[ Batik ] 2017 S2 Penilaian Alternatif Bahasa Melayu

Apa itu batik?

Sumber: https://www.pinterest.com/abdulrashade/batik-block-printing/

Batik ialah sejenis seni mencorakkan sehelai kain. Proses ini pada mulanya adalah untuk menghasilkan satu reka bentuk yang mengikut salah satu motif alam persekitaran. Malah, lebih daripada satu motif boleh digunakan untuk mencorakkan sehelai kain batik. Sebuah canting yang diisikan dengan lilin cair akan digunakan untuk melukiskan corak yang dihasilkan. Setelah corak tersebut dilukiskan, dakwat batik akan mengisikan ruang yang tidak dikenakan lilin, memandangkan salah satu ciri lilin adalah untuk menghalangi dakwat daripada menembusi batasan yang telah dicanting. Setelah dakwat sudah kering, itulah corak yang menghiasi kain yang dikenali sebagai kain batik.

Kegunaan batik

Pada zaman dahulu, batik digunakan untuk menutupi kaki dengan kain batik panjang. Dahulu, wanita Jawa tidak boleh menunjukkan buku lalinya. Oleh kerana itu, mereka menutup kaki dengan batik panjang. Sekarang, batik adalah nilai seni dan telah menjadi bahagian dari budaya Indonesia, Malaysia dan juga ada ramai negara-negara lain yang dipengaruhi seni batik.

Sumber : https://tinyurl.com/lakbe6t

Ada beberapa kegunaan batik seperti batik sebagai bahan dekorasi, batik sebagai bahan perlengkapan hidup dan batik sebagai busana.

Batik yang digunakan sebagai dekorasi dalam biasanya berupa hiasan dinding, sketsel atau penyekat ruangan. Penggunaan batik terus berkembang seiring dengan inovasi dan kreativiti para pengusaha dan pereka batik. Ditinjau dari segi motif, batik boleh berbentuk dalam nuansa klasik ataupun nuansa moden dengan warna yang disesuaikan dengan keperluan dekorasi.

Selepas batik menjadi bahan sandang nasional, seperti di Indonesia dan Malaysia, atau sebagai hiasan, sekarang batik mula digunakan untuk membuat perlengkapan dan aksesori seperti beg,sandal dan kipas. Ini membuat batik menjadi semakin luas dan sangat akrab dengan kehidupan kita.

https://www.novica.com/handbags/cotton/

Batik sebagai busana tradisional semakin berkurang, terutama dalam kalangan generasi muda. Ini bermakna ragam hias batik tradisional kurang dikenali. Tetapi, banyak pereka fesyen muda yang membuat desain dengan mengambil batik sebagai inspirasinya.

Corak / bahan / jenis

Motif batik di Malaysia, salah satu negeri yang menghasil batik sebagai satu seni, banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak. Dengan kata lain, motif-motif ini menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional dengan alam. Terdapat lima jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias batik yang menarik:

Unsur Flora

Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:

Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur

Untuk menghiasi badan batik sarung

- Bunga, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut

- Helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga

- Bunga disusun berdahan tegak

- Untuk menghiasi bahagian kepala ikan (gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan. Reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri

Unsur Fauna

Unsur-unsur fauna adalah seperti:

Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang dan sebagainya.

Akar-akar Menjalar

Sumber: https://tinyurl.com/jwejofk

Bunga Air Mata Kasih

Sumber: https://www.raparapa.com/gambar-batik/

Bunga Anggerik

Sumber: http://batik.club/motif-batik-bunga-yang-cantik/

Bunga Berbaling

Sumber: http://publicdomainvectors.org/id/tag/motif-bunga

Bunga Berbaling (Variasi)

Sumber: http://izneyrosman0523.blogspot.sg/

Burung

Sumber: http://jejakbatik.blogspot.sg/2014/07/batik-makna-dan-arti.html

Merak

Sumber: https://ap304.wordpress.com/2013/05/21/batik-motif-ornamen/

Kumbang

Sumber: https://sarunaisumatera.wordpress.com/2013/10/05/happy-national-batik-day/

Unsur Geometri

Fungsi motif unsur rupa geometri:

Untuk hiasan kaki kain atau gigi -- susunan garis-garis halus, motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan.

Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.

Untuk menghiasi batik panjang -- motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur sering digunakan.

Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri.

Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin berganda, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung, kisi-kisi dan swastika.

Jalur

http://nora-asia.blogspot.sg/2007/01/koleksi-batik-sutera-terbaru.html

Kawung

http://batikdan.blogspot.sg/2011/07/batik-kawung.html

Banji

http://pesona-craft.blogspot.sg/2015_10_01_archive.html

Swastika

http://abbeart.blogspot.sg/2016/08/ragam-hias-flora-fauna-dan-geometrik.html

Unsur Bunda Buatan Manusia

Fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya digunakan untuk hiasan batik ela

Wau

https://featheredfibers.wordpress.com/2013/10/09/malaysian-batik/

Wayang Kulit

http://www.northcoastjavanesebatik.com/2012_01_01_archive.html

Wayang Kulit (Variasi)

https://www.dreamstime.com/royalty-free-stock-images-wayang-kulit-puppet-batik-image6061239

Seorang pelukis batik

http://news.asiaone.com/news/plush/going-solo-after-31-years

Tumadi Patri adalah seorang pelukis batik di Singapura. Pada tahun 1986, Tumadi Patri belajar di Nanyang Academy of Fine Arts dan pada tahun 1991 Pa Lin School of Arts. Tumadi Patri sudah menang beberapa anugerah seperti “Highly Commended Awards Singapore Telecom Expression Arts”, “Highly Commended Awards, Art on Card”, “Distinction Award Phillippe Charriol Foundation”, “Highly Commended Awards, IBM Art competition”.

Kami sekelas telah pergi ke The Old Art House untuk melihat pameran batik Encik Tumadi Patri. Di situ kami belajar tentang batik, proses untuk membuat seni batik dan perjalanan Encik Tumadi dalam bidang seni batik. Dia juga membuat karyanya melalui sebuah proses yang dikenali sebagai rentas cipta. Ia sangat menarik dan indah untuk dilihat. Setiap gambar mempunyai sebuah cerita di sebaliknya dan Encik Tumadi menghasilkan karya seni berdasarkan cerita-cerita tersebut.

Pameran di Art House

Refleksi

Adib:

Menandantangani buku pelawat

Saya telah sedar bahawa batik sebenarnya ada latar belakang yang lebih indah dan ada makna dalam setiap kain batik yang dihasilkan. Bukan itu sahaja, tetapi banyak perasaan, pengalaman, emosi dan fikiran sering disertakan dalam satu kain batik. Inilah idea-idea abstrak yang biasanya dalam minda atau hati seorang pelukis, yang sudah dimasuki ke dalam setiap kain batik. Ini satu bukti, bukti yang menunjukkan bahawa seni batik juga boleh digunakan untuk menyatakan perasaan dan fikiran yang seorang pelukis Apatah lagi, peristiwa yang seorang pelukis telah alami boleh memengaruhi hasil batik itu, dan ini juga salah satu faktor daripada fakta yang membentukkan batik itu.

Juga, bukan faktor itu sahaja yang membentukkan satu karya batik. Walaupun coraknya penting, apa yang sepenting itu adalah bahan-bahan yang diperlu untuk menghasilkan kain batik itu. Bahan-bahan itu juga satu simbolisme yang pelukis itu bersifat tabah dan tekad untuk setiap kain batik yang dihasilkan, kos untuk benang dan alat juga datang daripada masa yang lama seseorang telah bertabah hati untuk dapatkan wang untuk memperoleh bahan-bahan untuk mencipta satu lagi kain batik, iaitu faktor kedua makna belakang setiap batik. Kedua-dua faktor itu dicampurkan, ia memaparkan semangat dan usaha yang dibuat oleh pelukis itu. Malah, proses mendapatkan maklumat telah mengajar saya banyak kemahiran dalam bahagian kajian.

Alya:

Batik bukan apa yang saya jangkakan dan saya belajar banyak tentang batik semasa membuat Spark Page ini. Batik adalah satu bentuk seni yang merupakan kreativiti.

Batik merupakan banyak kreativiti untuk berfikir tentang sesuatu rentak bentuk. Sebuah pelukis batik harus melalui proses pemikiran untuk membuat sebuah lukisan batik. Saya menghormati mereka kerana mereka perlu banyak nilai seperti kegigihan dan lain lagi. Ia boleh mengambil setahun untuk mendapatkan idea untuk lakaran batik dan lebih lama lagi untuk membuat lukisan di batik itu. Exhibisi yang saya pergi dengan kelas bahasa melayu saya pun amat menarik. Kami dapat jumpa Tumadi Patri dan dia telah memberitahu kami perjalaanya sebagai seorang pelukis. Dia telah cuba banyak bentuk-bentuk seni. Selepad beberapa tahun, dia memutuskan yang dia suka membuat lukisan batik. Saya rasa yang perjalaanya amat inspirasikan. Selepas saya lawat pameran itu, saya menghargai batik dan seni.

Terima kasih

Bibliografi

Motif Ragam Hias dari Berbagai Daerah. (n.d.). Retrieved March 14, 2017, from http://dininurlathifah.blogspot.sg/2015/03/motif-ragam-hias-dari-berbagai-daerah.html

R. (2017, January 15). Inilah Gambar Batik yang Kaya Motif dan Makna. Retrieved March 14, 2017, from https://www.raparapa.com/gambar-batik/

Batik.club – BATIK Rp 4000 SAJA ? mau? BBM 5CA34C37. (n.d.). Retrieved March 14, 2017, from http://batik.club/motif-batik-bunga-yang-cantik/

228 motif-bunga clipart gratis. (n.d.). Retrieved March 14, 2017, from http://publicdomainvectors.org/id/tag/motif-bunga

Rosman, I. (1970, January 01). WARNA-WARNI TEXTILE. Retrieved March 14, 2017, from http://izneyrosman0523.blogspot.sg/

Tjoa, D. (1970, January 01). Batik makna dan arti. Retrieved March 16, 2017, from http://jejakbatik.blogspot.sg/2014/07/batik-makna-dan-arti.html

Batik: Motif & Ornamen. (2013, June 12). Retrieved March 16, 2017, from https://ap304.wordpress.com/2013/05/21/batik-motif-ornamen/

S. (2013, October 05). Happy National Batik Day !!! Retrieved March 16, 2017, from https://sarunaisumatera.wordpress.com/2013/10/05/happy-national-batik-day/

A. (1970, January 01). KOLEKSI BATIK SUTERA TERBARU. Retrieved March 16, 2017, from http://nora-asia.blogspot.sg/2007/01/koleksi-batik-sutera-terbaru.html

Dan, B. (n.d.). Batik Kawung. Retrieved March 16, 2017, from http://batikdan.blogspot.sg/2011/07/batik-kawung.html

Id, B. (1970, January 01). Pesona Craft. Retrieved March 16, 2017, from http://pesona-craft.blogspot.sg/2015_10_01_archive.html

B. (1970, January 01). Ragam Hias flora, fauna dan geometrik. Retrieved March 16, 2017, from http://abbeart.blogspot.sg/2016/08/ragam-hias-flora-fauna-dan-geometrik.html

Barrett, C. (2014, February 05). Malaysian Batik. Retrieved March 16, 2017, from https://featheredfibers.wordpress.com/2013/10/09/malaysian-batik/

Zheng, J. (n.d.). Wayang Kulit puppet on batik. Retrieved March 16, 2017, from https://www.dreamstime.com/royalty-free-stock-images-wayang-kulit-puppet-batik-image6061239

Yuandri, Tahta. "Seni Batik, Dulu Dan Sekarang". New Generation. N.p., 2017. Web. 17 Mar. 2017. http://niugen.blogspot.sg/2015/03/seni-batik-dulu-dan-sekarang_24.html

Leong, W. (2014, April 24). Going solo after 31 years. Retrieved March 30, 2017, from http://news.asiaone.com/news/plush/going-solo-after-31-years

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.