Lawatan ke Krabi Bandar aman di hujung thailand

Pada cuti sekolah Jun 2016, saya bercuti di Krabi, sebuah bandar yang di hujung Thailand. Thailand adalah destinasi pelancong yang amat popular. Bandar Krabi terletak berdekatan Malaysia, dan ada ramai orang Muslim yang tinggal di situ.

Pantai Ao Nang, Krabi

Krabi adalah tempat yang menarik, dengan banyak aktiviti yang boleh dibuat di situ (akan ditunjukkan kemudian). Kami tinggal di sebuah resort yang terletak bersebelahan pantai Ao Nang. Krabi ialah kawasan dengan banyak curam, yang boleh dilihat di latar belakang foto.

Kakak dan saya berkayak
Ini adalah salah satu aktiviti menarik di Krabi, berkayak. Kami semua berkayak seluruh sebuah sungai yang panjang, dan berhenti di sebuah gua yang besar. Kami mempelajari tentang sejarah gua itu dan bagaimana peneroka purba[ancient settlers] tinggal di situ dalam zaman dahulu.

Pasar Malam Krabi, ialah sebuah pasar malam di mana ramai orang boleh menjual barang kepada pelancong.

Aktiviti "ATV Ride" ialah aktiviti mana peserta akan menaiki dan memandu sebuah kenderaan bernama ATV. Ia sangat seronok, walaupun ia berisiko.

Aktiviti yang saya paling suka, adalah aktiviti 'snorkeling'. Ia melibatkan memakai tiub untuk bernafas, yang dipasang dengan gogal, dan berenam di dalam air laut yang sangat jelas dan berwarna biru-hijau. Jika dibuat pada masa yang sesuai, peserta boleh menikmati banyak ikan-ikan di dalam air.

Pelancongan ini adalah pelancongan yang saya rasa paling seronok. Krabi ialah sebuah tempat yang istimewa dan menarik. Saya telah mempelajari banyak dari cuti saya dan saya juga harap saya boleh melawat ke tempat ini dalam masa depan.

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.