Loading

MEMINANG “lamaran Seorang lelaki”

“Berikan aku bahagia.” Selepas beberapa tahun Shukry ditemukan dengan seorang wanita yang telah menambat hatinya, Hawa Rizwana. Akhirnya dia memulakan hasratnya dengan melamar wanita idamannya itu. Kisah percintaan mereka atas sebab kerana Allah telah dipermudahkan. Malahan tetapi, mereka masih bergelar sebagai orang asing dan ajnabi. Syukry memandang wajah manis bakal isterinya itu. Syukry berbisik pada dirinya bahawa perempuan itulah yang akan sentiasa hidup bersamanya.

Pertunangan dalam Islam bertujuan bagi mengenal akhlak dan sifat pasangan sebelum diadakan akad nikah. Ia dapat membantu dalam menguatkan hubungan cinta serta mempersiapkan diri masing-masing sebelum berkahwin.

Pengertian : -

Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri

Cara/Lafaz yang digunakan : -

i. Soreh/jelas/berterus terang – contoh : meminang/melamar

ii. Kinayah/sindiran/kiasan – contoh : menyunting

Hukum pemberian hadiah : -

Harus dengan syarat tidak berlaku pembaziran dan tiada unsur-unsur maksiat

Batas pergaulan dalam tempoh bertunang : -

Mereka masih dianggap sebagai orang asing/ajnabi, diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa ditemani muhram