Peribahasa oleh Cikgu Ari

1. di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung

Peribahasa yang cuba saya ketengahkan di sini ialah 'di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung'. Apabila saya berada di Taipei, Taiwan, saya dapati bahawa negeri itu sangat bersih. Namun, tong sampah tidak kelihatan. Saya berasa sangat hairan. Saya pelajari bahawa sememangnya, ia merupakan budaya rakyat Taipei untuk menyimpan sampah-sarap mereka sehingga mereka melihat tong sampah untuk membuang sampah yang mereka ada. Akibatnya, saya juga melakukan perkara yang sama untuk menghormati kebiasaan di Taipei itu.

2. alah bisa, tegal biasa

Pada pendapat saya, video ini boleh menjelaskan peribahasa 'alah bisa, tegal biasa'. Tidak mudah untuk mempelajari sesuatu bahasa yang baharu. Namun, seperti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dari Amerika Syarikat, apabila kita cuba sedaya upaya dan sentiasa berlatih, sesuatu yang sukar pun boleh dilakukan dengan baik dan berjaya kerana ia sudah menjadi mudah selepas kita banyak berlatih.

Credits:

Created with images by j3ffm4n - "kampong phluck"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.