Satu peristiwa yang mencemaskan... Nurul Nabila Binte Mokhtar (2N2)

Seriang kicauaan burung-burung yang terbang membelah cuaca petang, aku baru sahaja pulang daripada kelas tambahan Matamatik. Dalam perjalanan pulang aku membuat keputusan untuk menyinggah di sebuah kedai runcit yang berdekatan untuk membeli minuman untuk melegakan tekak yang kering ini. Tiba-tiba bunyi kemalangan kedengaran , semua orang di dalam kedai runcit itu pandang kearah bunyi itu. Aku keluar daripada kedai dan ternampak dua kereta terbabas di jalan raya. Aku terus teringat satu kejadian yang sangat mengerikan, ia berlaku dua bulan yang lalu pada cuti sekolah Mac.

Aku dan rakan baikku Fahmi, sedang bersenam di sebuah taman yang berdekatan dengan rumah kami. Aku dan Fahmi sedang mempersiapkan diri untuk pertandingan lumba lari yang akan datang tidak lama lagi. Walaupun sudah cuti sekolah, kami tetap harus berlatih untuk melatih stamina kami. Sudah hampir setengah jam lebih kami berlatih di taman, manik-manik peluh di dahi mula timbul. Aku dan Fahmi rasa sangat letih. Kami berjalan sambil mencari tempat untuk berehat dan akhirnya aku ternampak sebuah pondok apabila Fahmi menjerit.

"Siapa sampai dahulu dia menang!" jerit Fahmi lalu berlari dengan pantas meninggalkan aku terperanjat.

Kami berlari dengan pantas ke arah pondok apabila bunyi kemalangan kedengaran. Aku dan Fahmi berhenti berlari dan pandang antara satu sama lain. Kami berlari kearah tempat kemalangan dan muka aku menjadi pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah apabila melihat kereta sama seperti kereta ibuku berlanggar dengan kereta lain. Semasa kami sampai di tempat kejadian, ramai orang sudah berkumpul. Aku dan Fahmi mampu berdoa dan mengharapkan bahawa pemandu itu bukan ibuku. Seorang saksi sudah menelefon ambulans dan cuba untuk menolong mangsa di dalam kereta.

Kedua-dua kereta mangsa rosak teruk dan tingkap keratanya juga berkecai. Beberapa minit kemudian, ambulans dan polis tiba. Mereka membawa mangsa memasuki ambulans, mangsa-mangsa tidak cedera teruk hanya beberapa luka di muka dan tangan mereka. Aku dan Fahmi berasa lega sekali apabila kami melihat mangsa-mangsa itu bukan ibuku. Orang ramai sudah pulang meninggalkan aku dan Fahmi sahaja. Kejadian itu amat menyeramkan untuk aku. Telefonbimbitku berbunyi, aku mengeluarkan telefonbimbitku dan menerima pesanan daripada ibuku untuk pulang.

"Adik? Minumannya mahu dibayar?" tiba-tiba lamunanku terhenti.

Aku megeluarkan dompet dan membayar minumanku. Setelah membayar minuman, aku terus bergegas untuk pulang kerana aku tidak mahu dimarah oleh ibu kerana lewat untuk pulang ke rumah. Kejadian yang berlaku dua bulan yang lalu masih segar diingatan.

Credits:

Created with images by Rico_Loeb - "accident crash tree"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.