Rahsia Yang tersembunyi

Seperti biasa aku akan ke kedai kopi berdekatan rumah aku pada waktu malam.Aku tidak akan pernah lupa untuk membawa basikal elektrik kegemaranku.Pada malam itu,aku lalu pasar buah-buahan."Lelong!Lelong!"jerit pakcik yang menjual buah-buahan.Aku pun ternampak sesisir pisang yang sangat murah.Tanpa berlengah lagi,aku terus membelinya.Selepas itu,aku menunggang basikalku untuk pulang ke rumah.Sejurus selepas aku sampai di bawah blok,angin malam berasa dingin."Sedapnya angin."Aku duduk berhadapan gelanggang bola keranjang yang mengisi beberapa orang yang sedang bermain bola keranjang lalu makan pisang yang aku telah beli.

Apabila aku sedang menikmati pisang yang manis itu,aku ternampak tiga jejaka muda serta wanita yang berumuran 20-an tahun sedang bertengkar.Apakah yang telah terjadi?Bila masa wanita itu sampai?Aku tersentak apabila aku melihat seorang lelaki dengan rambutnya yang panjang sedang mengeluarkan pisau ke arah lelaki yang memakai baju kemeja berwarna putih serta jaket biru.Dilemma melanda fikiranku.Apakah yang harus aku lakukan?Sebelum aku sempat untuk melakukan apa-apa,lelaki yang berbaju putih itu terjatuh dan lumuran darah keluar dari pinggangnya.Pandangan pembunuh itu terus hilang.Rakan-raknnya pula kelihatan tidak ketakutan.Wanita itu pula melihat ke kanan dan ke kiri.Mukanya kelihatan begitu gelisah.Selepas itu dia pun mengeluarkan beg tangan berwarna merah jambu lalu meletakkanya di sebelah lelaki yang terbunuh.Dahiku berkerut.Mengapakah dia meletak beg itu di sebelah mayat itu?Salah satu daripada jejaka itu pula mengeluarkan telefon bimbitnya.Aku rasa mereka hendak telefon polis.Soalan demi soalan timbul di fikiranku.

Beberapa minit kemudian,bunyi siren polis dan ambulans mula kedengaran.Tiga kereta polis bersama satu van ambulans timbul.Orang-orang yang sedang berjalan di situ pula menoleh ke arah polis dan paramedik yang sedang menuju ke tempat kejadian itu dan ada juga yang sedang berkumpul untuk melihat mayat jejaka itu.Tanpa berlengah,aku terus mengayuh basikal elektrik aku ke gelanggang bola keranjang yang penuh dengan ramai orang. "Apakah yang telah terjadi?" bisik wanita itu kepada kawannya.Dia menaikkan bahunya untuk menunjukkan yang dia tidak tahu.Beberapa anggota polis mengepong tempat kejadian itu dan menghalau orang-orang yang sedang berkeliling kawasan itu.Masa di jam tanganku menunjukkan jam 11.45 malam.Aku masih tepinga-pinga memikirkan tentang kejadian tadi.Separuh hatiku berkata yang aku patut memberitahu perkara yang telah terjadi dan separuh lagi berkata yang aku patut berdiam diri.Polis yang berbangsa cina itu berjalan ke arah wanita tadi lalu menanyakan beberapa soalan tentang apakah yang telah terjadi.

Created By
Siti Aisyah
Appreciate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.