LANGKAWI merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang.
CERITAKAN BAGAIMANA BERAS TERBAKAR INI BOLEH DIKAITKAN DENGAN CERITA LAGENDA MAHSURI
Suami Mahsuri telah meninggalkannya untuk berniaga untuk beberapa hari. Pada suatu hari tiba seorang lelaki yang mula rapat dengan Mahsuri. Isteri kepada ketua kampung itu ternampak mereka berdua bersama. Pada mulanya isteri kepada ketua kampung cemburu dengan kecantikan Mahsuri dan mengambil kesempatan ini untuk memfitnahkan Mahsuri. Dia menfitnah Mahsuri kepada penduduk kampung yang lain. Pada zaman dahulu mereka mempercayai apa sahaja yang diceritakan tanpa ada sembarang bukti. Ketika itu juga Mahsuri baru melahirkan seorang bayi. Akhirnya, Mahsuri dituduh bersalah dan dibunuh dengan keris yang dimiliki oleh keluarganya. Sebelum Mahsuri dibunuh, beliau menyumpah bahawa Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan.
Beras terbakar adalah salah satu bukti sumpahan Mahsuri. Ia juga terbakar semasa peperangan antara Siam dan Langkawi, orang-orang Langkawi telah membakar padi tersebut supaya musuh tidak akan mengambil beras mereka kerana beras tersebut boleh dijual atau dimasak.
Makam mahsuri
Nyatakan tiga perkara menarik mengenai tempat ini
Makam Mahsuri tersebut adalah satu replika untuk mengelakkan daripada masyarakat Islam yang hendak melakukan perkara buruk kepada makam itu seperti perbuatan syirik. Terdapat ramai yang berkata bahawa makam yang asalnya ialah dua batu besar yang terdapat di hujung gambar tersebut. Ada juga yang berkata bahawa makam sebernanya terletak di tengah-tengah padang padi.
Perigi ini adalah sumber air untuk mahsuri berminum, mencuci baju, mandi dan untuk mencuci alat dapur. Air di perigi ini juga dipercayai untuk mengalir selama-lamanya. Perigi ini juga digunakan oleh penduduk penduduk kampung lain.
Apakah ciri ciri Mahsuri yang patut kita contohi
Mahsuri adalah seorang yang penyabar. Walaupun Mahsuri difitnah tanpa bukti yang kukuh, Mahsuri tidak menentang mereka tetapi hanya mengikut sahaja perintah mereka. Mahsuri seorang yang penyayang. Apabila suaminya hendak pergi berniaga, dia dengan rela hati membiarkannya dan menjaga bayinya yang baru dilahir.
HOMESTAY DESA WANG TOK RENDONG
Nyatakan satu perkara yang kamu pelajari/sedari tentang rakan kamu berdasarkan aktiviti aktiviti yang telah dijalankan
Kami telah pelajari bahawa rakan rakan kami tidak beberapa gemar menari akan tetapi mereka sangat gemar bermain permainan elastic. Kami sekumpulan dapat mengeratkan perhubungan kami berbanding kepada pertama kali kami bertemu selepas bermain aktiviti aktiviti bersama -sama.
Ceritakan pengalaman kamu dan bagaimana kamu dapat mengaitkan pengalaman yang telah diraih dengan keuhidupan di Singapura
Kami telah mempelajari bagaimana hendak membuat bentuk belalang dengan menggunakan daun kelapa. Dalam process membuat belalang itu, kami menghadapi banyak masalah tapi kami berusaha sehingga berjaya. Akhirnya, kami dapat membuat bentuk belalang dengan cantik. Ini mengajar saya bahawa apabila saya menghadapi berapa masalah, saya harus sabar dan jangan putus asa.
Apabila kami di homestay tersebut, kami dapat makan makanan kampung mereka yang agak serupa dengan masakan melayu di Singapura. Bukan itu sahaja, pada waktu singkat kami berada di rumah ibu angkat kami, kami dapat melihat kehidupan orang di sana. Walaupun mereka tidak tinggal di kawasan yang mewah atau kawasan yang seperti bandar, mereka masih menghargai setiap harta yang mereka memiliki. Ini dapat kami pelajari supaya jangan mengambil sesuatu perkara sambil lewa.
MARDI AGRO TECHNOLOGY PARK
MUZIUM LAMAN PADI
3 perkara yang dipelajari di laman padi
- Kami dapat pelajari bahawa hanya kelapa betina sahaja yang mengandungi inti dan jus kelapa.
- Terdapat 100 jenis padi yang berbeza-beza yang boleh dicari di dunia ini. Seperti contoh, di Korea mereka menggunkan sejenis beras yang akan menjadi seperti pulut selepas dimasak.
- Padi menggambil masa selama 110 hari atau 3 bulan untuk memasak sebelum ia boleh dijual di pasar dan dibeli oleh orang-orang awam.
2 herba yang baru dipelajari
- Daun kayu manis
- Daun sekentut
SATU PERKARA YANG TIDAK DILUPAKAN
Kami telah mempelajari dan membuka minda bagaimana hendak menanam padi di ladang padi. Ada pelajar yang tidak hendak memasuki ladang padi kerana tidak hendak mengotorkan seluar mereka akan tetapi, akhirnya mereka tetap bergabung dengan yang lain. Kami juga dapat melihat kerbau di hadapan mata kami yang kami tidak dapat dilihat di Singapura. Kami juga cuba untuk menanam padi dan semasa menanam padi salah satu pelajar digigit dengan lintah.
Kami sekumpulan telah bermain permainan campak dan membina selipar. Kami berkenal-kenalan bersama salah seorang pelajar bernama Faradiba. Faradiba bergemar dengan subjek seni visual. Dia gemar melungsuri internet apabila dia mempunyai masa lapang.
Mereka ada satu bilik untuk mengajar pelajar-pelajar untuk menjauhi diri daripada dadah, seks, rokok. Bilik ini menunjukkan keburukkan apabila membuat perkara-perkara tersebut. Dari ini, jika sekolah kami ada bilik tersebut, ia boleh membantu pelajar-pelajar Ahmad Ibrahim untuk menjauhi diri daripada perkara-perkara bahaya ini.
KOMPLEKS SENI KRAFTANGAN LANGKAWI
Satu aktiviti yang menarik ialah apabila kami mempelajari banyak perkara tentang sarang lebah dan khasiat-khasiatnya apabila memakan madu lebah. Kami telah mempelajari process bagaimana sarang lebah telah dibina.
MUZIUM 3D LANGKAWI
Kami berasa amat geli hati apabila berada di tempat itu kerana gambar gambar yang dipetik sangat lucu. Keistimewaan tempat itu ialah kami sangat kagum dengan bagaimana artist itu boleh membuatkan seni-seni itu sebegitu rupa. Kami dapat memetik beberapa gambar yang lucu. Pada akhirnya, tempat itu mengadakan satu persembahan yang membuat kami semua terkesima.
TAMAT
Credits:
Created with images by Oscar Nord - "untitled image"