Satu peristiwa yang mencemaskan. Oleh : Verina Lutfiyah

Cuaca yang bertambah ganas dengan tiada awan-gemawan dirasakan menggigit- gigit kulit. Bintik-bintik peluh bercambah di sana di sini di tubuh aku dan rakan baikku , Afiq. Aku dan Afiq bercadang untuk menghabisi masa lapang kita selepas sekolah bermain di taman permainan berdekatan dengan rumah aku kerana masa yg kebosanan di rumah .

Sekolah pun tamat. Aku dan Afiq pun bergegas pulang ke rumah kami masing-masing seperti lipas kudung . Aku dan afiq pulang ke rumah kerana kami hendak menukar seragam sekolah kami ke baju yang selesa dipakai supaya apabila kita membuat kesalahan yang besar, kami dapat mengelakkan selokah kami daripada kemaluan ibarat pepatah cubit paha kanan, paha kiri terasa juga . Selepas menukar baju dan tanya ibu-bapa kami kebenaran untuk bermain di taman permainan, kami jumpa di taman permainan . Di taman permainan itu , keringat kami berlumba - lumba keluar dari permukaan dahi lalu membasahi satu badan kami. Taman permainan yang berdekatan dengan rumah aku itu sunyi dan tidak ada ramai orang seperti kubur.

Tiba - tiba semasa aku dan Afiq sedang berlari - lari di taman permainan yang sunyi itu , kami terlihat dua kumpulan remaja yang sedang berdiri menghadapi satu sama lain.Muka mereka sungguh Sirius dan padam merah.Mata mereka yang memancar api .Aku dan Afiq pun hentikan permainan kami lalu berhenti berlari. Debaran hati memukul dada kami dengan kuat melihat kumpulan yang menghadapi satu sama lain menggunakan bahasa kesat kepada satu sama lain. Pergaduhan mereka membuat tempat yang dipenuhi kesunyian menjadi pasar.Aku dan afiq pun mula jalan perlahan - lahan jauh dari tempat pergaduhan itu lalu memikirkan sesuatu untuk memerhentikan pergaduhan yang ngeri itu.

Pergaduhan mereka itu pun mula menjadi lebih bahaya dan menakutkan kerana mereka telah mula bergaduh menggunakan keganasan dan juga berteriakan bahasa kesat.

'' Haruskah kita memerhentikan pergaduhan yang bahaya itu ? " tanya aku dan Afiq kerana kerisauan dan ketakutan.

Kerisauan mula memuncak,akar persoalan kami belum terlerai. Kami pun mula menenangkan diri kami. Ketakutan aku pun mengurang dan menjadi tenang. Aku pun memberi cadangan aku kepada afiq dengan membisik kepada dia. Aku bercadang untuk menelefon polis. Afiq pun segera setuju dengan cadangan aku.

Aku pun mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarku lalu menelefon polis dan melaporkan kejadian itu kepada polis . Selepas melaporkan pergaduhan itu kepada pegawai polis , aku dan Afiq sambung menyaksikan pergaduhan dengan resah dan gusar silih berganti. Sejurus kemudian , siren kereta polis boleh didengar menunjukkan bahawa pihak polis sudah sampai . Dua kumpulan yang sedang bergaduh itu segera berhenti gerak- geri mereka dan ketakutan mula bergayut di sudut hati mereka. Kemudian, ahli- ahli remaja itu semua mula lari daripada tempat pergaduhan itu untuk mengelak polis yang ada di tempat itu . Tanpa kesedaran mereka , pihak polis sudah berada di sekeliling tempat pergaduhan mereka.

Pihak polis pun berjaya menangkap remaja- remaja itu . Ketua pegawai polis yang dapat laporan pergaduhan itu , jumpa aku dan Afiq lalu memuji kami atas perbuatan kami yang betul dan bertanggungjawab. Pegawai polis itu juga memberitahu kami bahawa remaja - remaja itu yang berada di dalam pergaduhan ini akan dapat hukuman penjara dan dirotan.

Dari kejadian ini , aku mempelajari bahawa kita harus menunjuk nilai bertanggungawab ke mana- mana kita pergi walaupun kita berasa takut dan setiap perbuatan salah tentu ada hukumannya.

Created By
Verina Lutfiyah
Appreciate

Credits:

Created with images by totravelandbeyond - "marble background backdrop" • Rain Love AMR - "Sun" • cwwycoff1 - "Playground Primary Colors" • stevendepolo - "Kids Playing in Playground Grand Rapids Montessori School" • JJP BOLGER Photography - "fight scene" • voltamax - "rapper man meditating" • G20Voice - "Police" • TeroVesalainen - "smartphone white silver" • Alexas_Fotos - "police crime scene blue light" • *Bárbara* Cannnela - "Happy"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.