Satu Peristiwa Yang mencemaskan oleh raden

Cahaya muda memancarkan sinarnya dengan begitu megah .Aku berjalan pulang dengan ibuku dari pasar.Aku berasa penat kerana harus menolong ibuku mengangkat barang-barang yang berat. Semasa berjalan,aku terima hantaran mesej daripada kawanku,Rahim.Dia mengajak aku ke taman untuk berlari lari anak. Aku membalas dengan berkata yang aku malas tetapi dengan pujukan kawanku,Rahim, aku pun bersetuju

Bila tiba di rumah, aku pun bersiap untuk pergi ke taman dengan Rahim.Aku pun turun ke kolong blok berjumpa dengannya.Apabila berjumpa dengannya.Kami berlari lari anak hingga ke taman.Beberapa minit kemudian,aku dan kawanku,Rahim,tiba di taman.Kami pun bermula senaman ringan.Selepas itu,kami bermula berlari berlari anak di taman itu.Selepas beberapa meter,Rahim bercadang untuk pergi ke sebuah kedai runcit yang berdekatan di taman itu.Aku pun bersetuju.Kami pun berjalan ke kedai runcit itu.

Semasa perjalanan ke kedai runcit,tiba-tiba,aku terdengar jeritan seorang wanita yang begitu kuat.Aku,Rahim dan semua ada di taman itu serentak menoleh ke arah jeritan itu.Kami ternampak seorang wanita sedang menjerit ke arah seseorang remaja yang terjatuh di tasik.Selepas melihat itu,aku dan Rahim melihat sesama sendiri dengan muka yang cemas.Aku ternampak remaja itu sedang dalam kesusahan berenang ke darat.Dia kelihatan lemas.Tiba-tiba,tidak disangka,Rahim berlari dengan pantas ke arah remaja itu.Dengan keberaniannya,dia terjun ke tasik itu untuk menyelamat remaja itu.Apabila di tasik,Rahim cuba mentarik remaja itu ke darat tetapi mungkin remaja itu berat,dia tidak dapat membawanya ke darat.Lepas itu,semua berada di situ cuba menolong Rahim dan remaja itu ke darat.Beberapa minit kemudian,mereka berjaya membawa Rahim dan remaja itu ke darat.

Lepas itu, Aku terdengar siren ambulan.Mungkin ada orang yang menelefon ambulan semasa kejadian itu.Apabila ambualan tiba di tempat kejadian,pengusung yang berada di dalam ambulan itu berlari ke tasik.Pengusung itu mengankat remaja itu ke dalam ambulan.Rahim dengan basah kuyup berjalan ke arah aku.Dia berkata yang dia bangga dengan dirinya kerana dia dapat menolong seseorang dalam kesusahan. Semasa kami sedang berbual,wanita yang menjerit itu berjalan ke arah kami.Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rahim kerana menolong anaknya.Rahim berkata yang dia sedia membantu orang dalam kesusahan.Wanita itu pun berkata dia tidak dapat membalas budi baik Rahim itu.Rahim pun berkata yang dia menyelamatkan remaja itu dengan ikhlas.Wanita itu berkata bagaimana anaknya terjatuh.Rupa-rupanya anaknya terjatuh kerana ingin menangkap ikan yang kecil.Lepas itu,wanita itu terus bergegas ke hospital.

Aku pun berkata kepada Rahim yang aku bangga pada kelakuannya tadi itu.Rahim berkata dia ingin pulang ke rumahnya dan bersihkan tubuhnya.Aku pun menghantar Rahim pulang.Apabila tiba di depan rumah Rahim, kami ketuk rumah pintunya.Ibu Rahim yang membuka pintu itu.Ibu Rahim terkejut apabila Rahim basah kuyup di depan rumahnya. Kami pun cerita apa yang terjadi kepada ibunya.Ibu Rahim berasa bangga dengan Rahim dan bersyukur yang Rahim tidak cedera apa apa masa process menyelamat remaja itu.

Lepas itu, aku pun pulang ke rumah.Apabila tiba di rumah,ibuku menjemput aku makan di meja makanan.Bila sedang makan,aku teringat apa yang terjadi dan berasa yang kejadian itu adalah paling mencemaskan bagi aku.Aku pun berasa patutkah remaja itu menangkap ikan di tasik yang berada di taman itu.

Created By
Raden Izzad
Appreciate

Credits:

Created with images by Kavya Bhat - "At Cubbon Park"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.