KURSUS MS EXCEL GAMIFIED LEARNING BINA SISTEM MUDAH HANYA MENGGUNAKAN MS EXCEL

Microsoft Excel bukanlah sesuatu yang baru, boleh dikatakan hampir semua orang yang bekerja di depan komputer tahu fungsi asas perisian ini.

Bila melihat logo Excel sahaja kita akan kenal perisian keluaran Microsoft ini, dan akan terus terbayang apa yang mampu dilakukan oleh perisian yang telah wujud lebih 30 tahun ini.

Buka sahaja file Excel, interface seperti ini lah yang biasa kita lihat.
Table seperti ini biasa dibina menggunakan Excel dengan mudah dan cepat.
Operasi matematik yang melibatkan tambah, tolak, darab dan bahagi menjadi terlalu mudah dan pantas menggunakan Excel.
Anda juga mungkin biasa menggunakan Excel untuk membina graf.
tetapi tidak ramai yang tahu menggunakan fungsi excel sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti kerja

Tahukah anda kita boleh menggunakan Excel untuk membina sistem-sistem dengan mudah? Sistem-sistem ini adalah seperti "mini software" yang akan membuatkan kerja-kerja kita bertambah mudah, bersistematik dan cepat.

Pengasas Microsoft, Bill Gates
Semua perisian yang lahir dalam "keluarga" Microsoft Office

vERSI TERBARU SETIAP 3 TAHUN

Sedarkah anda Microsoft akan mengeluarkan versi terbaru perisian mereka sekurang-kurangnya setiap 3 tahun dan setiap versi baru akan ada penambahan fungsi-fungsi dan ciri-ciri baru yang terkini.

Microsoft Excel adalah sebuah perisian yang paling banyak mengalami proses naik taraf bagi menjadikannya bertambah canggih.

Kursus ms excel susah & memeningkan kepala

Mungkin anda pernah menghadiri kursus MS Excel dan mungkin ramai yang berpendapat Excel adalah satu perisian yang sukar untuk didalami kerana terlalu banyak formula-formula dan "funtions" yang perlu dihafal.

Maka ramai yang hanya menggunakan Excel secara asas sahaja kerana tidak mahu memberatkan fikiran.

"menyedari keadaan ini, kami di smart excel mengambil pendekatan berbeza bagi mengubah persepsi tentang ms excel"

memperkenalkan kursus ms excel gamified learning
ciri utama kursus ms excel gamified learning
  • TIDAK fokus kepada formula-formula dan "funtions" Excel.
  • LEBIH fokus kepada sistem-sistem mudah yang boleh dibina hanya menggunakan Excel.
  • TIDAK membosankan kerana buat pertama kalinya di Malaysia kami memperkenalkan teknik pembelajaran berkonsep GAME atau PERMAINAN dalam kursus pengurusan data.
  • Kursus hanya dalam masa singkat iaitu 2 hari dan para peserta mampu terus mengaplikasikan sistem-sistem yang diajar dalam kerja masing-masing.
  • Modul direka secara "general", sesuai untuk semua jenis bidang kerja kerajaan dan swasta.
  • Jurulatih dan fasilitator yang berpengalaman luas.
sistem carian (search engine) seperti google

Bila mencari sesuatu informasi, anda pasti biasa menggunakan Google. Bagaimana pula dengan data kerja anda? Melalui Excel sahaja, anda mampu membina sistem mudah seperti sistem carian Google untuk pencarian data yang pantas dan mudah.

sistem automated report

Mahukah anda membina sistem yang akan membuatkan masa anda untuk menyiapkan kerja semakin singkat? Ya, hanya menggunakan Excel anda dapat membuatkan laporan kerja anda bekerja secara automatik dan efisyen.

sistem pivottable dashboard

Ingin menjadikan kerja anda lebih sistematik dan menarik? Sistem dashboard ini amat mudah dibina melalui Excel dan pasti akan membuatkan bos anda kagum.

pelbagai lagi sistem-sistem yang bakal anda pelajari melalui kursus ini

  • Compare & Merge Workbooks
  • What-if Analysis
  • Solver
  • Color Notification Rules
  • Latest Update System
  • + Banyak lagi.

Credits:

Created with love by Smart Excel

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.