B A T I K

Apa itu Batik?

Batik berasal dari Indonesia. Masyarakat Jawa Indonesia telah membuat batik sejak abad ke-17. Pengembangan Batik banyak dilakukan pada zaman kerajaan Mataram, dan kemudian pada zaman kerajaan Solo dan Yogyakarta. Kesenian Batik ditiru oleh rakyat-rakyat terdekat dan kemudiannya menyebarluas. Pada awalnya, Batik hanya dihasilkan oleh keluarga diraja. Selepas batik menjadi akitiviti yang dibuat oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang mereka, batik menjadi pakaian rakyat-rakyat biasa dan bukan sahaja keluarga istana.

Batik Malaysia lebih dikenali oleh rakyat Singapura, terutamanya yang berasal dari daerah Timur Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Corak Batik Malaysia selalunya merupakan bunga-bunga dan daun-daun. Gambaran haiwan tidak dibuat kerana agama Islam melarang gambar haiwan dijadikan hiasan. Namun, kupu-kupu merupakan satu pengecualian. Cara membuat batik Malaysia juga agak berlainan daripada cara membuat batik Indonesia. Corak Batik Malaysia lebih banyak menggunakan lukisan tangan atau ‘brush painting’ untuk menghasilkan warna yang lebih menyerlah berbanding teknik canting. Corak batik Malaysia juga tidak serumit corak batik Indonesia. Batik Malaysia menggunakan motif yang lebih besar dan warna-warna yang lebih terang berbanding batik Indonesia.

Asal-usul batik Malaysia agak sukar untuk diketahui. Namun, adalah dipercayai bahawa hubungan perdagangan antara Kerajaan Melayu di Jambi dan bandar-bandar Jawa telah berkembang maju sejak abad ke 13. Disebabkan perhubungan ini, batik Jambi dan juga Batik Jawa mungkin telah mempengaruhi batik Malaysia.

Kegunaan Batik dahulu & sekarang.

Kegunaan kain batik berbeza pada zaman dahulu dan zaman sekarang. Dahulu, batik digunakan untuk membuat baju atau kain yang hanya dipakai untuk acara-acara rasmi seperti majlis pernikahan. Namun, pada zaman moden ini, batik boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, untuk apa jua tujuan. Ini kerana fungsi batik pada zaman sekarang lebih luas berbanding pada zaman dahulu. Hal ini disebabkan oleh wujudnya proses membuat batik yang lebih mudah, iaitu dengan cara ‘print’ atau blok. Sekarang, batik boleh digunakan untuk menghias barang-barang keperluan rumah seperti langsir dan cadar katil.

Corak, Bahan dan Jenis...

Jenis

Batik mempunyai corak dan jenis yang pelbagai. Terdapat banyak jenis batik yang wujud pada zaman sekarang. Antaranya ialah batik blok, batik tulis, batik skrin dan batik pelangi.

BATIK BLOK

Batik Blok ialah salah satu jenis batik yang menggunakan acuan dalam proses pembuatannya. Proses awal dalam pembuatan Batik Blok adalah dengan menggunakan acuan kayu berukiran yang kemudian dicelup ke dalam sejenis pewarna hitam. Teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'. Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam bentuk geometrik atau organik.

Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik ialah pucuk rebung, pohon ara, bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi. Manakala bagi motif fauna yang popular ialah seperti jaring ikan dan ayam.

BATIK TULIS

Batik Tulis ialah jenis batik yang berunsurkan lukisan bebas, sesuai untuk mereka corak-corak seperti bunga, daun dan sebagainya. Ia telah diperkenalkan pada sekitar tahun 1960-an dan memuncak pada tahun 1990-an. Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton yang berasal dari Jawa. Proses membuat Batik Tulis menggunakan canting. Canting ialah bekas tembaga kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair. Terdapat lima jenis canting iaitu canting burung, canting kasut, canting periuk, canting bola dan canting pelbagai mata. Canting akan diisikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain yang telah diregangkan di atas pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki.

BATIK SCREEN

Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang diperlukan bergantung kepada bilangan warna corak yang dikehendaki, di mana setiap blok skrin dapat mencetak satu warna.

Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, gambar rekaan diambil dan kemudian pengasingan warna dilakukan dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik. Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang direngangkan di atas bingkai dan disapukan dengan bahan photo emulsion.

Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin. Kain yang telah dicetak dikeringkan dan dimatikan warnanya sebelum dibasuh dan akhirnya dikeringkan semula. Percetakan kain boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna yang dikehendaki.

BATIK PELANGI

Batik pelangi ialah batik yang berwarna-warni yang dihasilkan menggunakan teknik ikat celup yang juga dikenali sebagai teknik pelangi. Kain putih diikat dan disembat mengikut corak yang telah dirancang dan kemudian dicelup ke dalam pewarna. Proses mengikat dan mewarna ini dilakukan berulang kali. Bahagian yang diikat dan disembat ini adalah kalis air dan akan menghasilkan ragam hias pelangi yang unik dan menarik.

Corak-corak Batik

Corak-corak Batik juga datang dalam jenis yang pelbagai,iaitu :

1.Corak Berdiri

2.Corak Jalur

3.Corak Melintang

4.Corak Menyeluruh

5.Corak Menyerong

6.Corak Tompok-tompok

7.Corak Ulangan Batu-bata

8.Corak Ulangan/Selang seli

Seorang pelukis batik

Kami berpeluang menziarahi pameran seorang pelukis batik Singapura, Encik Tumadi Patri. Encik Tumadi mula membuat lukisan batik daripada tahun 1984. ‘Kupu-Kupu’, ialah sebuah rentas cipta dan juga lukisan batik pertamamnya. Lukisan rentas cipta ialah sebuah lukisan yang diubah daripada lirik lagu. Selain batik, Encik Tumadi juga menggunakan akrilik untuk lukisannya. Ada juga lukisan-lukisan di mana Encik Tumadi mencampurkan batik dan akrilik bersama. Memandangkan Encik Tumadi merupakan orang Jawa, dia telah memilih untuk menggunakan tema wayang kulit dalam lukisan-lukisannya.

Setiap kali sebelum membuat sebuah lukisan, Encik Tumadi akan melukis di buku lukisannya dahulu. Dia menggunakan buku lukisan itu untuk merancang sesuatu lukisan. Buku lukisannya juga mengandungi beberapa lakaran lukisan awal Encik Tumadi yang akhirnya tidak dihasilkan sebagai batik. Selain itu, Encik Tumadi juga menyimpan banyak buku-buku yang mengandungi artikel-artikel tentang wayang kulit atau batik. Setiap kali Encik Tumadi terjumpa artikel yang berkaitan, dia akan memotong dan menampal artikel itu di dalam buku catatannya. Koleksi buku catatan Encik Tumadi turut dipamerkan di pameran ‘Cita Seni’nya.

Rancangan lukisan Encik Tumadi yang tidak dibuat batik.
Buku simpanan artikel-artikel yang dijumpai Encik T

Encik Tumadi tidak membuat lukisan rentas cipta sahaja. Dia juga membuat lukisan showralis iaitu lukisan menggunakan imaginasi seperti lukisan di bawah ini.

'After War' yang dilukis oleh Encik Tumadi

Ini merupakan salah satu lukisan Encik Tumadi. Lukisan ini bernama ‘After War’. Encik Tumadi membuat lukisan ini untuk menunjukkan kebebasan yang dirasai rakyat-rakyat setelah habisnya perang Indonesia. Pistol di dalam lukisan itu menunjukkan perang yang telah terjadi. Kopi, permainan catur, dan wayang kulit menunjukkan aktiviti-aktiviti yang diluangkan oleh rakyat-rakyat setelah kebebasan. Bunga-bunga itu pula menunjukkan bahawa rakyat boleh bermula semula pertanian untuk mendapatkan sedikit pendapatan.

'Prahu Kala bendana' yang diukir Encik Tumadi

Encik Tumadi bukan sahaja mahir dalam pelukisan batik. Malah, dia juga boleh mengukir kayu. Pada tahun 2006, Encik Tumadi membuat ukiran kayu yang bernama ‘Prahu Kala Bendana’. Ukiran itu merupakan sebuah sampan yang menunjukkan sebuah festival permainan yang diadakan rakyat Indonesia untuk bergembira. Wayang kulit di dalam ukiran itu menandakan bahawa mereka bermain wayang kulit pada festival permainan itu.

Refleksi

Maya- Melalui pameran lukisan batik oleh pelukis Singapura yang amat terkenal, Encik Tumadi Patri, saya dapat mempelajari beberapa perkara tentang lukisan batik. Prosesnya rumit dan memerlukan banyak langkah-langkah yang terperinci. Batik juga boleh dicampur dengan akrilik untuk membuat sesuatu lukisan yang berbeza. Saya juga dapat mempelajari lebih banyak tentang asal-usul batik yang bermula di Jawa dan berkembang sehingga ke Malaysia. Saya dapat melihat perkembangan batik dan cara-cara yang berbeza untuk membuat batik dalam negara-negara lain. Saya dapat memahami dan menghayati seni batik dengan lebih mendalam setelah mengetahui sejarahnya dan juga melihat lukisan-lukisan Encik Tumadi.

Naqib- Saya rasa saya telah banyak memperolehi ilmu tentang seni batik melalui lawatan saya ke pameran lukisan batik kepunyaan Encik Tumadi Patri, seorang pelukis batik yang terkenal di rantau Asia Tenggara. Menurut Cik Anis, isteri kepada Encik Tumadi, proses membuat batik amat sukar dan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Saya berasa kagum melihat lukisan-lukisan batik Encik Tumadi yang dipamerkan di pameran itu. Setiap lukisan mempunyai motif dan rekabentuk yang lain. Asal-usul batik menjadi lagi satu perkara yang dapat saya mempelajari dari pameran tersebut. Lukisan-lukisan Encik Tumadi telah menginspirasikan saya untuk menjadi seorang yang mahir dalam melukis batik.

Citation:

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.