Google Apps For Education Implimentasi di MRSM

Google Apps For Education

Google Apps For Education merupakan salah satu aplikasi produktiviti yang ditawarkan oleh Syarikat Google Inc. khas untuk institusi pendidikan. Dengan menampilkan set aplikasi yang hebat seperti Classroom, Drive, Docs, Sheets, Slides, Forms, Calender dan banyak lagi, kita sebagai pendidik mampu untuk membawa lanskap pendidikan ke satu dimensi yang lebih baik.

Sebagai Pembentang (paling kanan) Break Out Session di Apple Islamic Studies Summit di Pullman Putrajaya pada 3-4 Jun 2015
Pencapaian penulis sebagai GCE Level 1

Sebagai seorang pendidik yang berjiwa kreatif dan inovatif, saya telah menggunapakai Google Apps For Education sejak mula ia dilanggan oleh MARA. Sejak dari itu saya tidak berpaling ke belakang lagi dan mengimplimentasi dalam work environment saya. Dalam tulisan ini saya akan tunjukkan bagaimana saya menggunakan aplikasi yang awesome ini dalam tugasan seharian saya.

Aplikasi yang pertama saya set up pada setiap sesi akademik ialah Google Classroom. Ia merupakan aplikasi learning management system bagi memudahkan perhubungan diantara saya sebagai guru dengan para pelajar saya. Di Google Classrom saya akan meletakkan bahan pengajaran dan pembelajaran lebih awal sebelum ke kelas. Selain itu sebarang tugasan, nota, bahan rujukan dan sebagainya saya letakkan di tempat yang sama. Apa yang paling saya suka kelas saya akan tetap berjalan walaupun saya keluar kawasan untuk mesyuarat atau kursus ( saya adalah guru yang paling kerap keluar kawasan untuk mengendalikan bengkel, kursus, seminar dan sebagainya)

Antara borang yang dihasilkan menggunakan Google Forms

Aplikasi kegemaran saya ialah Google Forms yang saya gunakan di mana-mana dan dengan pelbagai tujuan. Saya biasanya menggunakan aplikasi ini untuk Borang Tempahan Bilik Mesyuarat, survey Hari Keluarga MRSM, Undian BWP, Borang refleksi kelas dan Bengkel. Yang paling saya saya ialah dengan Google Forms saya boleh menghasilkan Auto Grading Test untuk ulangkaji PT3 dan SPM menggunakan add ons.

Para pelajar di kelas

Para pelajar saya suka menggunakan Google Docs, sejenis aplikasi word processing online. Mereka akan menggunakan aplikasi ini untuk melakukan tugasan secara kolaboratif dalam masa nyata (real time collaborating). Kelas ini saya namakan sebagai kelas tanpa suara kerana melakukan pembahagian tugas dan perbincangan dalam kumpulan dengan cara chatting online.

Google Drive dengan kapasiti tiada had.

Google Drive ialah External Hard Disk Drive saya yang utama dengan kapasiti unlimeted yang dibekalkan oleh MARA, sangat sesuai untuk saya jadikan stor untuk back up semua bahan dan dokumen penting terutama berkaitan tugasan seharian. Selain itu saya boleh berkongsi bahan berkaitan dengan rakan-rakan dengan hanya meng klik butang share untuk collaborate.

Bengkel kendalian penulis
Google Forms agensi luar MARA hasil perkongsian dari penulis.

Akhir sekali (tetapi bukan yang terakhir) selalu berkongsi dengan rakan-rakan samada peringkat dalaman maktab, MRSM-MRSM se Malaysia mahupun dengan agensi luar seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang dan Institut Pendidikan Guru Bahagian Pengambilan Pelajar tentang Google Apps. Secara umumnya mereka telah memberikan respon yang sangat positif dalam keberkesanan dan practicality suite ini dalam persekitaran kerja masing-masing.

Saya sangat berharap pihak MARA dapat mengekalkan penggunaan Google Apps For Education yang sudah terbukti sangat besar menfaat dan kegunaannya. Saya juga ingin mencadangkan supaya aplikasi ini disebarluaskan samada di peringkat dalaman MARA mahupun luaran. Terima kasih.

Created By
Aminuddeen Mohammad
Appreciate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.