Loading

LANGKAWEEE!!! Bersama suhayl & RAziq

Langkawi dikenali sebagai “Jewel of Kedah”, iaitu sebuah daerah dan kepulauan 99 Pulau di Laut Andaman kira-kira 30km dari pesisir pantai barat laut di Malaysia. Pulau-pulau ini adalah sebahagian daripada negeri Kedah, yang bersempadan dengan sempadan Thailand.

Hari pertama

Perjalanan dari Singapura ke Langkawi mengambil masa selama dua jam. Pada mulanya, cuaca di Singapura agak mendung. Ada banyak awan yang menutupi pemandangan di luar kapal terbang. Namun, apabila sampai di Langkawi, cuacanya sangat berbeza. Ia sangat panas dengan suhu yang mencecah 40 digri selsius.
Beras Terbakar ini sangat lain dari apa yang saya bayangkan. Saya anggap bahawa tempat itu padang besar yang mempunyai banyak sawa padi tetapi dalam realiti ia sebenarnya tinggal satu pinggan yang dipenuhi dengan beras yang terbakar itu dan lokasi yang amat kecil yang menunjukkan kawasan kecil bekas peristiwa beras terbakar ini. Beras yang terbakar itu terletak di dalam kotak gelas. Selain itu, ada juga kedai-kedai di tepi jalan yang menjual cendera mata Langkawi. Kami juga diberi masa untuk membeli minuman bagi membasahi tekak yang kering.
Di Makam Mahsuri, kami mempelajari tentang Mahsuri dengan lebih mendalam lagi. Dengan adanya rumah dan kubur Mahsuri, saya dapat memahami dengan lebih baik lagi tentang situasi pada Mahsuri pada masa itu. Selain itu, kami juga mendapatntahu bahawa aktiviti-aktiviti seperti wayang kulit dan gamelan adalah salah satu cara hiburan pada masa dahulu. Tambahan pula, di Makam Mahsuri itu terdapat sebuah perigi yang airnya tidak pernah habis kerana airnya datang dari tanah.

Hari kedua

Pada hari kedua, kami pergi ke Homestay Wak Tok Rendong untuk mempelajari tentang budaya penduduk-penduduk di Langkawi. Ada pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah kami mencuba. Pertamanya, kami ditugaskan untuk membuat bentuk belalang menggunakan daun pisang. Memang sukar untuk mencapai bentuk belalang dengan tepat, tetapi dengan pertolongan mak cik yang murah hati itu, kami dapat menyelesaikan tugasan itu dengan sempurna. Keduanya, kami melakukan aktiviti bergendang. Dengan koordinasi yang baik, kami dapat bergendang dengan rentak yang sama. Selepas itu, kami bertarian dan berdikir di atas pentas walaupun kami malu. Kemudian, kami bermain congkak. Oleh sebab kepintaran dan kecekapan penduduk yang bermain congkak itu, kami tidak dapat memenangi mereka. Ada juga aktiviti-aktiviti lain seperti membuat pulut, loyang dan juga menembak menggunakan alat elastic.

Hari Ketiga

Pada hari ketiga, kami pergi ke kilang gamat. Kami mempelajari bahawa minyak gamat mempunyai banyak kebaikan. Dari mengubati luka hingga menjadi sumber kecantikan, minyak gamat memainkan peranan besar terhadap penduduk-penduduk di Langkawi yang kaya dengan pengeluaran gamat. Selain itu, kami juga telah melawati Taman Teknologi Mardi Agro. Pemandangan di sana sungguh indah dengan bukit-bukit yang berisi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Kami juga diberi peluang untuk mencuba buah-buahan di sana. Selepas itu, kami pergi ke Laman Padi. Di sana, kami diberi peluang untuk mengalami pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan seperti melaman padi dan menganyam atap menggunakan daun pisang.

Hari Keempat

Pada hari keempat, kami pergi ke Sekolah Menengah Kampung Ayer Hangat. Di sana, kami disambut dengan persembahan kompang daripada para pelajar di sekolah itu. Suasana di sekolah itu sangat meriah sekali kerana ia penuh dengan aktiviti-aktiviti seperti sepak takraw dan congkak. Secara keseluruhan, pelajar-pelajar di situ sangat terbuka dengan kunjungan kami dan juga peramah terhadap kami.
Selepas berkunjung ke SMK Ayer Hangat, kami pergi ke Kraft Komplex Langkawi untuk melihat cara hidup lebah dan juga melihat kesempurnaan batik-batikyang dihasilkan. Kami juga dapat mencuba mewarnakan batik yang diberikan kepada kami. Selain itu, kami pergi ke 3D museum untuk mengalami situasi-situasi dalam 3D. Namun, perkara yang buat kami paling seronok adalah apabila kami diberi peluang untuk memberi makanan seperti sayur-sayuran kepada arnab-arnab yang sungguh melembutkan hati di situ.

Hari Kelima

Hari yang paling terakhir ini adalah hari yang paling susah untuk diterima. Selepas bersembang dan bergambar di tepian pantai, kami terpaksa bergerak ke lapangan terbang Langkawi. Di sana, kami terpaksa memberikan salam kami yang terakhirkepada Abang Azry kerana kami akan pulang ke Singapura tanpanya. Memang sukar sekali untuk meninggalkan segala kenangan-kenangan manis ini tetapi setiap perkara yang baik pasti akan berakhir. Kami berharap dengan izin tuhan kami diberi peluang untuk berjumpa lagi dan melalui pengalaman seperti di Langkawi ini.

“Pergi berjalan di luar negeri, Tiba-tiba sampai di Langkawi, Sekali pandang terjatuh hati, Bila ditinggal terkenang di hati.”- Suhayl :)

Tamat

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.