Rahsiaku peleraian suatu jenayah

Merenung dari bumbung yang terdedah, memerhatikan persekitaran yang sibuk Mataku mengjangkau jauh ke sekitaran. Aku ingin mencari ketenangan yang hakiki. Fikiranku melayang jauh. Kemudian, mataku terpandang ke arah gelanggang bola keranjang. Mengapakah ada ramai orang berada di situ? Rasa gelisah menjamah hatiku apabila aku menyedari bahawa tempat itu adalah tapak berlakunya jenayah. Tetapi keadaannya menjadi lebih teruk.

Ketakutan mula bergayut di sudut hatiku kerana terdapat seorang pengawai polis mengacukan pistol ke arah rakannya. Matanya memancar api terbakar. Adakah dia sedang membantu pembunuh? Bagaimanapun, ia amat dungu jika, dia mahu membunuh rakannya di hadapan ramai orang. Kecuali, rakannya yang sedang menolong pembunuh. Mataku terbeliakk ternampak dadah yang dipegang oleh rakannya yang kelihatan serius. Tangannya menggeletar dan mungkin dia mahu menyimpan dadah supaya dia boleh membuang buktinya. Aku kurang selesa dengan tindakannya.

Selepas itu, mataku tertumpu pada seorang lagi pengawai polis. Kerdipan matanya bagaikan pisau yang melapah perasaannya. Adakah dia sedang menyembunyikan bukti yang terakhir? Dadaku berombak-ombak. Kebencian hatiku memuncak sekali. Hatiku berbisik dan melontarkan kata-kata kaca ke kalbu. Aku ingin menjerit agar boleh mendedahkan pengawai-pengawai polis yang sedang menolong pembunuhnya. Tetapi mataku terpaksa dipejam-celikkan kerana aku ternampak seseorang seolah-olah yangku biasa lihat.

Dia seolah-olah sedang mengetap bibir tersenyum ketika mangsanya telah meninggal dunia. Hatiku pecah seribu sementara mengenali wajahnya. Barulah aku sedar, dialah pak cikku yang sangat rapat denganku. Aku suspek dia yang dia membunuh lelaki itu kerana aku tahu bahawa dia menjual dadah.

Inilah rahsiaku. Jantungku berdegup-degup kencang setiap kali aku teringat balik tentang situasi itu. Pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaanku. Sekarang, aku pula yang sedang menderita.

Created By
Suhaylah,Izzati
Appreciate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.