Kesakitan Peleraian suatu jenayah

Taman itu sangat sunyi. Kesepian itu mencengkam perasaanku. Aku melemparkan pandanganku ke arah sekelilingku. Tiada orang kecuali diriku. Aku menghayunkan kaki berjalan pulang. Sedang aku berjalan, mataku terpanah ke arah beberapa remaja yang sedang bermain bola keranjang. Disebabkan badanku yang tidak larat untuk bergerak lagi, aku membuat keputusan untuk duduk di sebuah bangku untuk rehat. Tanpa diduga, jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadaku.

Gebu gelap telah menyelubungi angkasa. Selepas aku berlari-lari anak seputar taman yang terletak di sebelah gelanggang bola keranjang itu, kakiku berasa sungguh berat untuk dihayunkan ke arah rumahku yang amat jauh dari taman itu. Sesaat aku sedang melewati taman itu, kedengaran suara nyaring yang menghentak gegendang telingaku. Aku bertanya-tanya kepada diriku. Apakah suara itu? Suara siapa itu? Apa telah terjadi? Soalan-soalan itu bertalu-talu datang dan pergi dalam fikiranku. Dalam keadaanku yang lemah-longlai, aku berjalan ke arah suara itu. Kejutanku tidak terhingga. Rupa-rupanya, terdapat seorang jejaka berumur lingkungan 20-an yang terbaring di gelanggang itu. Darah merah melililingi persekitaran badannya. Mataku terpaku ke arah perutnya yang kelihatan seseolah dia telah ditikam. Debar jantungku memukul dada. Dengan ketakutan, aku mengeluarkan telefon bimbitku dari kocek lalu menghubungi polis.

Dengan sekelip mata, dua kereta polis tiba bersama ambulans. Sekumpulan paramedik yang berseragam rasmi keluar dari ambulans lalu bergegas terhadap jejaka itu.

Credits:

Created with images by Garrett Gill - "Scene of the Crime" • Unsplash - "bench park grass" • TeroVesalainen - "question mark why problem"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.