Loading

Permata Kedah Alyssa & Damia

Langkawi terdiri daripada sekumpulan 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau utama dikenali sebagai Pulau Langkawi. Pulau-pulau ini mempunyai warisan mitos dan lagenda yang menarik, antaranya kisah gergasi dan burung garuda, pahlawan dan puteri kayangan, peperangan dan kisah cinta.

Pengalaman kami daripada Singapure ke Langkawi tidak disangkai kerana kami fikir yang penerbangan ini tidak akan jalan dengan lancar disebabkan kami sangka yang airline bajet sahaja. Setelah kami sampai ke di Penerbangan Internasional Langkawi, kami mengambil bagas dan terus dijemput oleh pemandu pelancong kami bernama, Cik Azri atau boleh dipanggil sebagai “ A “.

Secara keseluruhan, Padang Beras Terbakar amat menyeronokkan dan menarik. Juga. ia satu pengelaman yang unikn kerana beras terbakar yang tertinggal berada dalam balang kaca di bawah penerangan tentang sejarahnya. Kami melihat sebidang tanah dimana beras terbakar itu ditumbuh dan dibakar. Salah satu sebab mengapa hanya segenggam beras terbakar yang tertinggal kerana dahulu, pelancong akan mengambilnya dan menyimpannya sebagai cenderahati. Setelah itu, kami dibawa untuk makan tengah hari. Makanan kami mengandungi tentu sekali, nasi putih, ikan bakar, ayam kurma, sayur campur, ulam, tahu dan sambal belacan yang sedap sangat berpasangan dengan teh ais.

Rumah Mahsuri

Kami pergi ke Mahkam Mahsuri dan mempelajari tentang sejarahnya yang tidak dapat kami mempercayai. Gambar yang dipetik ini menunjukkan Rumah Mahsuri dan secara tidak disangkakan, bawah matahari yang panas ini, rumahnya sebenar sejuk. Tetapi sebelum ini, Cik Azri telah memberi ringkasan tentang sejarah Mahsuri tetapi setelah pergi and melawat Mahkam Mahsuri, saya telah menambah ilmu tentang Mahsuri sendiri dan juga orang-orang yang ada kepercayaan lain tentang dimana dia dikebumikan. Setelah itu, kami pergi ke kedai untuk membeli keperluan kami. Saya tidak sangka ada banyak benda selain makanan sahaja, seperti jam tangan. Setengah jam nanti, kami menaiki bas untuk kembali ke hotel kami dan siap untuk makan malam bersama.

Kami bangun dan bersarapan. Kami juga diberi masa untuk bersiap untuk pergi ke Homestay Tok Rendong kerana kami akan berada di sana sehari.

Swafoto bersama kumpulan

Di homestay, kami pelajari pelbagai jenis permainan kampung dan cara-cara membuat makanan yang berlain-lainan yang sering dimakan oleh penduduk-penduduk Langkawi. Terdapat aktiviti seperti permainan congkak, permainan lastik, mereka seni kraf belalang yang menggunakan daun kelapa, membuat kuih loyang, atau lebih dikenali sebagai kuih ros, juga mengisi buluh dengan beras pulut dan membakarnya di tepi arang dan menganyam ketupat. Saya sedari bahawa rakan-rakan saya mempunyai kekuatan dalam berlainan aktiviti. Sebagai contoh, Suhayl dapat pelajari bergendang dengan cepat sementara Damia berjaya membuat kuih ros dengan mencuba satu kali sahaja. Pengalaman saya berada di homestay itu sangat berlainan dengan di Singapura kerana agak sukar untuk dapat melihat perkampungan di Singapura. Di sini, kita dapat berkomunikasi dengan jiran yang peramah, bermain dengan kucing jalanan dan melihat lembu dan ayam. Perasaan di sini lain kerana suasana lebih aman.

Homestay ini dibuka pada tahun 2002 dengan tujuan untuk menambah pendapatan penduduk, beri pengalaman pada pelancong tinggak di kampung, dan ikuti aktiviti masyarakat. Sekira-kiranya 100-200 orang datang dalam sebulan. Pah Moktar rasa kepuasan dapat memberi pengalaman pada pelancong tinggal bersama keluarga homestay. Tambahan pula, dia suka peluang bertemu dengan pelancong dari pelbagai bangsa dan negara.

Gambar yang dipetik di Muzium Laman Padi

3 Perkara yang dipelajari di Laman Padi -> 1. Kami pelajari yang kelapa betina ada inti, jantannya koson. 2. Kami fikir ada beras putih biasa, beras coklat dan beras merah sahaja. Tetapi ada lebih daripada 10 beras yang berbeza. 3. Ada daun yang bernama daun sekentut yang betul-betul bau seperti kentut.

2 Herba yang baru dipelajari -> 1. Daun Kayu Manis kerana kami tidak sangka ada daun kayu manis. 2. Daun Sekentut. Ia amat menarik kerana ia bau seperti nama daunnya, iaitu bau kentut.

1 Perkara yang tidak boleh dilupakan -> Apabila kami lihat Raziq digigit lintah kerana tidak pernah dilihat oleh kami. Alyssa juga bermain dengan lintah itu seperti haiwan perjagaannya sendiri. Setelah satu minit, kakinya mula untuk berdarah dan ia sebenarnya amat menakjubkan.

Kawan-kawan kami di SKM Ayer Hangat

Nama kawan kami ialah Nadia. Subjek kegemarannya ialah Reka Cipta yang agak sama dengan subjek seni kami. Hobinya ialah bersiar-siar sekelilingnya kerana suka rasanya. Makanan kegemarannya ialah Chicken Chop dan untuk berpasang dengan makanan yang lazat itu ada Jus Lobak Merah. Lawatan ke sekolah ini amat menarik dan menyeronokkan. Saya harap yang sekolah kami dapat membuat bilik yang menggalakka kami untuk henti membuat perbuatan yang boleh mengakibatkan hidup mati seperti merokok dan dadah kerana masalah ini semakin merebak.

Lukisan seni yang digemari kami

Aktiviti yang kami lakukan adalah Batik, “ Balancing Stone “, mendirikan keris, mempelajari lanjut tentang lebah kelulut dan bezanya dengan madu lain.

Gambar-gambar di Kompleks Seni Kraftangan Langkaqi

Satu aktiviti yang menyeronokkan adalah mewarna batik itu, kerana kami seperti pelajar-pelajar seni, kami masih geram dengan medium ini tetapi kami suka hasilannya dan ia mempelajari kami tentang kesabaran. Saya telah mempelajari banyak di kompleks itu tapi yang paling kami ingat adalah bagaimana lebah-lebah itu tahu mana rumah mereka atau tidak.

Kami rasa macam di dimensi yang lain dengan 3D-nya. Walaupun ia agak sama dengan Trick Eye Muzium Singapura, ia ada perbezaan besar kerana ia menunjukkan satu showcase yang amat menarik dan cantik. Kami berseronok di situ, lari sini, lari sana untuk memetik gambar itu dengan cepat sebelum orang lain mengambil alih. Keistimewaan tempat itu adalah showcase yang disebut awalan kerana ia amat menarikkan perhatian. Kami tidak pernah fokus sangat dalam sesuatu.

Untuk menghabiskan travelog kami, kami akan menceritakan pengalaman yang amat menakjubkan, satu dalam sejuta. Kami dapat mencelupkan jari ataupun tangan untuk Alyssa yang telah bersukarelawan untuk pergi dahulu. Walaupun minyak gamat untuk sedang mendiri atas api yang amat panas, apabila mencelup, rasa seperti mandi air hangat biasa, tidak sepanas yang dilihat atau difikirkan. Tetapi untuk menghilangkannya daripada tangan atau jari kami mengambil masa yang panjang kerana ia minyak yang amat pekat. Walauapa-apapun, ia telah meninggalkan kesan melembutkan tangan. Secara keselurahan, kami tidak fikir yang kami akan menikmati perjalanan ini ke Langkawi. Kenangan-kenangan yang dibuat di sana tentu sekali akan disimpan dekat pada hati kami❤️

~TAMAT~

Credits:

Created with images by Patrick Brinksma - "untitled image"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.