Effective Marketing Through Social Media Fasa yang betul menjual dengan mudah

Sesi berkongsi dengan pelajar UIA 😉😉😉 Nak tau tak tips yang dikongsikan tadi?

1. Flow macam mana orang beli produk kita.. Orang takkan beli kalau tak berminat.. Orang tak beli kalau kita tak buat pemasaran ikut flow yang betul..

FASA AWARENESS

FB - Untuk kita buat marketing, nak create awareness dari bakal customer kita yang buat orang nampak produk & perkhidmatan kita..

FASA INI DIPANGGIL FASA AWARENESS..

Website, Database, Whatsapp - Bila kita buat marketing, orang akan berminat.. Walaupun cuma berminat dia akan enggage dgn kita, tapi tak semestinya dia membeli.. Biasanya mereka akan PM, atau Klik website kita, isi borang subscribers atau komen di post kita, atau tgk video kita 50-100% sampai habis..

FASA INI DIPANGGIL FASA INTEREST..

Database - Orang nak beli, mereka akan bank in pada kita, ada yang hanya book, ada yang tinggalkan dulu nama emel n no phone.. Sama ada beli atau tak, mereka akan masukkan data mereka.. utk kita follow up jika tak beli. Boleh follow up melalui emel, wassap, sms, mahupun retargeting.

FASA INI DIPANGGIL FASA SERIOUS

Sales - Orang bank in, baru dikira sales.. Mereka bank in, dan produk kita terjual.. Dan ini last step dalam fasa jualan kita.. Tetapi, ada kalanya kita boleh follow up, upsales, one time offer, sebab kita dah ada database kat fasa 3 tadi..

2. Flow di FB.. lebih kurang macam kat atas. Cuma FB ada Banyak function.. Antaranya

RETARGETING VIDEO VIEWS - Setiap orang yang lihat video di FB kita, mereka boleh di target semula utk buat jualan

RETARGETING CUSTOM AUDIENS - Setiap orang yang pernah engagge di FB page kita, mahupun like, komen, visit, mereka dah aware, mereka berminat. tinggal beli jerr bila kita buat retargeting.

RETARGETING PIXEL - Orang yang pernah pergi ke website kita, kita boleh target pada org yg visit tadi tu.. Boleh kejar mereka dgn youtube, emel, sms, whatsapp, dan platform FB sndiri.,

TEKNIK RETARGETING..

- Share tips & konten marketing dan run ads pada post tu.. click to website.

- Masukkan data prospek kita dalam custom audiens dan target pada boost post

- Share video tutorial, testimoni, dan run ads pada video tu.. dan post ke dua target pada people view video tersebut.

- Share tips pada post sndiri.. Target pada people engage kat ads page kita..

3. Cara nak buat platform online kumpul database.. Boleh gunakan google form, minta emel, nama, n no tel shj.. Sebab database tu boleh guna utk Custom Audiens di FB..

4. Cara nak tarik orang isi borang online kita.. OFFER SOMETHING FREE.. Contoh kita bagi ebook atau tips yang relevan dgn produk & servis kita..

Kat bawah sekali tu, letaklah CTA, agar orang yang nak ebook tu, kalau nak dpt ebook melalui emel, kena isi borang online google form tu..

5. Cara nak Autoresponder FREE, senang.. Orang dah isi borang, kita tak payah manual bagi link ebook @ tips tu.. Sebab google form ada add-on utk setting auto responder. Isi je nama emel n no telefon, submit. Terus bunyi emel dpt ebook tu..

6. Rajin share tips & teknik & rahsia, tips terakhir selitkan bisnes kita.. Atau artikel terakhir letak CTA, borang kumpul database. google form tu..

7. Buat video marketing lebih murah.. senang viral.. Video marketing berbentuk, survey, testimoni customer, feedback, tutorial pemakaian, dan macam macam.. Semua tu boleh retargeting semula..

8. Optimize, dulu closing guna wassap. Cuba buat landing page guna website@ blog.. Ada yang free.. Last sekali terus letak CTA Payment gateway, ataupun Whatsapp.. Lebih mudah, cepat..

9. Boleh buat ads guna mobile.. Dah guna ads tu, buat analysis.. Berapa ramai komen, kita kos per leads.. kalau CTA komen.. kalau CTA link click, kira cost per link click..

10. Database > Money in the list.. Ada 100,000 database kalau 10% beli.. pun da bedentum da..

11. Produk murah? Pakej kan.. Buat dua tiga pakej., Murah, Standard, Premium..

12. Bila tarikh gaji, Setiap tarikh gaji letak nama offer setiap bulan.. Follow up database shj dgn special offer 😊😊

Huh, panjang ni tulis.. Moga bermanfaat.. Orang dah kawin ni, muka ceria semacam.. hihihi.. silakan share

Created By
Ubaidullah Jaafar
Appreciate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.