiba di Langkawi,kami berjumpa bersama pemandu pelancong kami dan pergi ke beras terbakar. Kami terkejut apabila kami berdepan Padang Beras Terbakar kerana kami menyangka Padang itu luas seperti padang padi tapi rupa-rupanya 30 meter panjang sahaja . Padang ini dinamakan sebegini kerana Siam serang mereka dan mereka membakar padi nasi itu di sana. Tempat ini istimewa kerana ia masih mengekal walaupun sudah lebih 400 tahun.

BERAS TERBAKAR

MAKAM MAHSURI

Selepas beras terbakar,kami pergi ke makam Mahsuri.Mahsuri dibunuh dengan keris yang dipakai sahaja untuk membunuh dia dan darah Mahsuri warna putih.Dia juga bersumpah kepada 7 generasi.Kami nampak perigi yang mempunyai air yang segar.Air perigi tidak akan habis.Air perigi ini boleh diminum,cuci barang dapur dan banyak-banyak lagi.Saya juga telah lihat makam Mahsuri yang benar dan ada replikasi juga.Saya juga dapat masuk ke rumah Mahsuri yang dibuat oleh kayu dan rumahnya berdiri selama 200 tahun.Rumahnya banyak lobang dan sangat sejuk.Kami harus mengikuti Ciri-ciri Mahsuri seperti tidak Putus asa.

HOMESTAY DESA WANG TOK

Hari kedua:Kami pergi ke Homestay Desa Wang Tok Rendong.Kami pelajari Yang ramai Rakan kami tidak mengetahui tentang permainan Sejarah melayu.Pengalaman ini tidak akan dilupa kerana banyak aktiviti yang kami dapat lakukan.Kami dapat melakukan aktiviti seperti congkak,tarian,memasak dan bermain permainan muzik tradisional melayu seperti gong dan kompang.Kami juga dapat pergi ke rumah keluarga angkat kami dan rumahnya sangat lawa.Kami juga dapat bermain bola sepak dengan penduduk kampung.Kami juga dapat makan makanan mereka.

MARDI AGRO TECHNOLOGY PARK

Hari ketiga:Kami ke Mardi Agro Technology Park dahulu.Kami dapat berjumpa dengan kambing Dan kami juga dapat memakan bush-buahan yang segar.Kami juga dapat menaiki ‘tramp’ untuk berjalan di daerah Taman ini.

Tadi kami berada di taman, Boleh dikata sungguh aman. Tidak seperti di negara kita, Yang sungguh sibuk di sini sana.

MUZIUM LAMAN PADI

  • Kami telah pelajari proses padi sangat lama dan memang susah
  • Kami juga pelajari yang mereka menggunakan banyak pelbagai barang untuk menangkap ikan.
  • Kami pun perasan yang mereka menggunakan kerbau untuk membuat padi
  • Kami telah pelajari herba seperti daun sekentut dan daun kayu manis.
  • Perkara yang kami tidak boleh lupakan ialah apabila kami semua dapat memasuki laman padi.Kami mendapat peluang untuk menanam padi.Kami semua harus memasuki dalam laman padi yang kotor dan bahu yang sangat busuk.Tetapi,akhirnya kami dapat menghabiskan menanam padi juga.

LAWATAN KE SEKOLAH

Kami bermain bola raga bersama pelajar-pelajar di sana.Sangat senang untuk kami berborak-borak antara satu sama lain.Pelajar di sana sangat peramah dan kami dapat berinteraksi dengan mereka.Saya dapat kawan dengan satu orang nama Mizzi.Sekolah mereka sangat besar dan mereka ada sebuah galeri yang mengajari kami tentang dadah dan rokok.Saya harap sekolah kami juga ada galeri seperti ini.

KOMPLES SENI KRAFTANGAN LANGKAWI

Di sana,kami dapat membuat ‘batik painting’,mempelajari lebih tentang madu dan juga mendirikan keris.Kami berasa sangat seronok apabila kami membuat ‘batik painting’.Ia nampak sangat senang tetapi caranya sangat susah.Tetapi sangat seronok kerana kami dapat mewarnakan apa-apa imaginasi yang kami boleh menggambarkan.Saya juga pelajari yang madu ada banyak kebaikan seperti menyembuhkan perasaan penat,demam,kecantikan,zat-zat dan banyak lagi.

TUGASAN

MUZIUM 3D LANGKAWI

  • Kami berasa sangat gembira apabila di situ.Kami dapat melihat arnab dan memberi mereka makanan lobak.
  • Tempat ini pada kami istimewa kerana bukan sahaja Muzium 3D ini banyak tarikan,pemandangannya pun sungguh lawa.Ada gunung yang tinggi berdekatan dengannya.
  • Pengalaman kami sama seperti informasi di internet.Kami dapat berasa ghairah dan juga amat puas dengan tempat ini.

HARI TERAKHIR

  • Hari terakhir,kami semua ke pantai.Kami mengambil gambar dengan satu sama lain kerana selepas pantai,kami akan makan dan ke lapangan terbang.Ini kirakan memori terakhir kami.
  • Kami makan di sebuah gerai kampung.Makanannya sangat sedap dan ada banyak pilihan lauk.Itulah kali terakhir kami dapat rasa makanan Langkawi.
  • Selepas itu,kami di lapangan terbang.Kami semua akan meninggalkan Langkawi.Apabila kami mahu memasuki untuk menunggu kapal terbang,kami menangis meninggalkan Abang Azzry kerana dia seorang pemandu pelancong yang peramah dan baik.Apabila kami di kapal terbang,kami semuanya tidak mahu meninggalkan Langkawi tetapi kami harus ke tempat asal kami juga bak pepatah setinggi bangau terbang,hinggap di belakang kerbau juga.

RUMUSAN

  • Langkawi telah berkesan kepada kami dengan budaya mereka dan cerita-cerita atau lagenda yang berada di tempat ini.Budaya dan cerita-cerita ini telah mengajar kami nilai-nilai yang penting.
  • Satu memori yang kami tidak boleh lupakan ialah hari kedua apabila kami di Homestay.Kami dapat merasai hidup kampung dan juga kami rindu orang-orang di sana kerana mereka semua peramah.Kami juga dapat melakukan aktiviti-aktiviti seperti congkak,tarian dan lain-lain lagi.Pengalaman ini tidak akan dilupakan.
Hari ini melihat helang,Hari ini makan di gerai,Hari ini kami berkampung,Hari esok kami bercerai.

Credits:

Created with images by Jingxuan Chi - "untitled image"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.