Keindahan Melaka negeri yang penuh dengan sejarah

Pada masa cuti sekolah, saya pasti ramai orang akan bercuti di luar negara Singapura. Dengan setiap percutian, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan - menuju ke destinasi pelancongan, menjumpa saudara mara ataupun untuk menikmati makanan yang unik. Bagi keluarga saya, kami hendak bercuti di negeri Melaka kerana terdapat beberapa tempat yang boleh dikunjungi semasa kami berada di sana. Memandangkan ia kali kedua saya mengunjungi negeri Melaka, saya tidak biasa dengan kawasan sekeliling pada masa itu.

Hotel River Cruise - Hotel yang kami pilih untuk percutian ini. Gambar: booking.com

Jonker Street

Terdapat banyak destinasi pelancongan yang popular di Melaka - Jonker Street, A Famosa, Melaka River Cruise dan banyak lagi.. Pada hari pertama, kami merancang untuk menuju ke Jonker Street, sebuah jalan raya yang dijadikan ke sebuah pasar malam pada hari Jumaat ke hari Ahad. Saya pasti awak tahu bahawa juga terdapat banyak pasar malam di Singapura yang menjual makanan, alat elektronik dan juga baju-baju. Di Jonker Street, pasar malamnya memang serupa, tetapi terdapat ramai orang dan ia sukar untuk bergerak. Tanpa kesukaran itu, keluarga saya pun berjaya untuk membeli beberapa benda di gerai-gerai pasar malam itu.

Pasar Malam di Jonker Street. Gambar: Akaun flickr Arup Kamal

Walaupun keadaan di kawasan itu agak sesak, keluarga saya pun dapat membeli beberapa makanan dan barang-barang yang kami mahu memiliki. Antara barang-barang ini adalah baju kemeja, air kelapa dan mainan Pokemon. Jika saya diberikan peluang untuk mengunjungi tempat ini sekali lagi, saya memang akan mengambil peluang itu - selagi saya mempunyai masa lapang tahun depan.

Gerai air kelapa di pasar malam Jonker Street. Gambar: evafooddiary.blogspot.sg

A Famosa

A Famosa merupakan sebuah kubu yang dibuat oleh kaum Portugis pada masa dahulu. Separuh daripada bangunan yang sebenar masih tidak dipecahkan sehingga hari ini. Seperti Jonker Street, terdapat ramai orang yang berada di kawasan itu dan ia agak sesak. Tetapi, apabila masa berlalu, semakin sikit jumlah orang di kawasan itu dan kami mengambil kesempatanuntuk mengambil gambar di sana. Pada pendapat saya, tempat ini sangat unik kerana kita tidak boleh mencari sebuah kubu di Singapura yang masih tidak runtuh seperti A Famosa.

Struktur kubu yang masih tidak dipecahkan. Gambar: Hotels.com

Melaka River Cruise

Perlayaran di Melaka River agak menarik. Ia menjadi lebih menarik jika kita mendapat peluang untuk menaiki bot yang membawa kita ke tempat-tempat pelancongan yang popular di deret sungai itu. Terdapat banyak bangunan di deret sungai itu yang tidak serupa dengan apa yang kita ada di Singapura. Seperti contoh, di deret sungai itu, terdapat banyak rumah dua tingkat yang masih digunakan. Lagipun, bot yang digunakan oleh syarikat River Cruise itu agak unik jika dibandingkan dengan bot yang digunakan di kawasan Singapore River. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan di sana, ini merupakan salah satu aktiviti kegemaran saya di luar negara Singapura.

Bot yang digunakan di River Cruise itu. Gambar: wegowithanuar.com

Secara Rumusan

Walaupun percutian ini sepanjang tiga hari sahaja, saya telah berjaya untuk menyeronokkan diri saya di Melaka. Negeri ini sangat lain daripada Singapura dalam aspek bangunan, budaya, orang-orang di sana dan juga makanan. Jika saya boleh mencadangkan sebuah tempat perlancongan kepada kawan-kawan saya, Melaka merupakan pilihan yang pertama!

Created By
Adiel Rusyaidi
Appreciate

Credits:

Created with images by sharonang - "river malacca river city"

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.