Suamiku peleraian suatu jenayah

Aku berada di dalam kenderaan semasa menunggu suamiku. Suamiku harus bertemu dengan kliennya untuk menguruskan masalah kerja. Fikiranku melayang jauh apabila aku teringat bahawa suamiku tidak pernah menjumpa klien pada hujung minggu. Walaubagaimanapun, aku tidak memikir bukan-bukan. Aku menunggu sehinggakan warna senja mulai memamah suasana. Tidak lama kemudian, mataku terlenyap kerana telah ditelan perut kereta sewaktu aku menunggunya selama dua jam. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh ketukan di tingkap keretaku. Aku pun terjaga daripada hasutan mimpi.

"Mengapahkah aku mengimbas cecair merah yang tidak henti mengalir dari suatu sumber yang sama dalam fikiranku?" Kerisauan diri makin memuncak, akar persoalanku belum terlelai. Mengapahkah aku bermimpi sedemikian?

Kepalaku berdenyut-denyut dan anak mataku berpinar-pinar. Aku membuka pintu keretaku ingin mengambil udara segar di luar. Derus sang angin terus meniup debu-debu gersang. Dimanakah suamiku berjumpa kliennya? Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal memikirkan manakah suamiku. Aku pun menghayunkan kakiku ke arah kolong blok yang di hadapanku. Bola mataku tercari-cari suamiku. Gerak matakku terjatuh ke gelenggang bola keranjang apabila aku ternampak suamiku di sana bercakap dengan seseorang perempuan. Pedih sungguh hatiku apabila aku tahu bahawa wanita muda tersebut adalah Sarah, bekas tunang suamiku.

Mulutkku terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kepiluan. Tidak disangka-sangka, terdapat sesorang lelaki yang berumur dalam lingkuan 20'an berambut panjang berjuntai berserabut menutup mukanya yang sedang memerhatikan mereka berdua dari jarak yang jauh. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku. Siapakah lelaki itu? Tiba-tiba dia berlari sepantas kakinya larat ke arah suamiku dan Sarah. Rasa gelisah menjamah hatiku. Jantungku bergoncang bagaikan mahu memecah rangka dadaku. Dengan sekelip mata, lelaki yang mencurigakan itu mencapai beg tangan Sarah berjenama Louis Vuitton. Sarah terjerit dan suaranya menikam gegendang telingaku. Suamiku berlari pantas mengejar lelaki tersebut. Aku mengiggil ketakutan. Mulutku tidak berhenti berdoa agar suami kesayangku selamat. Aku berasa amat risau.

Suamiku dapat menangkap lelaki tersebut lalu suamiku memegang erat tangan lelaki tersebut sambil menjerit ke arah Sarah untuk segera mengambil begnya dan menelefoni polis dengan segera. Tetapi dengan tidak disedari, satu tumbukan yang kuat hinggap di pipi suamiku. Bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajah suamiku jelas kelihatan. Tangan keras kematu suamiku terangkat tinggi, melayang menampar pipi gebu lelaki itu. Ketakutan mula bergayut di sudut hatiku. Kenapakah aku tidak berani menolong suamiku? Kakiku terpaku di belakang dinding memerhatikan suamiku tercedera. Mereka bersambung bertumbukkan. Tiba-tiba, lelaki tersebut mengeluarkan sebilah pisau kecil dari sakunya dan tanpa berlengah-berlengah dia menikam suamiku. Pada saat itu mulutkku terkunci, hatiku terkatup dan tenggelam dalam kepiluan. Berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata. Aku jatuh ke lututku dan memohon kepada tuhan agar suamiku yang tercinta masih selamat. Aku belari ke arah suamiku yang terbaring sekeliling dengan darah yang tidak henti mengalir dari perut suamiku. Aku menjerit untuk pertolongan. Aku menjerit dalam kekosongan. Dimanakah mereka berdua pergi?

Pihak polis berkata bahawa mereka berdua telah rancang untuk membunuh suamiku untuk membalas dendam. Sarah ingin membalas dendam kerana suamiku telah menyakitkan hatinya dengan membatalkan perkahwinan mereka demi aku. Hari demi hari digigit kesepian kesepian yang amat menyeksa. Saat demi saat menerbitkan detik-detik yang menusuk tajam ke lubuk sukmaku. Aku redha dengan ketetuan tuhan. Aku pasti bahawa mereka akan menerima balasannya pada akhirat.

Credits:

Created with images by KlausHausmann - "handcuffs caught crime" • Balaji Dutt - "Squared Off" • Megyarsh - "Tears are tasteless"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.