Batik Dihasilkan oleh Alya Sufiyah dan Hady

Batik dibuat sama ada dengan melukis titik atau baris yang menentang dengan alat yang dipanggil canting atau dengan menggunakan cap.

Kegunaan Batik

Source:https://tinyurl.com/mrhsgxy

Penggunaan batik sudah dicatatkan pada abad ke-12, dan tekstil telah menjadi sumber yang kuat identiti rakyat Indonesia menyeberangi sempadan agama, kaum dan budaya. Ia juga dipercayai bahawa motif batik membuatnya terkenal.

Dahulu, batik digunakan sebagai pakaian istiadat dan ia dipakai sebagai sebahagian daripada pakaian kebaya yang biasanya dipakai setiap hari. Sekarang pula, ia digunakan dalam lukisan. Ia merupakan suatu seni yang menonjol dan popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Corak Batik

Batik mempunyai corak-corak tertentu. Pada awalnya, batik di Indonesia mempunyai ragam corak dan warna yang terbatas yang hanya boleh dipakai oleh kalangan kerajaan. Corak batik-batik itu membolehkan orang ramai untuk mengenal pasti taraf sosial atau lokasi negara itu. Kini, batik moden mula dipengaruhi dengan negara-negara lain seperti Cina dan Eropah. Warna-warna cerah seperti merah dipopularkan oleh orang-orang Cina.

Source: http://tinyurl.com/ko4d3mp

Di Eropah pula, corak batik biasanya berbunga. Corak ini hampir serupa dengan batik yang dipanggil Buketan (bunga-bunga besar Eropah memenuhi badan batik). Batik ini dihasilkan oleh seorang Peranakan Cina yang menggantikan sejambak bunga dengan dua tangkai bunga, dikelilingi dengan bunga-bunga kecil, burung dan rama-rama.

Namun, batik tradisional tetap mempertahankan coraknya dan masih dipakai dalam upacara-upacara adat.

Pelukis-pelukis batik

Sarkasi Said

Sarkasi Said, yang terkenal dengan nama Tzee, adalah seorang pelukis batik Singapura yang terkenal di merata dunia. Pada tahun 2003, lukisan batik Sarkasi Said yang panjangnya 103m telah mendapat Guinness World Record untuk lukisan batik yang terpanjang di dunia.

Teknik 'wax-resistant drying'

Sarkasi Said adalah seorang seniman kendiri yang kerap menggunakan teknik ‘wax-resistant drying’. Teknik ini digunakan untuk membolehkan pewarna menghasil corak yang cantik dengan mudah. Teknik ‘wax-resistant drying’ juga digunakan di Jepun yang dipanggil Roketsu. Sarkasi pernah menggunakan teknik ini untuk menghasilkan fabrik yang direka bentuk yang panjangnya 2m untuk di eksport ke Kanada.

Sarkasi Said dan lukisannya, Cita Rasa 3. Cita Rasa 3 adalah sebuah lukisan tentang bunga-bunga di Hawai.

Encik Sarkasi menunjukkan kecintaannya terhadap alam semulajadi dengan melukis gambar-gambar bunga, khususnya anggerik. Salah satu dari gambarnya telah dibeli oleh seorang pelancung dari Amerika Syarikat.

Sarkasi Said telah berkata bahawa dia percaya seorang artis adalah artis tidak kira bangsa.

Tumadi Patri

Gambar-gambar di Pameran Cita Seni
Batik Kontemporari dilukis di atas pinggan.

Pada 9 Mac yang lalu, kami telah pergi ke pameran Cita Seni: Jalan Seni yang mempamerkan 33 hasil kerja Tumadi Patri pada tahun 1984-2014. Hasil kerja artis-artis lain juga dipamerkan seperti M. Nasir dan Sarkasi Said. Melalui pameran ini, kami lebih memahami tentang seni Melayu terutama sekali, batik.

Tumadi Patri tidak bermula dalam bidang seni ini. Dia telah bekerja dalam sebuah kilang minyak sebagai seorang teknisyen selepas sekolah menengah. Tumadi memasuki kursus separuh masa di Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA) selama setahun. Hanya pada tahun 2009, dia baru menjadi seorang pelukis profesional. Tumadi memasuki bidang seni ini bersama kumpulannya, TUJU. Akhirnya, dia membuat pameran lukisan pertamanya pada tahun 2014 di DLR Gallery@Muse House.

Kata Pemilik Gallery DLR, Teo Eng Seng, di dalam temuduga, “Karya-karya beliau telah mencapai kematangan yang diharapkan daripada seorang artis ditubuhkan. Saya mendapati bahawa dia di antara artis-artis yang terbaik dalam batik kontemporari di sini."

Tumadi Patri berasa bangga atas pencapaiannya kerana impiannya telah menjadi kenyataan. Dia hanya menyesal tidak memulakan lebih awal lagi.

Sekarang, Tumadi Patri terkenal dengan lukisan batik yang penuh dengan motif Java. Tumadi telah melakukan beberapa pameran di sekeliling Singapura dan Asia Tenggara seperti di DLR Galleri Singapura.

Gambar-gambar batik kontemporari ini dihasilkan oleh Tumadi Patri. Gambar ini dipanggil "Ant Hill".

Batik ini dikaryai di atas kapas dan dipanggil "Experiment Work 1984 Butterfly (Kupu-Kupu)".

Kerja ini dipanggil "Honeymoon" yang dilukis pada tahun 2013.

Lukisan batik ini dipanggil "Left by Pak Dalang" dan ia dilukis dengan menggunakan Acrylic atas kanvas pada tahun 1995.

Hasil kerja ini dipanggil "Experiment Work 1990 Ripples Sensation Wayang Kulit".

Karya ini dipanggil "After War" dan dilukis pada tahun 1945, tahun kemerdekaan Singapura.

Lukisan batik ini dipanggil "Freedom" dan dihasil pada tahun 2002.

Encik Tumadi Patri telah menerima banyak sijil sebagai tanda penghargaan ke atasnya

✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯

Refleksi

Alya Sufiyah: Saya berasa seronok dapat melihat berbagai barangan batik yang ada di pameran tersebut seperti batik kontemporari. Saya dapat belajar tentang pelukis-pelukis batik Singapura yang tidak pernah saya ketahui seperti Sarkasi Said dan Tumadi Patri. Mereka berdua banyak menyumbang ke dunia seni.

Hady:Saya rasa kita harus menghargai pelukis pelukis batik kerana batik ini satu seni yang tidak popular berbanding seni-seni lain. Kita harus menghargai seni-seni ini kerana ini satu ikon yang melambangkan budaya orang Melayu.’ Saya telah belajar dari Tumadi Patri yang kita tidak harus teragak-agak untuk membuat keputusan. Dan bila memilih suatu keputusan kita harus bekerja keras dan tidak berputus asa.

-Sekian-

Credits:

Informasi: http://news.asiaone.cdiaom/news/plush/going-solo-after-31-years https://www.theartshouse.sg/whats-on/cita-seni-jalan-seni https://www.facebook.com/theartshouse/photos/a.131672443569547.23688.131479723588819/1349512321785547/?http://www.northcoastjavanesebatik.com/2012/07/pekalongan-batik-belanda-buketan-design.html Gambar: http://www.northcoastjavanesebatik.com/2012/07/pekalongan-batik-belanda-buketan-design.html http://1.bp.blogspot.com/-SE_BT0lVJcM/VKNDhPi4B1I/AAAAAAAAAjU/uOe_gLv1HtI/s1600/Model%252Bbaju%252Bbatik%252Bpria%252Bunik%252Bkeren%252Bterbaru.jpg

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.