Titian Al-Sirat Bab 9 Beriman kepada akhirat | Kerja masa cuti pendidikan islam | Ustazah ismah | Fatin Amili zamros yuzadi | tingkatan 3E

apakah titian Al-Sirat?

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

TIDAK AKAN MENYEBERANGI TITIAN AL-SIRAT MELAINKAN ORANG MUKMIN

ABI SAID AL-KHUDRIY R.A. DARI NABI S.A.W. BERSABDA.. "Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; ada yang seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka"

Orang yang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad S.A.W. yang mengepelai umat lain

RASULULLAH S.A.W. BERSABDA: "Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahannam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus".

SIFAT-SIFAT TITIAN AL-SIRAT

Rasulullah S.A.W. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang. Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan Allah S.W.T. sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman. Sebaliknya, sirat yang dilaluinya akan menjadi sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh dalamnya. Tidak terhenti-henti Rasulullah S.A.W. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia.
Created By
Fatin Amili
Appreciate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.