Azab Perempuan Di Akhirat Unit 10 Neraka balasan kejahatan

Maka Rasulullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Baginda diperlihatkan oleh Allah SWT.

1. Perempuan tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia.
2. Perempuan tergantung dengan lidahnya dan cecair api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa ia telah menyakiti suaminya.
3. Perempuan yang digantung dengan kedua-dua kakinya di dalam kerongkongan api neraka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin suaminya.
4. Perempuan yang tergantung dan ditambat di kedua-dua kakinya, payu udara oleh segala malaikat dan adanya ular dan kala jengking membelit dan meminum darah tubuhnya; bahawa sesungguhnya ia malas menyucikan badannya setelah habis haid dan nifas. Dan dia meringan-ringankan solat.
5. Adapun perempuan yang tergantung dengan keadaan buta, tuli dan kelu di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa ia telah melahirkan anak zina dan ia ditambatkan pada batang leher suaminya.
6. Dan adapun perempuan yang menyerupai anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia kerap mengungkit-ungkit pemberian dan pertolongna orang dan lagi banyak dengki-mendengki.

Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan dengan mempersolek dirinya serta mamakai bau-bauan yang kuat dan suaminya redha akan perbuatan tersebut, maka dibangunkan rumah neraka untuk suaminya pada setiap langkahnya.

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.