Diselebungi Ketakutan Peleraian suatu jenayah

Aku dan sepupu aku, Aidil, sedang bermain bola sepak di sebuah padang yang terletak di luar rumah Aidil. Kami berasa sangat ghairah kerana kami sering berjumpa bersama-sama dan juga Aidil akan berangkat ke negara Thailand bersama keluarganya. Setelah bermain bola, Aidil hendak membelikan air untukku kerana aku tiada wang untuk membeli air untuk aku sendiri.
Dengan perasaan yang dirasuk kebimbangan, aku terus melangkah kakiku satu per satu dengan pantas ke arah kedai yang terletak berdekatan dengan gelanggang bola keranjang yang baru dibina itu. Angin yang dingin itu membuatku lebih bimbang. Seorang pegawai polis terlanggar aku daripada belakang. Langkahnya mantap dan penuh keyakinan apabila dia hendak ke arah kedai itu. Jantungku berdebar dengan tiada henti, membuatku lebih khuatir.
Aku mengekori pegawai polis itu dengan menjejaki langkahku dengan senyap. Dari jauh, aku ternampak sesuatu tempat kejadian jenayah yang terdapat di daerah kedai yang Aidil hendak membeli air kami. Kebimbanganku semakin memuncak apabila aku bermula untuk bergegas ke arah lelaki yang terbaring dengan tidak berdaya. Ada seorang wanita yang berbaju putih sedang berbual dengan seorang pegawai polis. Fikiranku dirasuk ingatan yang bukan-bukan.
Kerdipan mataku bagaikan pisau yang melapah perasaanku apabila aku ternampak seorang lelaki yang berpakaian baju putih dan berkaca mata sedang menggenggam tangan seorang lelaki yang tinggi dan berpakaian hitam dengan erat. Muka lelaki yang berpakaian hitam itu mula bergayut di sudut hatinya. Adakah dia yang pembunuhnya? Soalan itu sentiasa memenuhi kotak fikiranku.
Dengan muka yang kecewa, aku terus mengorak langkahku dengan perlahan ke arah lealki yang terbaring mati itu. Hatiku pecah seribu. Pedih sungguh hatiku. Kulihat air jernih mengalir di pipinya. Lelaki itulah Aidil. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan, tetapi berdoa kepada tuhan agar Aidil dapatlah masuk ke syurga kerana benda-benda baik yang dia telah lakukan.

Credits:

Created with images by edenpictures - "Scary Clown With Hammer" • k_r_craft - "tree oak landscape" • spaceodissey - "Graveyard"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.