Loading

Assalamualaikum Langkawi Oleh Alawiyah & Afiqah

Asal - usul nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan helang oleh sebab ada banyak burung helang yang berterbangan di kawasan Langkawi. “Kawi” dalam Bahasa Sanskrit bermaksud guli, Yang mana is ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, is membentuk perkataan “Helangkawi” Yang kemudian menjadi Langkawi. (Sumber teks : Wikipedia)

Hari Pertama

Bertolak ke langkawi

Padang beras terbakar

Saya rasa beras terbakar amat menarik kerana ia mengajar saya tentang kepentingan untuk menghargai sesuatu dan di samping itu saya juga dapat meluaskan pengetahuan saya tentang sejarah Langkawi.
Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam. Pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima yang hebat telah berlaku di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang. (Sumber teks: Wikipedia)
Beras terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kawasan ini Kini terletak di dalam kawasan tanah milik perseorangan. (Sumber teks: Wikipedia)

Makam Mahsuri

  1. Terdapat sebuah makam replika di makam Mahsuri itu
  2. Langkawi telah disumpah oleh Mahsuri untuk 7 keturunan
  3. Generasi Mahsuri menetap di negeri Thailand.

Walaupun, Mahsuri telah menjatuhkan sumpah kepada tujuh keturunan supaya tidak aman, ia dapat mengingatkan generasi yang akan datang untuk tidak memfitnah orang tanpa bukti. Jadi ini menunjukkan kesumpahan Mahsuri ialah untuk kebaikan untuk generasi yang akan datang.

Rumah Mahsuri

Ini adalah perigi yang telah digunakan oleh a Mahsuri untuk melakukan rutin sehariannya seperti untuk membersihkan diri Dan masakkan.

Hari Kedua

Homestay Desa Wang Tok Rendang

Pautan video : https://youtu.be/uqRKzIGbDek

Swafoto Bersama Tuan Rumah

Pelajaran & Pengalaman

Melalui beberapa aktiviti - aktiviti ini, saya dapat pelajari bahawa ramai rakan -rakan saya mempunyai fikiran yang terbuka untuk mencuba beberapa aktiviti - aktiviti yang baru kepada kami seperti membuat bentuk belalang dengan daun kelapa.
Melalui aktiviti - aktiviti ini seperti aktiviti menganyam ketupat, saya telah plpelajari akan kepentingan untuk memberikan perhatian yang penuh semasa seseorang membuat demostrasi dan bersikap teliti supaya kami lebih memahami dan tahu akan cara - caranya untuk mendapat hasilnya. Sama seperti semasa seseorang guru sedang mengajar di sekolah, sebagai pelajari, kami sepatutnya memberikan perhatian yang penuh kepada guru kami.

Hari Ketiga

Keistimewaan Gamat Dan Mengapa Ia Popular Di Langkawi

Gamat ataupun “sea cucumber” sungguh popular di kawasan Langkawi kerana ia mempunyai spesis gamat yang terbaik berbanding dengan negeri-negeri lain, ia juga mengandungi banyak kebaikan dan Langkawi dikenali sebagai pulau yang kaya dengan gamat. Gamat sangat istimewa kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan seperti merawat luka, rawat sengatan yang bisa dan sebagainya. Di samping itu, gamat juga boleh dimakan. Contohnya, orang-orang Langkawi suka makan beronok. Cara untuk membuat beronok adalah dengan mencuci gamat dan hiris lalu dihidangkan bersama kerabu. Gamat juga boleh dibuat untuk dipakai pada luaran seperti minyak atau ubat. Untuk membuat minyak atau ubat dari gamat, Ibu gamat akan sering digunakan kerana ia spesis yang paling sesuai untuk dipakai untuk membuat ubat atau minyak.

Mardi Agro Technology Park

Keindahan flora dan fauna merupakan permandangan yang menyejukkan mata.

Muzium Laman Padi

Renungan

Terdapat pelbagai beras seperti “brown rice”, “red rice”, beras pulut, beras Yang digunakan untuk membuat kimbap iaitu beras dari Korea, beras dari Jepun dan beras dari Cambodia atau orang asli. Sebelum petani boleh menanam padi, Jabatan pertanian yang bernama “Mardi” akan membuat ujian untuk tanaman padi tersebut. Contohnya, padi akan ditanam pada 2 musim diselang 1 tahun dan jikalau padi itu tidak sesuai dengan sawah, ia tidak akan diberikan kepada petani-petani untuk ditanam. Antara faktor kesesuaian dengan sawah adalah ketinggian pokok dan tempoh matang tidak boleh lebih dari 110 hari. Selain dari itu, kami juga dapat melihat bagaimana proses untuk meratakan tanah dengan menggunkan alat sisir dan kerbau. Kami juga dapat berpeluang untuk menanam padi di dalam tanah yang dipenuhi dengan lumpur. Pada keseluruhunnya, kami pelajari lebih lagi tentang jenis-Jenis beras dan proses menanam padi dan disamping itu mempupuk sifat sabar kerana kita perlu perlahan-lahan berjalan di dalam lumpur itu dan sekiranya kalau salah satu dari kami bergerak dengan cepat di dalam lumpur, pasti kami akan jatuh ke dalam lumpur itu.

3 Perkara Dipelajari

  1. Pokok kekabu digunakan untuk mendapatkan kapas untuk membuat barang -barang seperti bantal dan jacket keselamatan.
  2. Sisir digunakan untuk menyakar rumpai dan jerami selepas membaja. Is juga digunakan untuk meratakan tanah.
  3. Tenggiling digunakan untuk memecah ketul- ketul tanah selepas dibajak dan disisir.

2 Herba Yang Baru Dipelajari

  1. Daun selasih
  2. Daun sekentut

1 Perkara Yang Tidak Boleh Dilupakan

  1. Pengalaman menanam padi kerana ia adalah kali pertama kami dapat mencuba untuk menanam padi sendiri.

Hari Keempat

Lawatan Sekolah di SMK Ayer Hangat

Pengalaman

Saya telah berkawan dengan Aisyah yang sebaya dengan saya. Kami berdua berkongsi minat yang sama iaitu muzik. Aisyah seorang yang peramah dan sikap dia yang ceria itu membuatkan saya senang hati untuk berinteraksi dengannya.

Kemudahan Di SMK Ayer Hangat

Di SMK Ayer Hangat, mereka ada pakar gigi yang tetap di sekolah mereka. Ini akan memudahkan para pelajar kerana mereka tidak perlu menunngu masa untuk pakar itu datang sekolah untuk merawat gigi mereka. Mereka juga ada bilik sumber untuk mengajar pelajar-pelajar tentang bahayanya dadah. Ini bagus untuk mendedahkan pelajar-peljar tentang isu semasa dan cara untuk mengelakkan daripada menjadi ketagih kepada dadah.

Kompleks Seni Kraftangan Langkawi

Seni ukir yang berjaya memikat hati saya

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan

  • Melukis batik
  • Demo mendirikan keris
  • Penghasilan Madu Lebah

Satu Aktiviti Yang Menyeronokkan

Satu aktiviti yang menyeronokkan diri saya ialah melukis batik kerana ia adalah kali pertama saya melukis batik. Saya telah pelajari bahawa kita harus ada sikap sabar yang sangat tinggi kerana tanpa sikap sabar pasti batik itu tidak akan kelihatan kemas dan cantik.

Muzium 3D Langkawi

Gambar yang melucukan

Perasaan

Saya berasa teruja apabila saya sedang berada di sana kerana saya melihat banyak tempat-tempat yang unik. Selain dari itu saya juga berasa sangat gembira kerana melihat rakan-rakan saya kelihatan begitu gembira apabila mereka sedang bergambar.

Keistimewaan 3D Muzium Langkawi

Di sana, mereka ada satu pertunjukan 3D bergerak di skrin dan ia menceritakan tentang Kisah Aladdin. Ia amat istimewa kepada diri saya kerana saya tidak pernah melihat perkara yang sebegini.

Hari Kelima

Pantai “Belakang Airport”

Saya berasa amat teruja apabila melihat keadaan pantai yang sungguh tenang dan langit yang sangat biru

Kembali Ke Kota Singapura

Saya rasa amat berat hati apabila ingin pulang ke Singapura kerana saya tahu bahawa saya akan rindu suasana kampung di Langkawi yang tidak akan dapat dijumpai di Singapura. Pada pendapat saya, Langkawi memang tempat yang patut dilawati kerana suasana di sana amat tenang. Di sinilah saya menimba ilmu baru di luar kelas dan dapat menyanjung bahasa Melayu dengan lebih lagi kerana saya mula memahami lebih dalam lagi tentang budaya saya sendiri. Bak kata pepatah, bahasa menunjukkan bangsa.

Sirih junjung buat pinangan, Di hias indah cantik di tatang; tradisi kita dilupa jangan, adat di kendong budaya di julang.

Rumusan

Saya tidak akan lupakan apabila kami menanam padi kerana ia satu perkara yang jarang dan tidak dapat dilihat di Singapura. Selain dari itu saya juga tidak akan lupakan lawatan ke SMK Ayer Hangat kerana di situ saya telah membuat ramai kawan dan mereka telah menyambut kami dengan hati yang terbuka. Sepanjang program ini saya juga dapat mempraktikkan bahasa Melayu dalam rutin seharian saya dan ini membantu untuk meluaskan kefasihan saya dalam bahasa Melayu. Terakhir sekali, saya telah menimba ilmu baru dan juga mendapat pengalaman baru yang tidak pernah saya alami.

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.