Tangkuban Perahu Bandung, Indonesia

Gunung Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu adalah sebuah gunung berapi yang terletak di Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat, Indonesia. Ia berada di ketinggian 2,084 meter diatas permukaan laut dan dianggap sebagai salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di Bandung. Hanya 28 kilometer jarak arah Utara dari bandar, gunung berapi tersebut menawarkan beberapa tempat untuk dilihat dan diteroka. Kita boleh memasuki hutan yg tebal, turun ke kawah yang curam , membeli-belah cenderamata, atau hanya menikmati pemandangan panorama yang sungguh indah sekali. Apabila dilihat dari Bandung, Tangkuban Perahu mempunyai bentuk yang tersendiri, seperti bot yang terbalik. Tangkuban Perahu sebenarnya mengerti "bot terbalik" dalam bahasa Sudan. Ini bentuk yang pelik telah merangsang fantasi rakyat Sunda dari zaman awal seperti yang dinyatakan dalam Legend of Sangkuriang.

Terdapat empat kawah di Tangkuban Perahu iaitu - Kawah Ratu, Kawah Upas, Kawah Baru, Kawah Domas

Di sanalah destinasi percutian keluargaku pada December 2016 lalu. Aku amat terpegun dengan keindahan kawasan Tangkuban Perahu. Aku juga amat tertarik dengan cerita legenda mengenai Tangkuban Perahu. Padaku, cerita di sebalik Tangkuban Perahu amat trajis.

Hingga sekarang memori di Tangkuban Perahu masih lagi terpahat di minda ku. Aku masih lagi ingat betapa lebatnya hujan waktu kami tiba. keluar saja dari kenderaan, kami diserbu oleh ramai penjual cenderahati yang juga mengambil peranan sebagai pemandu pelancong.

Ketinggian pintu masuk diatas permukaan laut
Pengembaraan di Tangkuban Perahu

Dari kawah utama, dengan bantuan pemandu pelancong, kami meredah hutan ke Kawah Domas. Kawah Domas terletak 1.2 kilometer dari kawasan Kawah Ratu, iaitu kawasan yang tertinggi di Tangkuban Perahu.

Hujan yang lebat menambah kepada kesukaran perjalanan kami. Kepada seorang yang jarang masuk ke hutan, aku berasa perjalanan kami amat mencambar. Ia menguji kesabaranku, kecergasan fizikalku dan kekuatan mentalku. Beberapa kali, aku hampir tersungkur kerana jalannya terlalu lecak dan liciin. Jalan yang tidak rata juga membuatku tercungap-cungap keletihan.

Menghayati pemandangan dan suasana hutan

Suasana di dalam hutan amat tenang. Aku merasa betapa segarnya udara di dalam hutan. Pokok-pokok yang besar dan tinggi disekeliling kami membuatku berasa amat kecil sekali. Kami juga pelajari mengenai kegunaan beberapa jenis tumbuhan yang hidup di dalam hutan ini. Inilah kali pertama aku melihat pokok halia bara - anatara kegunaanya adalah untuk meredakan suhu demam.

Kami tiba di kawasan Kawah Domas tiga puluh minit kemudian.

Suhu udara di Kawah tinggi disebabkan oleh kepanasan air di sini. Di beberapa tempat, airnya mendidih. Telur yang kami rendam masak dalam beberapa ketika sahaja.
Bahan yang berwarna kuning ini merupakan belerang. Masyarakat di sini mengumpul belerang di sini untuk dijual.
Ini adalah bekas kawasan laluan lahar
Di akhir sebelum meninggalkan hutan, kami menemui saluran air mata air. Amat segar dan sejuk sekali airnya. Setelah meminum airnya, dengan serta-merta badanku terasa segar.

Kami merehatkan badan kami di surau yang berdekatan. Setelah menunaikan solat zuhur, kami meninggalkan Tangkuban Perahu ke destinasi seterusnya.

Tangkuban Perahu meninggalkan kesan yang mendalam kepadaku. Terasa betapa hebatnya kuasa yang Maha Esa. Indah sungguh alam ciptaan Tuhan.

Sekian

Sumber Maklumat
  • https://en.wikipedia.org/wiki/Tangkuban_Perahu
  • https://www.asia-planet.net/indonesia/tangkuban.htm

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.