kampong glam lawatan ke tempat bersejarah

Rochor Centre adalah tempat yang amat terkenal oleh kaum Singapura oleh kerana warna yang amat cantik yang dicat di blok-blok itu. Ramai penduduk tinggal di situ sejak mereka kecil lagi dan ada yang berada di situ sejak ia dibangunkan pada 1977. Namun, tempat bersejarah ini tidak boleh dikunjungi lagi oleh orang ramai kerana ia akan dirobohkan untuk membuat jalan raya yang baru.

Rochor Centre yang dikunjungi oleh kami buat kali terakahir sebelum ia dirobohkan nanti.

Kampong Glam adalah sebuah tempat yang amat bersejarah di Singapura. Saya dan rakan-rakan saya amat berbesar hati untuk mengunjungi Kampong Glam. Bukan itu sahaja, kami juga mengunjungi daerah berdekatan seperti Chinatown dan Little India. Tempat-tempat ini amat bersejarah dan mungkin ia tidak akan berada lagi dalam beberapa tahun yang akan datang. Mungkin ia akan dirubohkan seperti Rochor Centre ataupun Kampung Melayu Geylang Serai. Siapa tahu?

Arab Street yang berdekatan dengan Masjid Sultan.

Kami memulakan perjalanan kami dari Masjid Sultan yang kelihatan cantik ini pada waktu Asar.

Masjid Sultan yang telah diubah suai pada tahun 1970 nampak amat megah pada waktu senja.
Kami sempat sembahayang di masjid ini

Sambil kami melawat Masjid Sultan, kami memberi perhatian kepada seni bina masjid itu. Ia kelihatan amat indah. Bumbung masjid itu dibuat oleh botol gelas kaca yang telah dikitar semula oleh oranf awam. Luaran Masjid Sultan sungguh bersih dan indah. Ia dibuka kepada semua masyarakat tetapi semua harus mematuhi peraturan agama islam.

Kami lalu mengunjungi ke Taman Warisan Melayu. Kami ditugas untuk membuat projek tentang tradisi melayu sebelum itu dan tujuan kami ke sini adalah untuk mencari maklumat.

Quiz yang dibuat untuk mendapat hadiah yang amat menarik.

Sambil berada di Taman Warisan, kami membuat quiz yang ditugaskan oleh fasilitator kami. Selepas kami habis membuat, kami boleh mendapat hadiah menarik dari Taman Warisan.

Permainan yang dimainkan oleh rakan rakan kami.

Kami lalu ambil kesempatan untuk bermain permainan tradisional melayu di kawasan Taman Warisan. Cuaca di sana sanagat reda dan aman. Sambil bermain dengan permainan ini, kami ingat bahawa bila kita kecil suka bermain dengan batu seremban dan capteh di sekolah. Inilah permainan yang selalu dimainkan oleh ibu bapa kita bila mereka kecil untuk menghiburkan diri mereka sebelum pembaharuan teknologi.

Kami lalu makan di restoran Minang selepas satu hari kami berada di kawasn Kampung Glam.

Rifky kelihatan sedih kerana makanan sampai lambat dan dia amat lapar.

Selepas satu hari kami berada di Kampung Glam, kami dapat rehat dan makan di restoran Minang. Makanan di situ amat sedap. Kami mencuba untuk makan berdamai bersama rakan-rakan kami semua. Kami makan Nasi Ambeng yang dibelanja oleh guru guru kami yang mempunyai hati yang baik dan ikhlas.

Kelihatan bangga bila mereka dapat makan berdamai buat kali pertama dengan kawan kawan mereka.

Kami semua dapat belajar banyak dari lawatan ke Kampung Glam ini. Dan adakah tempat bersejarah ini akan dikekalkan buat selamanya?

Credits:

Muneerul Iman

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.