Pokémon Go Artikel tentang kesan-kesan hobi ini

Pokémon Go adalah permainan yang dibuat oleh syarikat Niantic. Permainan ini dilancarkan pada tarikh - 6 July 2016. Permainan ini menarik perhatian orang ramai, dari kanak-kanak sehingga orang yang sudah dewasa. Permainan ini dapat sambutan yang baik kerana ramai orang dewasa kenal rancangan asal Pokémon itu, dan permainan ini dikongsi di setiap platform sosial media. Selepas 1 hari pelancaran, jumlah orang memuat turun aplikasi ini sudah mencecah 300,000 orang. Sekarang, jumlah kesuluruhan sudah sampai 500 juta muat turun.

Orang di setiap negara juga turut serta untuk bermain permainan ini.

Beberapa minggu kemudian, semakin ramai pemain, dan ini menjadi hobi kepada ramai golongan orang. Cara bermain permainan ini adalah untuk menangkap semua Pokémon, yang berada di sekeliling kamu. Ramai remaja berjumpa bersama rakan-rakan mereka untuk bermain permainan ini.

Walaupun permainan ini dapat mengeratkan hubungan bersama rakan, permainan ini ada juga keburukkannya. Pemain akan menjadi ketagih dengan permainan ini, dan sering kali mereka menggunakan telefon bimbit mereka ke mana sahaja mereka pergi. Ini akan menyebabkan kemalangan, kerana pemandunya juga kadang leka, dan juga bermain permainan itu sambil memandu, atau pejalan kaki bermain telefon bimbit dan tidak memeriksa traffik.

Selain daripada kemalangan yang disebabkan oleh kereta, ada juga kemalangan yang terjadi kerana pemain leka, dan mereka tidak sedar persekitaran mereka, dan ada kemalangan terjadi kerana mereka tidak lihat atau memandang depan. Satu contoh adalah, ada remaja dari New York, dan dia terjauh dari sebuah tebing, dan meninggal dunia kerana kecuaiannya.

Ini pula adalah masalah pemain yang berdekatan dengan rumah orang lain. Polis di Ireland sudah dapat beberapa pengaduan tentang pemain yang bermain di kawasan rumah orang lain.

Ini adalah satu contoh kemalangan di jalan raya kerana pemandunya bermain Pokémon Go.

Itu sahaja yang saya ingin kongsikan. Sekian.

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.