Satu peristiwa yang mencemaskan. oleh: Umairah

Suria baru sahaja memancarkan sinarnya. Aku baru sahaja bangun dari tidur, rambutku masai, mukaku seperti tidak mandi, air liur terlihat di wajahku. Aku berasa tiada tenaga bangun dari katilku tetapi aku terpaksa kerana kawanku telah berbincang untuk pergi ke taman permainan untuk berlari-lari anak bersama-sama. Aku mengumpulkan tenaga aku bangun dari katilku. Aku beredar ke bilik mandiku dan aku melakukan rutin pagiku. Selepas melakukan rutin pagiku, aku melihat waktu di telefon bimbitku mataku terbeliak.

"Alamak aku dah lambat!!" Aku teriak. Aku bergegas menukar kepada baju senaman aku dan terus berlari ke luar rumah.

Aku mempercepatkan langkahku untuk berjumpa bersama kawanku. Aku terus berlari ke taman permainan yang berdekatan dengan rumahku. Semasa aku berlari ke taman permainan bintik-bintik bercamabah di sana- sini di tubuhku sebabkan kepanasan. Aku telah tiba di taman permainan itu, kawanku pun tidak terlihat di situ aku berjalan sekeliling taman itu untuk sahaja mencari kawanku yang tidak aku dijumpai. Jantungku berdegup - degup kencang apabila kawanku tidak kelihatan aku mengambil candangan untuk berehat sebentar di taman permainan aku mencari bangku untuk aku berehat.

"Aku berfikir bahawa Lara terbangun lambat sepertiku aku berehat dahulu lah, " Aku brerfikir.

Beberapa jam sudah berlalu, Lara tidak kelihatan aku berasa takut. Aku menelefon telefon bimbitnya tetapi telefonnya tidak diangkat. Aku bercadang untuk mencari Lara sekali lagi di sekeliling taman permainan aku berdiri dari bangku itu dan terus mencari Lara di sekeliling taman itu. Semasa mencari Lara, tetiba ada seorang teriak di taman itu.

"AHHHH!!" seorang wanita teriak.

Aku berlari ke arah teriakkan itu dan terus melihat apa terjadi di situ. Mata ku terbeliak melihat seseorang remaja perempuan terbaring terlentang di atas lantai itu yang dipenuhi dengan bekas merah yang aku agak mungkin darah remaja perempuan itu, tetapi apa yang peliknya ialah aku kenal remaja perempuan itu tetapi aku tidak pasti kerana orang di situ telah menutup kelihatanku sebab itu aku tidak nampak. Orang yang telah menyaksikan kejadian itu telah megeluarkan telefon bimbitnya untuk memetik gambar perempuan itu, ada juga menelefon ambulans dan polis.

Beberapa minit berlalu, siren ambulans dan polis boleh kedengaran ini tanda bahawa polis dan ambulans sudah tiba di tempat itu. Aku melihat aksi-aksi paramadik yang sedang bergegas keluar dari kenderaan itu dengan membawa pengusung untuk mengangkat perempuan itu. Semasa perempuan itu dibawa ke dalam ke ambulans aku dapat melihat perempuan yang cedera itu. Mataku terbeliak melihat siapa perempuan itu , perempuan itu adalah kawanku sendiri Lara. Mukanya pucat seperti mayat, aku berasa sedih dan beberapa titik air jernih membasahi pipiku melihatnya terbaring. Aku bergegas ke seorang paramadik yang bertugas.

"Encik boleh aku ikut ke hospital bersama? Itu kawanku," Aku bertanya seorang paramadik.

Aku bergegas masuk ke dalam ambulans itu. Semasa aku berduduk di dalam ambulans itu aku melihat Lara yang terbaring di atas katil itu dan badannya dipenuhi wayar . Air mataku telah mengalir di pipiku, aku berasa takut melihat kawanku meninggalkanku.

Beberapa minit berlalu, kami juga sudah sampai di hospital. Paramadik semua bergegas mengeluarkan Lara daripada ambulans itu untuk dibedah untuk menyelamatkan kawanku seorang doktor telah bertugas untuk selamatkan kawanku. Hatiku berdebar- debar menunggu berita daripada doktor itu. Selepas beberapa jam, doktor yang bertugas itu keluar dari bilik pembedahan dengan senyuman lebar di mukanya, doktor telah memberitahu bahawa pembedahan itu adalah sukses. Perasaan gembira dibayangi di mukaku. Hari- hari aku menziarahi kawanku di hospital dan menolongnya hingga dia sembuh.

Credits:

Created with images by totravelandbeyond - "marble background backdrop"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.