Loading

Dua Tiga Kucing Berlari, Mari Kita Ke Langkawi!! BersamA Amirah, eza dan zuryn

Nama Langkawi berasal dari perkataan ‘lang’ dan ‘kawi’. ‘Lang’ diambil daripada perkataan helang. Ini telah membuktikan bahawa banyak burung helang berterbang di kebanyakan tempat sekitar Langkawi. ‘Kuawi’ pula merujuk kepada sejenis batu yang berwarna merah iaitu batu kapur.

Hari Pertama

Tiba sahaja di Langkawi International Airport, kami diperkenalkan kepada Abang Azri. Beliau telah menceritakan latar belakang Langkawi seperti asal usul namanya dan Lagenda Mahsuri. Destinasi pertama kami ialah Beras Terbakar di mana kami berpeluang untuk melihat beras terbakar dan mendengar sejarahnya iaitu penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang telah dikumpulkan dimasukkan ke dalam lubang ini lalu dibakarkan. Hal ini kerana penduduk hendak mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka.

Selepas itu, kami ke Makam Mahsuri. Di situ, kami dapat melihat di mana Mahsuri dimakamkan dan dapat mengaksikan persembahan gamelan. Rupa-rupanya, makam Mahsuri yang asli tidak diketahui kerana penduduk telah membina makam replika bagi mengelakkan orang daripada membuat perkara yang tidak elok. Kami telah mendapati bahawa kami patut mencontohi sifat Mahsuri yang jujur dan baik dalam kehidupan kami kerana kami dapat mencapai kejayaan. Kami juga ke Dataran Lang untuk mengambil gambar bersama mercu tanda Langkawi iaitu sebuah patung helang setinggi 12 meter. Destinasi akhir kami ialah Langkawi Legend Park di mana kami melihat perkara yang menarik. Kami telah melihat Abang Azri memberi pisang kepada seekor monyet - maklumlah kami orang bandar dan jarang melihat perkara seperti itu. Akhirnya, kami ke pasar sebelum pulang ke hotel kami. Kami berasa amat berpeluang untuk mengalami pengalaman seperti ini.

Hari Kedua

Pada mulanya, kami tidak tahu apa yang hendak dijangkakan di Homestay kerana ia pertama kali kami mengikuti acara seperti ini. Apabila kami sampai, kami disambut oleh beberapa penduduk tempatan yang bermain gamelan. Kami telah diagihkan kepada empat kumpulan di mana satu kumpulan akan menerima satu keluarga angkat. Mak angkat kami ialah Mak Aisyah - beliau telah berkongsi sedikit sebanyak tentang hidupnya dan juga memperkenalkan kami kucingnya iaitu Chiko dan Baby. Kami mendapati bahawa rumahnya bersih, kemas dan juga sejuk. Reka bentuk rumahnya amat berbeza dengan kami di mana di Singapura lebih moden dan mahal. Kami juga mengalami sedikit kesukaran ketika berkomunikasi bersamanya kerana dialeknya yang pekat. Selepas beberapa jam bersama Mak Aisyah, kami dikumpulkan di dewan semula untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seterusnya.

Aktiviti - aktiviti yang seronok

Aktiviti pertama kami ialah bermain gamelan dan gong. Ia merupakan aktiviti yang menarik kerana kami dapat belajar cara menggunkan alat instrumen dan menghasilkan rentak. Aktiviti kedua ialah membuat lemang. Cara memasak lemang amat unik kerana ia menggunakan buluh, daun tebu, santan, beras pulut, dan ia dimasak dengan menggunakan arang. Seterusnya, kami diajar untuk menari dan ia merupakan aktiviti yang seronok kerana kami menari tarian tradisional. Seterusnya, kami bermain congkak bersama budak-budak tempatan. Kami berasa kagum kerana mereka amat pandai bermain congkak berbanding kami. Kami berpeluang untuk membuat kueh loyang dan juga memakannya. Akhirnya, kami seronok bermain katapel (‘slingshot’) dan dapat merasakan cara hidup orang kampung. Sepanjang aktiviti-aktiviti dijalankan, kami mendapati bahawa salah satu rakan dari kumpulan kami iaitu Hasif mudah membuat rakan dengan siapa-siapa. Dengan sifatnya yang peramah, kami dapat melakukan aktiviti-aktiviti kami dengan lebih mudah tanpa berasa ragu-ragu.

Selepas selesai menjalankan semua akitiviti, kami pun bermakan malam di dewan sambil mengaksikan tarian dan dikir barat. Kami rasa bahawa masa berlalu dengan cepat kerana sudah masanya untuk pulang ke hotel. Kami berasa sedih kerana kami telah berseronok di Homestay dan juga bersama penduduk tempatan yang sangat peramah. Pada akhir hari, pendapat kami terhadap Homestay ini berubah kerana terdapat seribu satu pengalaman yang kami dapati dan dapat lihat keindahan alam di sekeliling Homestay.

Hari Ketiga

Pada hari ini, kami ke Kilang Gamat di mana kami dapat melihat gamat yang mendidih untuk dibuat produk. Kami mendapati bahawa gamat dapat menyembuhkan pelbagai jenis luka. Satu eksperimen kami lihat ialah beberapa murid telah disuruh untuk mencelupkan tangan ke dalam kuali yang berisi gamat yang mendidih. Perkara yang mengejutkan ialah mereka tidak terlecur walaupun minyak gamat itu mendidih. Kami membuat kesimpulan bahawa gamat dapat melindungi diri dan juga merawat luka. Ia juga boleh digunakan sebagai produk kosmetik di samping dalam makanan. Selepas itu, kami ke Mardi Argo Technology Park untuk belajar tentang pelbagai jenis buah-buahan yang ditanam di sekeliling tempat itu seperti buah pulasan, buah nangka, buah pomelo dan banyak lagi. Kami juga berpeluang untuk memakan buah tempatan seperti nanas, buah pomelo, tembikai, buah jambu dan lain-lain. Destinasi terakhir untuk hari ini ialah Muzium Laman Padi di mana kami mendapat banyak ilmu yang baru tentang padi dan cara pemprosesannya. Kami telah belajar tentang bagaimana haiwan seperti kerbau digunakan dalam proses menanam padi, cara-cara menanam padi di sawah dan juga peralatan yang digunakan semasa menyawah. Kami juga telah mempelajari nama-nama herba dan fungsinya. Antaranya ialah daun sekentut, serai wangi dan daun kari di mana herba-herba tersebut digunakan dalam masakan. Peristiwa yang kami tidak boleh lupakan adalah di mana kami dibawa turun ke petak sawah untuk merasakan bagaimana pesawah menanam padi. Kami tidak sangka bahawa kami akan masuk ke dalam sawah yang rupa-rupanya dalam. Itu pertama kali kami menanam padi - pengalaman yang bagus kerana dapat bayangkan bagaimana susahnya untuk petani bekerja di bawah matahari yang terik.

Hari Keempat

Kami tidak sangka bahawa tinggal sehari sahaja tinggal di Langkawi jadi kami menjalankan aktiviti yang pertama dengan semangat iatu lawatan ke SMK Air Hangat. Tiba sahaja di sekolah tersebut, kami disambut oleh pengetua dan murid-murid sekolah yang bermain kompang. Selepas mendengar sedikit taklimat oleh pengetua, kami dijemput ke beberapa gerai yang disediakan untuk mencuba makanan tradisional mereka seperti ubi kayu bersama jagung dan kelapa parut, lempeng bersama kari, dan banyak lagi. Kami juga berpeluang untuk bermain permainan tempatan mereka seperti congkak, batu seremban, ting-ting dan tuju selipar (baling selipar). Kami mendapati bahawa murid-murid SMKAH sangat peramah kerana kami boleh membuat banyak kawan dalam masa yang singkat. Antara murid-murid tersebut ialah Sham. Dia seorang yang memberi perhatian semasa perbualan. Dia seorang peminat kpop dan kumpulan kegemarannya ialah BTS. Dia merupakan seorang pengawas perpustakaan dan subjek kegemarannya ialah Sains. Kami diberitahu bahawa terdapat 6 blok yang terdiri daripada kelas, makmal komputer, makmal sains dan banyak lagi. Terdapat juga dewan serbaguna untuk permainan dalaman seperti futsal dan bola jaring. Ada juga padang yang digunakan ketika pertandingan diadakan.

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.