Loading

PENEROKAAN LANGKAWEE!! Lutfil, Aiman, Hasif

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1978. Kini,pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang.

HARI PERTAMA. Kami berangkat daripada Singapura ke Langkawi menaiki kapal terbang Scoot pada pukul 8.40 pagi. Perjalanannya agak pendek, 1 jam 05 minit. Setelah kami tiba di Langkawi, kami dijemput oleh pemandu pelancong kami,Encik Azri. Lokasi pertama adalah “Beras Terbakar”. Tempat itu mempunyai ciri-ciri rumah perkampungan. Di sana kami mempelajari lebih tentang sejarah Beras Terbakar yang berkaitan bersama lagenda Mahsuri. Kami juga berpeluang untuk melihat beras yang terbakar yang dikekalkan di dalam sebuah kotak kaca. Saya sungguh kagum dengan kerja keras orang Langkawi untuk kekalkan sejarah ini.Encik Azri menceritakan lebih tentang sejarah Mahsuri. . Selepas menziarahi tempat itu, kami berehat dan mengisi perut di warung Kak Yan. Bermacam-macam makanan enak untuk kami pilih seperti ulam, ikan bakar, sup ayam dan lebih lagi. Setelah mengisi perut kami, kami ke makam Mahsuri. Di sana kami pelajari bahawa tempat makamnya tidak tentu. Ada yang kata bahawa makamnya berada di sawa padi. Daripada sejarah Mahsuri, kami mempelajari bahawa kami tidak sepatutnya memfitna orang lain tanpa bukti. Kami juga harus berfikir masak-masak sebelum membuat kepetusan. Seperti Mahsuri, dia telah di hukum bunuh apabila diberitahu berita yang tidak benar itu.Kami juga dapat menikmati kuih muih seperti kuih Loyang dan kuih Karas. Berdekatan dengan tempat itu ada sebuah perigi yang penuh dengan air suci yang kami pelajari bahawa air itu ada banyak penggunaannya pada zaman dahulu, untuk orang kampung bermandi dan berminun. Seterusnya, kami ke Dataran Lang. Ia dibina pada tahun 1996. Process penbinaan Dataran Lang mengambil setahun untuk ia siap. Dataran Lang merupakan tempat tumpuan pelancong dan sebuah mercu tanda di Langkawi. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan terminal jeti Kuah. Menariknya, suasana waktu malam Dataran Lang ini sangat cantik dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh. Tambahan pula, Dataran Lang adalah satu monumen. Aktiviti yang terakhir adalah Taman Lagenda Langkawi. Kewujudan tempat ini adalah idea dari Tun Mahathir dan mula dibuka secara rasmi pada tahun 1996. Dahulu, taman ini adalah pantai dan lautan, selepas ditambak seluas 50 ekar untuk dijadikan taman lagenda. Tujuan taman lagenda langkawi dibina adalah untuk ‘menghidupkan semula’ cerita-cerita lagenda dan mitos pulau langkawi. Selepas itu, kami makan malam di hotel kami dan berehat.

HARI KEDUA.Kami berangkat daripada hotel ke Homestay Wang Tok Redang pada pukul 9 pagi menaiki bas. Perjalanannya mengambil masa yang tidak panjang, iaitu 20 minit. Di dalam bas, Encik Azri berkongsi bersama kami fakta-fakta tentang kehidupan liar di Langkawi. Setelah kami tiba di Homestay, sekumpulan pemuzik menjemputi kami dengan bermain lagu tradisional mereka yang rancak. Kami dipecahkan kepada empat kumpulan dan kami dikenalkan kepada tuan rumah kami. Tuan rumah saya adalah Mak Aisyah, 61 tahun.Dia sangat mengalu-alukan kedatangan kami. Seterusnya, kami dibawa ke rumah Mak Aisyah. Saya dapat alami gaya hidup di dalam kampung. Saya sungguh teruja dengan keadaan rumah Mak Aisyah. Walaupun dia seorang ibu tunggal bersama anak-anaknya dan sudah uzur, dia masih memastikan rumahnya itu bersih. Pengalaman ini sungguh saya hargai kerana ini adalah pertama kali saya dianggap seperti seorang anak angkat. Kami dilayani dengan baik. Pada pukul 12.30 petang, kami mengadakan sebuah Kenduri Kampung Doa Selamat. Hidangan yang dihidangi termasuk ayam masak merah, daging kicap dan sayur-sayuran. Selepas kenduri, kami diperkenalkan kepada aktiviti tradisional seperti gendang Pribumi, tarian tradisional,demonstrasi membuat ketupat menggunakan daun palas dan banyak lagi. Aktiviti yang saya gemari adalah ‘Permainan Lastik’. Ia adalah satu permainan tradisional yang saya dapati sungguh menarik. Pelajar-pelajar yang berjaya jatuhkan tin yang disediakan harus berlawan bersama kumpulan lain. Terahkir sekali,kami makan malam di Dewan, sambil berseronok menonton persembahan tarian tradisional melayu, cina dan india. Selepas itu, kami memetik gambar bersama tuan rumah dan rakan-rakan lain dan pulang ke hotel. Sebelum itu, kami singgah ke kedai untuk membeli snek untuk makan. Daripada pengalaman ini, saya belajar untuk bersyukur dengan kesenangan yang diberikan oleh ibu bapa kami.

HARI KETIGA. Selepas bersarapan di hotel kami, kami ke faktori Gamat. Di sana, kami berpeluang untuk meletakkan tangan kami ke dalam kuali yang mendidih yang diisi bersama minyak gamat dan herba-herba. Selalunya, tangan kami akan lecur. Apabila kami meletakkan tangan kami ke dalam kuali itu, kami berasa tangan kami diletakkan di dalam teh yang telah dibiarkan, tidak begitu panas hanya hangat. Kami dapat mempelajari sejarah gamat. Gamat mempunyai satu keistimewaan iaitu, apabila dibelah kedua, ia boleh bercantum ke asal pertamanya.Seterusnya, kami ke kedai yang menjual ubat yang berfungsi seperti ‘vicks’. Penjual di sana mempunyai vicks yang tidak berbau dan tidak mempunyai bahan kimia. Ia hanya mempunyai herba-herba segar. Saya tercengang dengan produk tersebut kerana walaupun ia tidak mempunyai bahan kimia seperti ‘vicks’, ia dapat berfungsi sama sepertinya.Lokasi kedua adalah Mardi Agro Technology Park, dikenal sebagai ladang buah. Tempat ini menanam beberapa buah tempatan seperti pisang. Buah seperti anggur jarang ditanam di Langkawi kerana cuacanya yang amat terik.Pokok seperti Pudina dan lidah buaya ladang ditanam di dalam rumah hijau. Kami juga menaiki tram untuk meneroka ke seluruh Mardi Agro Technology Park. Pertengahan perjalanan kami di sana, kami menjamu selera buah-buahan yang segar dan enak seperti buah nenas, tembikai dan banyak lagi. Kami juga berpeluang untuk memberikan sisa-sisa makanan kami kepada kambing. Ia juga pertama kali untuk kami mencuba tebu. Selepas melawati ladang buah, kami makan tengah hari di Wan Thai. Banyak lauk pauk dihidangkan seperti Tom Yam, Ikan goreng, ayam dan lain-lain. Kami bertambah-tambah kerana makanannyansungguh lazat dan enak. Selepas mengisi perut, kami ke muzium beras padi. Di sana, kami dapat melihat pelbagai beras dari negara- negara lain seperti Jepun, Amerika dan Rusia. Encik Rosli, seorang penyelia, memperkenalkan kami dengan alat-alat yang digunakan untuk menanam padi, pada zaman dahulu seperti sabit. Selepas itu, Encik Rosli mengajar kami tentang herba-herba yang ditanam di tempat ini seperti, lidah kucing dan kayu manis. Pengalaman ini meluahkan pengetahuan kami tentang herba-herba tang selalu digunakan di salam masakan melayu. Kami pergi ke ladang padi dan dikehendaki untuk menanam padi sendiri. Kami tidak sangka bahawa kami harus menanam padi. Tetapi kami masih buat kerana kami ingin mendapati pengalaman yang baru. Tambahan pula, di Singapura tiada ladang padi. Ini adalah satu peluang untuk mencuba aktiviti yang baharu dan alami kesusahan orang dahulu untuk mendapatkan nasi. Dengan kaki yang basah dan kotor,kami menganyam atap rumah kampung menggunakan daun kelapa. Kami tidak dapat menghabiskan atap kami lalu ke pokok kelapa untuk melihat demonstrasi membuka kelapa. Kami telah pelajari bahawa kelapa jantan tidak ada isi dan air, tetapi kelapa betina ada. Kami berpeluang untuk mengukur isi kelapa dan membuat santan. Rasanya juga manis dan lazat. Setelah itu kami ke pokok kapas untuk melihat dan memegangnya lalu pergi makan malam.

Ramai murid berpeluang untuk meletakkan tangan mereka di dalam kuali panas yang diisi bersama minyak gamat dan herba-herba.
Penjual sedang menjelaskan penggunaan setiap minyak gamat.Harga yang dijual amat murah.

HARI KEEMPAT.Kami bersarapan di hotel dan ke lokasi pertama iaitu SMK AYER HANGAT.Sekolah ini mempunyai pelajar melayu yang boleh berbual bahasa Thai kerana sejarah lagenda Mahsuri. Sejarah menunjukkan bahawa keturunan Mahsuri asal dari Siam.Kami dijemput dengan persembahan kompang oleh pelajar sekolah itu.Saya rasa persembahan tradisional yang dimainkan selalu digunakan untuk menjemput orang asing.Kami pun ke bilik mesyuarat untuk sesi percakapan oleh pengetua SMK Ayer Hangat lalu ke bawah untuk bermain permainan seperti congkak dan ting-ting dan makanan tradisional seperti pelimbing yang disediakan oleh pelajar-pelajar di situ sendiri.Pelajar-pelajar di sana sungguh peramah. Walaupun masa yang diberikan amat singkat tetapi kami tetap berseronok.Kemudian, kami makan tengah hari di pantai Tanjong Rhu, kami makan Fish N Chips di tepi pantai. Pantainya sungguh cantik kerana pandangannya ialah Thailand dan pulau -pulau lain. Kami pun bersambung perjalanan kita ke Craft Complex Langkawi. Kami mewarna lukisan batik yang disediakan untuk mewarna.Aktiviti ini menggalakkan pelajar-pelajar untuk menggunakan daya kreativiti mereka untuk mewarnakan lukisan batik mereka.Luqman dipuji oleh guru-guru kerana lukisan batiknya hebat sekali.Aktiviti ini adalah kegemaran saya kerana sudah lama saya tidak melakukan batik.Tambahan pula,batik mempunyai banyak process yang harus dilakkukan seperti waxnya.Sambungan pula,kami melihat orang timbang keris. Guru-guru dan beberapa pelajar telah mencuba untuk menimbangkan keris itu tetapi gagal.Seterusnya,kami pergi melihat sejenis labah yang tidak sengat orang,iaitu,kelulut.Perbezaan antara lebah biasa dan kelulut adalah madu yang dibuat oleh kelulut rasa masam-masam manis. Setelah itu kami ke Muzium 3D. Tetapi sebelum itu, kami ke sangkar arnab untuk memberi makan kepada mereka. Di dalam itu mempunyai banyak ekor arnab yang comel. Mereka semua gembira apabila kami memberi makan kepada mereka. Selepas aktiviti itu, kami ke Skyrex. Di situ mempunyai sebuah pawagam 4D yang mempamerkan bermacam-macam aksi yang kami boleh rasai.Selepas itu,kami ke kedai chocolate.Harganya sungguh murah kerana Langkawi tiada ‘tax’untuk dibayar. Selepas itu,kami pulang ke hotel kami.

HARI KELIMA.Kami bangkit daripada tidur lalu bersiap sedia untuk hari terakhir kami. Kami tidak buat banyak aktiviti pada hari ini. Hanya pergi ke dua kedai untuk membeli barang-barang yang patut. Setelah itu, kami ke Pantai untuk bersantai di situ sementara menunggu waktu makan tengah hari. Di sana, kami mengambil banyak gambar kerana pandangannya yang luas dan cantik. Kami juga mengambil gambar bersama pemandu pelancong yang kami sayangi sangat-sangat. Kami pun ke tempat makan untuk mengisi perut lalu ke Lapangan Terbang Langkawi.

RUMUSAN: Lawatan ke Langkawi telah mengembangkan pengetahuan kami tentang Langkawi. Langkawi adalah sebuah pulau yang mempunyai sejarah dan lagenda yang pasti akan menarik perhatian ramai. Keistimewaan Langkawi adalah ia berkaitan bersama Siam,Thailand.Disebabkan itu,ramai orang tempatan fasih dalam bahasa Thailand.Apa yang telah menarik perhatian saya adalah perkampungan-perkampungan bukan seperti Singapura.Tambahan pula, bahasa dan budaya mereka sungguh berbeza.Budaya Langkawi mengikuti budaya zaman lama tetapi Singapura mengikuti budaya zaman kini.Bahasa pula, mereka telah menukar beberapa sebutan melayu seperti buah kelapa kepada nyok.Lawatan ini telah menggalak saya untuk meneroka negara-negara lain.

https://www.tempatmenarik.my/terokai-sejarah-pulau-langkawi-di-taman-lagenda/. https://www.gempak.com/artikel/6640/lima-tempat-wajib-anda-kunjungi-ketika-berada-di-langkawi. ms.m.wikipedia.org/wiki/langkaw

Credits:

Created with images by photosforyou - "waters sea beach"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.