Dia Peleraian suatu jenayah

Mukaku pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah. Debaran jantungku memukul ruang dadaku. Suara Ibu bergema memanggil namaku. Aku kematian langkah. Apa sudah jadi? Kenapa ibuku memanggilku berulangkali? Adakah aku buat kesalahan? Mataku yang bulat kini berair. Mukaku bertikar menjadi merah-padam mengenang nasib sahabatku itu. Sahabat sejatiku. Sahabat yang selalu berada di sisiku. Sahabat yang melalui setiap dugaan bersamaku. Dia sudah tiada. Tiada lagi di dunia ini. Adakah aku sanggup untuk melalui perkara yang berat ini? Ketenangan yang diidamiku tak kunjung tiba. Tanganku bergetar apabila mendengar berita itu. Aku tahu aku tidak bersalah. Aku pasti.

Tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik. Hatiku melonjak gembira kerana dapat bertemu dengan sahabat sakanku hari ini. Telefonku berdering memutuskan lamunanku. Adakah aku bersedia untuk mengangkat panggilan telefon ini? Fikiranku menderas. Adakah Dia Yang menelefon Saya? Kerisauan diri semakin memuncak, akar persoalanku belum terlerai. Tanganku bergetar sambil mengangkat panggilan telefon itu. Mataku berkaca dan kemudian berair. Adakah aku sudah bersedia untuk membuat perancangan ini? Adakah imanku kuat untuk melaksanakan perancangan ini? Aku tahu bahawa Ada beberapa pasang mata Yang Akan mengekoriku. Fikiranku terhenti, berpintal-pintal, lalu kusut. Senyuman Yang sinis terukir di wajahku. Suara Ibu bergema memanggilku. Adil sudah tiba.

Aku tertawa bersendirian. Aku melihat persekelilinganku. Tidak aku sangka aku akan berada di dalam bilik ini, jauh daripada semua orang. Rambutku panjang berjuntai berserabut menutup mukaku. Aku kendengaran orang memanggilku berulangkali. Aku menutup telingaku. Setiap hari aku mendengar namaku dinyahut. Fikiranku menderas. Siapa yang menyahut namaku? Rasa gelisah menjamah hati. Aku melihat ke luar tingkapku. Bayangnya muncul, merenung tajam mukaku. Jangan kacau aku! Jangan kacau aku!

Credits:

Created with images by Desertrose7 - "clown creepy grinning" • Ruth and Dave - "Well appointed basketball court" • Brad.K - "empty room"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.