Loading

Pulau Langkawi Luqman Dan nasir

Hari peRtama (Jumaat, 9Nov)

Kami sekumpulan berkumpul di Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim pada 6 pagi. Penat tetapi penuh dengan semangat untuk program ini. Kami menggunakan masa perjalanan kami ke Lapangan Terbang Changi untuk mengisi balik masa tidur di dalam bas, mana kami mengorbankan masa tidur kami supaya kami boleh datang ke Lapangan Terbang Changi awal dan tidak terlepas penerbangan kami. Pada pukul 0840, kita berangkat ke Langkawi menaiki kapal terbang Scoot Boeing A320. Apabila kami tiba di Langkawi, kami berarah ke destinasi pertama.

Destinasi pertama kami adalah ke Padang Beras Terbakar(Field of Burnt Rice). Dalam perjalanan ke kawasan beras terbakar, kami haru melalui berbagai-bagai kedai yang sedan menjual botol-botol gamat,batik, berbagai baju dan pelbagai lagi. Benda pertama yang kami boleh melihat semasa perjalanan ke kawasan beras terbakar adalah sebuah rumah Melayu radisional. Di sebelah kiri pintu masuk kawasan beras terbakar, terdapat tapak beras terbakar dan sepinggan yang mengandungi dengan beras terbakar

Beras terbakar

Belen-belen beras yang dibakar pada zaman dahulu

1 perkara menarik yang saya pelajari

Beras-beras ini dibakar supaya tentera Siam akan bergagal untuk mengambil Pulau Langkawi.

Mengapa tempat itu dinamakan sebegitu?

Beras Terbakar adalah salah satu bukti sumpahan Mahsuri, dan sumpahannya menyebab beras itu dibakar.

Sejarah di sebalik tempat itu

Ia semua bermula dengan kesumpahan Mahsuri. Ia dipercayai bahawa kesumpahan Mahsuri yang menyebab serangan musuh dari Siam. Orang kampong di Pulau Langkawi ingat dengan membakar beras, ia akan menyelematkan mereka dari serangan. Walaupun mereka membakar beras itu, Siam masih mendapat mengambil Pulau Langkawi.

Keistemewaan tempat ini

Pada hari Ahad petang, bazzar akan diadakan dan bazzar ini menjual pelbagai barang dari baju ke minyak gamat.

Makam Mahsuri

Makam Mahsuri

Apa tentangnya?

Mahsuri adalah seorang gadis yang sungguh cantik.Dia berkahwin bersama Wan Derus.Apabila suaminya dihantar ke perang,Ibu mertuanya cemburu atas kecantikkannya.Dia berfitnah Mahsuri bahawa dia bergatal-gatal dengan lelaki-lelaki lain.Fitnahan itu lama-lama disebar ke seluruh Langkawi.Dia dihukum mati tanpa sebarang bukti.Dia pun dibawa ke pokok untuk acara pembunuhan itu.Dia dicucuk dengan pelbagai pisau tetapi kesemuanya tidak dapat masuk badannya.Dia pun berkata "kalau awak semua mahu membunuhku,hanya keris itu sahaja yang dapat membunuhku”Apabila mereka merodoknya,darah putih keluar yang menunjukkan bahawa Mahsuri tidak bersalah dan dia difitnah.Selepasnya,sebelum dia meninggal,dia bersumpah Langkawi selama 7 keturunan.

Tempat makam sebenar

3 perkara menarik:

1.Sumpahannya betul-betul terjadi

2.Darah yang berlainan dengan manusia biasa

3.Keris yang hanya dapat membunuhnya

Ciri - ciri Mahsuri yang patut kita contohi

Kesabarannya apabila diancam oleh orang kampong dan dia tidak membalas balik orang-orang

Rumah Mahsuri

Soalan yang ditanya dalam wawacara kami:Kenapa cuma keris itu sahaja yang dapat membunuh mahsuri?

Jawapan:Keris itu mempunyai kuasa sakti iaitu Batu Cinta Mani yang didapati di hujung keris itu.Batu itu dipercayai sewaktu Ibunya,Cik Alang melakhirkan Mahsuri,dia bermimpi sawa padi ada ular dan dalamnya terdapat batu tersebut dan dikatakan bahawa ular itu sangat besar dan mengandungi batu itu.Kemudian ayahnya mengambil Batu Cinta Mani itu dan taruk ke hujung keris itu

Soalan:Kenapa ada ramai orang percaya tempat makamnya terletak di tempat-tempat berlainan?

Perigi Mahsuri

Mahsuri dipercayai menggunakan perigi ini untuk membuat kerja harian seperti mencuci baju.Kami dapat mencuba untuk mengandungi baldi itu

Dataran Lang

Dataran Lang

Untuk tempat ketiga,kami melawat Dataran Lang.Ia adalah helang terbesar yang dibina oleh manusia dalam seluruh dunia dibuka oleh Tun Dr Mahatir Mohamed,Perdana Menteri Malaysia.Skulpturnya di mana burung helang di atas batu kawi yang menunjukkan “Langkawi”

Taman Lagenda Langkawi

Tidak jauh dari Dataran Lang, terletak destinasi kami keempat. Destinasi keempat adalah Taman Lagenda Langkawi. Apabila kami sudah melawat Dataran Lang, kami berjalan ke taman tersebut itu. Di taman itu, kami berjalan sambil pemandu pelancong kami, bernama Abang Azri, mengajar kami tentang budaya dan sejarah taman itu. Semasa berjalan, kami ternampak beberapa haiwan yang berbeza seperti monyet Macaw dan burung merpati di taman itu

Hari kedua ( Sabtu, 10 nov)

Kami berkumpul di lobi hotel kami pada 9 pagi tepat, selepas bersarapan pagi. Kami pun menaiki bas dan memula perjalanan kami dalam program ini. Kami berjalan ke destinasi kelima untuk program lawatan ke Langkawi kami, ia itu adalah Homestay Desa Wang Tok Rendong.

Homestay Kampong Wak Tok Rendong

Kami dijemput oleh bunyian gendang kompang sambil mereka perlahan membawa kami ke dewan Homestay itu. Kami bermula dengan berpisah ke empat kumpulan dan setiap kumpulan diberi kepada salah satu keluarga di kampong itu untuk satu hari. Kumpulan kami mengandungi Aqisha, Alawiyah, Nadia, Afiqah, Nasir, Luqman dan Mak Mun,salah satu ahli keluarga di homestay. Kami bermula dengan Mak Mun membawa ke bilik homestay kami dan kumpulan kami merayap di kampong dekat dengan bilik homestay kami. Apabila masa berdekatan ke tengah hari, semua murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan untuk makan tengah hari dengan menggunakan cara tradisional. Kami bersambung dengan membuat loyang,bermain dengan kompang,bermain lastik dan juga dikir barat.

Loyang
Permainan lastik
Bilik homestay kami

Hari ketiga ( Ahad, 11 nov)

Kami mulakan perjalanan kami untuk pergi ke sebuah perusahaan minyak gamat. Kami bermula dengan aktiviti mencelupkan tangan ke dalam kuali yang berisi minyak gamat yang panas. Gamat mempunyai keistimewaannya. Oleh itu, tangan kami tidak melecur. Selepas itu, kami memasuki kedai menjual pelbagai produk berasaskan gamat. Jurujual di sana menerangkan pelbagai kegunaan gamat dan memperkenalkan pelbagai produk yang dijual kepada kami. Selepas itu, kami membeli-belah. Lawatan klami berakhir dengan satu pengalaman menarik. Kami semua telah menolong untuk menolak bas kerana bas kami tidak dapat mengundur ke belakang.

Kami pula mula untuk pergi ke Mardi Agro Park.Kami dapat mencuba buah-buahan yang sendiri ditanam oleh pekebun di sana.Kami menaiki “tram” untuk ke seluruh taman itu.Kami pula habis lawatan kami dengan makan makanan Thai untuk tengah hari.

Entrance
“Mask” nangka

Selepas itu kami pergi untuk ke laman sawa padi di mana kami diajar tentang pelbagai beras dan mesin tradisional.Walaupun kami sungguh letih,kami semua tertarik dengan aktiviti yang dimana kami harus masuk dan menanam padi.Nampak senang tetapi ia susah.Airnya sungguh berpasir dan kami semua diberi tugasan untuk menghabis menanam satu tangkai.Saya juga dapat merasai “leech” di tangan.Kami pula menghabiskan hari itu dengan makan makanan orang Langkawi di sebelah sawa padi

Hari keempat (Isnin, 12 Nov)

Kami mulakan perjalanan kami untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat. Setelah kami menyampai sekolah itu, kami melihat beberap murid sedang menunngu untuk kami. Mereka menyambut kami dengan gedangan kompang. Kami pun beredar ke bilik mesyuarat untuk guru besar memberi kami taklimat dan lebih sikit informasi tentang sekolahnya dan Pulau Langkawi. Selepas itu, sekolah itu mempersembahkan tradisional joget dan menyediakan tradisional makanan dan permainan. Sebelum kami pergi ke destinasi lain, kami memberi cenderamata yang kami sudah sediakan.

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.