Lawatan Ke Sebuah Tempat Menarik Percutian ke Jepun

Percutian. Sesuatu yang keluargaku sangat menikmati. Inilah peluang kami untuk meluangkan masa bersama-sama. Destinasi kami kali ini? Jepun.

Pemandangan daripada Tokyo Skytree

Tokyo Skytree

Tokyo Skytree di Oshiage merupakan sebuah menara untuk memerhatikan pemandangan indah Tokyo. Ia mencapai ketinggian penuhnya pada Mac 2011 dan merupakan menara yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 634.0 meter. Ia adalah menara yang tertinggi di dunia dan ia adalah struktur yang tertinggi selepas Burj Khalifa yang mempunyai ketinggian 829.8 meter. Tokyo Skytree juga mempunyai sebuah kafe, restauran dan kedai cenderamata.

Tokyo Skytree

Keluargaku membeli tiket untuk menaiki lif ke tingkat dengan ketinggian 350 meter. Aku terus pergi ke panel kaca. Apa yang aku lihat mengejutkanku. Pemandangan Tokyo daripada 350 meter tinggi sangat menakjubkan. Kami dapat melihat bangunan-bangunan yang meliputi seluruh tempat. Dengan pantas, aku mengeluarkan telefon bimbitku untuk mengambil gambar. Pada waktu malam, lampu berwarna-warni dinyalakan di Tokyo Skytree.

Kuil Sensoji

Kuil Sensoji did Asakusa merupakan sebuah kuil Buddha yang tertua di Tokyo. Mengikut sejara, ketua kampung pada masa itu, Hajino Nakamoto, mengenali kesucian patung dewa Asakusa Kannon yang dijumpai oleh sepasang adik-beradik, Hinokuma Hamanari dan Hinokuma Takenari. Hajino Nakamoto telah mengubah rumahnya untuk merupai sebuah kuil supaya penduduk kampung dapat menyembah patung Kannon. Ramai orang mempercayai bahawa dewa Asakusa Kannon dapat mengurniakan manfaat di dunia.

Kuil Senoji pada waktu malam

Di kawasan hadapan kuil itu, terdapat barisan kedai yang menjual banyak jenis barang. Kawasan itu dinamakan Nakamise-dori, tempat untuk semua orang membeli-belah. Pada waktu malam, kawasan itu sangat aman dan tenang. Tetapi pada waktu siang, kesibukannya sangat mengejutkan.

Nakamise-dori pada waktu malam dan siang

Banyak benda yang dijual di Nakamise-dori seperti makanan, beg, cenderamata dan banyak lagi. Ramai pelancong dapat membeli barang Jepun untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Tasik Kawaguchiko

Mount Fuji dan Tasik Kawaguchiko

Tasik Kawaguchiko merupakan salah satu daripada beberapa tasik yang mengelilingi Mount Fuji. Ia terletak di bandar Fujikawaguchiko. Mount Fuji juga dikenali sebagai Fuji-san. Ia merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif. Ia juga adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776 meter.

Malangnya, kami tidak dibenarkan untuk mendaki gunung itu kerana ia ditutup pada musim sejuk. Kami bercadang untuk berjalan di Tasik Kawaguchiko.

Pemandangan di tasik itu sungguh indah. Tanpa memikir lagi, kami semua mula memetik gambar sendiri untuk kenangan.

Kami meluangkan banyak masa di sana untuk mengambil gambar yang cantik.

Kami juga menaiki bot di tasik itu dan dapat mengalami cuaca sejuk di tasik itu.

Taman Haiwan dan Taman Ueno

Taman Haiwan Ueno yang terletak di Taito adalah taman haiwan yang tertua di Jepun. Ia sebesar 14.3 hektar. Ia diuruskan oleh Kerajaan Metropolitan Tokyo. Ada banyak jenis haiwan di taman haiwan ini seperti burung hantu dan harimau. Taman Haiwan Ueno dibuka pada tarikh 20 Mac 1882. Keluargaku sangat teruja apabila melihat burung hantu. Bukan selalu kami dapat melihatnya, apatah lagi yang sangat putih seperti salji.

Burung hantu dan harimau

Taman Ueno adalah sebuah taman awam yang sangat luas. Ia ditubuhkan pada tahun 1873. Taman ini terletak di Taito, di sebelah Taman Haiwan Ueno. Taman ini penuh dengan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang sangat cantik. Ramai yang akan ke taman ini untuk mengambil gambar. Keluargaku meluangkan sedikit masa untuk menghargai keindahan alam semula jadi.

Tokyo Disneyland & Disneysea

Tokyo Disneyland dan Disneysea merupakan taman hiburan untuk semua orang, tidak kira usia. Ramai yang suka datang ke sini, terutamanya kanak-kanak dan remaja. Banyak tarikan yang boleh kami naiki. Kami juga mendapat peluang untuk membeli-belah di kedai cenderamata di sana. Inilah tempat kegemaran keluargaku untuk percutian ini. Kami meluangkan masa di sana selama dua hari.

Resort Ski Kagura Mitsumata

Selepas tujuh hari di Tokyo, keluargaku menaiki kereta api untuk ke Echigo Yuzawa pula. Setibanya di sana, kami terus ke hotel untuk berehat. Pada malam itu, salji mula turun dan menyelimuti bangunan. Aku teruja dapat melihat salji. Keluargaku terus ke Resort Ski Kagura Mitsumata kerana kami mahu cuba ski. Malangnya, tiada kursus untuk kami. Kami membuat keputusan untuk main dengan salji sahaja. Kami bermain selama enam jam.

Di sinilah percutian kami berakhir. Selepas tiga hari di sini, pulanglah kami ke Tokyo untuk menaiki kapal terbang ke Singapura. Aku lega kerana akhirnya dapat pulang ke tanah airku. Aku tahu aku akan merindui negara Jepun. Jika diberi peluang, aku pasti akan pulang ke sini. Mungkin ke Hokkaido pula.

Created By
Sabrina Raime
Appreciate

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.