Percutian di Hong Kong Dikumpul oleh Isa

Hari 1 di Hong Kong

Lapangan Terbang Hong Kong (HKIA)

Setelah menaiki pesawat dari Singapura ke Hong Kong selama 4 jam, ayah saya, kakak saya, sepupu saya dan saya pula tiba. Ia mungkin pelik, di manakah ibu saya dan abang saya? Dan kenapa sepupu saya juga mengikuti kita tanpa ibubapanya? Ibu dan abang saya tidak dapat pergi kerana abang saya sedang bekerja dalam perkhidmatan negaranya. Oleh itu, ibu saya harus jaga rumah dan tolong berjaga abang saya apabila dia balik. Sepupu saya juga mengikuti kami oleh kerana dia minat ke Hong Kong dan rapat bersama kakak saya. Kami berempat mengunjungi Hong Kong dan bertinggal di sana selama 4 hari & 3 malam di sebuah hotel.

Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong

Pada Hari Pertama pula, kami pergi ke Tsim Sha Tsui, Kowloon untuk daftar masuk hotel kami. Lokasi hotelnya sangat sesuai kerana ada restoran halal berdekatannya untuk kami makan sarapan. Dua pusat beli-belah juga terletak di daerah itu untuk kami membeli-belah dan makan juga, namun hanya ada sedikit kedai makanan yang halal. Oleh kerana kami tiba ke Hong Kong semasa ia waktu petang, kami hanya dapat berjalan-jalan di daerah kita untuk membiasakan ke suasana di sini. Kakak saya sehingga menggigil kerana ia sejuk namun saya pula boleh tahan kerana saya ada 'kulit tebal'. Di sana ia seperti ada penghawa dingin di mana-mana kami pergi dan ia sangat melegakan apabila kami berada di bawah matahari.

Namun, pada waktu malam ia sangat berbeza pada waktu pagi. Berbanding dengan Singapura pula, Hong Kong terbalik. Walaupun waktu pagi ada ramai orang, terutama lagi pelancong-pelancong seperti kami, waktu malam adalah masa ketika ramai penduduk Hong Kong keluar. Ternampak juga geng-geng dan maskot sebuah kartun yang digemari di Hong Kong. Ia seperti Doraemon pula tetapi dicipta di Hong Kong. Berdekatan pusat beli-belah 'The One' ada salji palsu turun sambil orang-orang beratur untuk mengambil gambar bersama maskotnya, seolah-olahnya ia Santa Claus tetapi versi Hong Kong. Selepas satu hari menjelajah, kami pulang ke hotel lalu berehat untuk hari keesokan.

Perjalanan ke MTR (Mass Transit Railway) dan Puncak Victoria

Pada Hari Kedua pula, kami meneroka di luar kawasan Tsim Sha Tsui dengan menaiki MRT (Mass Transit Railway) ataupun Kereta Api Transit Massa. Hong Kong ada banyak persamaan bersama Singapura; ada ramai pelancong, ia adalah moden dan cara pengangkutan adalah lebih kurang sama. Namun, kaum-kaum orang sama kecuali tidak ternampak orang berasal dari India, dan ia digantikan dengan orang-orang dari Timur Tengah. Saya dikagumkan apabila ternampak ramai orang Melayu yang berasal dari Indonesia. Selalunya jika kita mengunjungi tempat-tempat lain dan terjumpa dengan orang bersama kaum kita, kita akan menyapa satu sama lain. Namun, di Hong Kong pula ada ramai orang Indonesia dan ia biasa untuk mereka berjumpa satu sama lain.

Menaiki MTR ke Hong Kong Island kami menaiki kereta trem untuk bersiar-siar di seluruh Hong Kong Island. Sambil menunggu trem, ada ramai orang-orang yang berasal dari Indonesia berduduk-duduk dan saya sangka mereka ialah pembantu rumah. Namun, mereka ada tikar-tikar yang mereka bersantai di atas dan mungkin mereka tiada rumah. Perjalanan ke stesen trem sukar juga kerana mereka berada di tepi-tepi, dan ada rasa simpati terhadap mereka. Ia juga pada hujung minggu yang mungkin bermaksud ia hari cuti mereka. Kereta tremnya tidak sepenuh seperi saya sangka dan semua orang berduduk di tingkat atas dan ia tidak sempit. Keluarga saya berduduk di belakang kereta tremnya supaya dapat memetik gambar perjalanan kami. 30 minit berlalu dan perjalanannya berakhir. Secara kebetulan, trem untuk ke Puncak Victoria berdekatan dan kami berjalan ke sana. Mata saya terbeliak melihati ramai orang sedang beratur untuk menaiki kereta tremnya. Kami terpaksa menunggu 2 jam untuk menaiki kereta trem sehingga mak cik yang beratur belakang kami menolak-tolak untuk ke hadapan. Syukur setibanya di Puncak Victoria yang mangakibatkan kami menggigil walaupun memakai jaket. Saya pula terlupa bawa jaket dan terpaksa memakai dua lapis sarung tangan.

mAkhirnya, kami harus makan di sana kerana sudah lapar sebelum kami berangkat ke hotel. Namun, untuk pulang kami harus beratur lagi dan menaik kereta trem lagi. Nasib menyebelahi kami selepas ke tandas apabila ternampak tanda yang menunjukkan arah ke perhentian teksi. Saya seperty mahu berlompat-lompat kegembiraan tetapi letih sangat untuk melakukan sedemikian. Dalam perjalanan pulang ke hotel, ia seperti menaiki kereta api hiburan. Pemandunya harus membelok kiri dan ke kanan sambil menurun di puncaknya. Saya boleh agak dia ada banyak pengalaman bukan kerana mukanya seperti seorang 'shifu', tetapi sebab dia tidak berhenti-berhenti sambil memandu. Oleh itu, saya tidak rasa mabuk atau pening dan boleh rasa adrenalin melalui saya. Itulah keseronokan yang terakhir untuk Hari Kedua di Hong Kong.

Perjalanan ke Disneyland, Hong Kong

Hari yang ketiga tiba dan ia yang paling diminati. Sekeluarga kami akan pergi ke Disneyland, Hong Kong! Keluarga saya menaiki MTR untuk ke Hong Kong Island yang terletak lokasi Disneyland. Kereta apinya juga berbeza dan ada patung-patung watak Mickey Mouse dan Minnie Mouse. Saya terperanjat kerana tidak perlu beratur panjang untuk masuk Disneyland tetapi baru perasan bahawa barisan yang panjang adalah untuk membeli tiket masuknya. Nasib baik kami beli tiket-tiketnya sebelumnya melalui Internet. Terus masuk ke dalam Disneyland dan tidak sepenuh seperti saya sangka. Masa itulah apabila saya perasan ia bukan tempat permainannya tetapi tempat untuk membeli-belah. Ada kereta api bentuk seperti model zaman dahulu di atas pintu masuk Disneyland dan kami menaikinya untuk ke pulau-pulau yang lain di Disneyland. Disneyland sangat besar! Ada pulau berdedikasi hanya kepada tema 'Toy Story', ada juga kepada tema 'Star Wars'. Makanannya juga dibentuk untuk menjadi seperti watak-watak Disney, terutamanya Mickey Mouse, ikon Disney. Tiba ke sana saya dan ayah saya menaiki cawan besar yang akan berpusing-pusing. Namun, kakak saya dan sepupu saya tidak mengikuti kami kerana takut mabuk. Mereka tidak perlu tunggu lama kerana hanya beberapa minit kami harus menunggu untuk menaikinya. Selepas itu, kami pergi makan gula gula kapas tetapi manis sangat dan besar sehingga tidak habis pula. Ayah saya sudah penat dan kami pergi ke suatu permainan yang bertema 'Toy Story' sebelum berehat dan makan tengah hari. Sepanjang masa ini, masa kami makan adalah masa matahari mahu bersinar. Ia panas terik dan hanya kami yang makan di panas dan keluarga lain berduduk di bawah payung besar. Lepas itu, kami menyaksikan perarakan watak-watak Disney dan saya tergelak kecil apabila ternampak ramai budak-budak mengurumuni watak-wataknya setelah perarakannya akhir. Ia sudah hari yang panjang. Walaupun masih ada banyak permainan yang belum dicuba, ayah saya sudah letih dan terpaksa kami pulang ke hotel. Untuk menaiki permainannya juga harus menunggu sekurang-kurangnya 30 minit beratur dan kami sudah malas beratur. Ia sudah petang dan sebelum kami pulang, kakak saya dan sepupu saya pergi menulis surat yang boleh dihantar ke mana-mana. Saya menyesal sedikit kerana tidak dapat pergi ke permainan yang lain tetapi ia masih seronok meluangkan masa di Disneyland. Setelah keluar dari pintu keluar Disneyland, ayah saya diminta melengkapkan kaji selidik dan dapat cenderamata sebagai hadiah. Kesimpulannya, Disneyland seronok jikalau tidak perlu tunggu lama untuk menaiki permainannya. Itulah tamat pada Hari Ketiga.

Hari yang terakhir sudah tiba dan saya rasa kecewa kerana harus pulang ke Singapura. Ini adalah pertama kali saya rasa kecewa untuk pulang dan ini bermaksud bahawa Hong Kong adalah tempat yang digalakkan untuk melawat. Sebenarnya, saya dan keluarga saya juga harap untuk bertinggal di sana selama 5 hari atau 1 minggu untuk pergi ke tempat-tempat lain seperti Ocean Park. Namun, masanya sudah tiba dan kami harus pulang ke Singapura. Sudah sarapan, kami merayau kawasan Hart Avenue berdekatan hotelnya dan berehat seketika di sebuah kafe. Itulah aktiviti yang terakhir sebelum kami pulang ke Singapura.

Dari pengalaman ini, saya belajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas barang kepunyaan saya dan perangai saya di luar negara. Hong Kong adalah negara yang terbaik untuk bertinggal selain Singapura. Walaupun Hong Kong seronok, saya masih lebih suka Singapura walaupun cuacanya lebih bagus. Hati saya rasa kosong tidak nampak orang berasal India dan orang berasal Malaysia, kerana orang Malaysia dan Indonesia berbeza. Saya menggalakkan awak semua untuk melancong Hong Kong kerana saya pasti awak akan berseronok di sana! Sekian, terima kasih.

Created By
Isa Yamin Student
Appreciate

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.