Satu peristiwa yang mencemaskan Oleh:Liza

Cuaca pada hari ini panas terik.Ia sangat sesuai untuk berlari-lari anak di taman berdekatan dengan rumah aku.Aku sedang bersiap sedia untuk ke taman bersama rakan baik aku,haziqah.

"Aku sudah berada di taman berdekatan rumah awak.Jumpa aku di perlindungan luar taman."

Setelah membaca mesej haziqah,aku terus keluar rumah tanpa membuang masa.Tiada sesiapa berada di rumah kerana ibu bapa sedang bekerja dan aku tidak ada adik-beradik.

Setelah sampai ke perlindungan luar taman,aku terlihat Haziqah sedang termenung sambil merenung pemandangan yang penuh dengan bunga yang mekar.

"Hai,Haziqah.Jom mula bersenam sekarang!"
''Ok!''jawab Haziqah setelah terperanjat sedikit terdengar suara aku menegur dia daripada termenung.

Kami pun mula berlari dengan perlahan.Kami bercadang untuk berjoging di sekitar taman itu.Aku mula berlari sambil mendengar lagu.Rahmat yang dialami semasa berlari bersama rakan baik aku sambil mendengar lagu sungguh santai.Yang lebih mensantaikan adalah pokok-pokok dan bunga-bunga yang cantik di sekeliling persekitaran kita.Pohon-pohon yang menari-nari ditiup angin bagaikan berbisik.

Setelah berlari pada lima belas minit,aku dan haziqah bercadang untuk menduduk di bangku berdekatan dengan taman permainan untuk budak kecil.Sinar gembira mengerlip di mata anak-anak kecil yang comel itu semasa bermain di taman permainan itu.Aku mengeluarkan sekeping tisu daripada beg aku untuk mengelap bintik-bintik peluh di sekitar muka aku.Sedang aku mengelap peluhku,tiba-tiba haziqah tercungap dengan perasaan yang terkejut.Dia mencuit-cuit aku sambil menunjuk ke arah sebuah pokok belakang taman permainan budak itu.Apa yang Haziqah menunjukkan itu sungguh mengejutkan.

Seorang dewasa seperti dalam umur 30-an awal sedang membuat benda yang tidak sesuai.Sebabnya adalah dia sedang mengheret seorang anak kecil.Anak kecil itu cuba bergelut untuk berdiri dan jalan dengan betul tetapi dia tidak ada pilihan dan mengikut sahaja tarikan lelaki dewasa itu.Anak kecil itu melihat seperti dia tidak selesa atau mengenal lelaki dewasa itu.Lelaki itu menutup mulut anak kecil itu dengan sebuah sapu tangan.Situasi itu kelihatan seperti lelaki itu hendak menculik anak kecil itu.

Dengan hati yang tidak berasa tenang,aku perlahan-lahan sengetkan kepala aku ke arah Haziqah dengan muka aku yang takut dan juga berpeluh itu.Dia juga buat yang sama seperti aku.Kami merenung antara satu sama lain seketika.Kami berasa seperti tenangan yang kita ada beberapa masa lalu hilang terus.Lelaki dan anak kecil itu tidak kelihatan lagi setelah jalan belakang pelbagai batang pokok.

''Apa yang patut kita buat?!''aku menyoal kepada Haziqah dengan suara yang agak tersekat-sekat.
''Haruskah kami mengikut lelaki dewasa itu?Kalau salah faham?Tetapi anak kecil itu kelihatan seperti meminta tolong seseorang!Kami harus berfikir cepat!''menjawab Haziqah dengan nada suara yang takut juga.

Tanpa ragu-ragu,aku dan Haziqah berbincang untuk mengikut lelaki dan anak kecil itu.Sekitaran taman itu tiba-tiba berasa seperti angin mendesar agak keras.Kerisauan diri semakin memuncak daripada lelaki dewasa itu tetapi aku dan Haziqah cuma mahu tahu adakah anak kecil itu memang dicolek dan mahu menolong dia.Kami perlahan-lahan mengikut arah jalan lelaki itu tadi jalan supaya mencari mereka dengan perlahan-lahan.Tiba-tiba aku terdengar suara dengan perassan yang marah.Ia seperti meguasai seseorang untuk membuat sesuatu dengan perasaan marah.Aku dan Haziqah sudah berjalan di taman itu sampai ke luar taman kerana kami cuba mengikut arah jalan lelaki dewasa itu tadi.Tiba-tiba kami ternampak lelaki dewasa itu bergelut untuk menolak anak kecil itu ke lorinya.

Ia sangat jelas yang lelaki itu mahu mencolek anak kecil itu.Lelaki itu sangat fokus menguruskan anak kecil itu, dia tidak sedar aku dan Haziqah berada di belakangnya tetapi tidak dekat sangat.Aku tidak tahu berbuat apa untuk menolong anak kecil itu.Tetapi tanpa notis,Haziqah tiba-tiba mengambil sebuah batu yang agak besar di lantai.Aku menunjukkan muka aku yang keliru itu,tertanya-tanya apa Haziqah mahu buat dengan batu itu.Tanpa ragu-ragu,Haziqah dengan pantas menolak lelaki itu.Lelaki itu terjatuh.Mukanya sangat terkejut kerana dia tiba-tiba ditolak oleh Haziqah.Selepas itu,Haziqah mengetuk-ngetuk kepala lelaki itu bukan sekali,tetapi beberapa kali!Lelaki itu cuba menghentikan aksi Haziqah tetapi dia kelihatan seperti dalam kesakitan.Aku juga menolong Haziqah.Aku mengetuk-ngetuk badan lelaki itu dengan beg belakang aku.Kepalanya berdarah akibat ketukan batu oleh Haziqah.Dia kelihatan seperti dia pengsan.Tanpa membuang masa,aku memegang tangan anak kecil itu untuk membawanya bersama kita.Kita dengan pantas,beredar dari tempat itu.Setelah menelefon polis,ibu bapa anak kecil itu akhirnya tiba.Perasaan kegelisahan terpancar di muka mereka selepas menjumpa anak mereka.

Ibu bapa anak kecil itu berasa sungguh bersyukur kerana aku dan Haziqah menolong mereka menyelematkan anak kecil itu.Mereka berterima kasih dengan kami berkali-kali.Aku dan Haziqah berasa sungguh bangga kerana kita telah menolong orang daripada situasi yang sungguh mencemaskan.Aku pelajari yang kami harus berani daripada situasi yang susah kerana kalau tidak,ia boleh mengakibatkan kesusahan.

Credits:

Created with images by Stevebidmead - "runners male sport" • Khánh Hmoong - "Tsukuba, Autumn of 2015" • |Chris| - "Day 38"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.