Satu Peristiwa Yang Mencemaskan ! Putri HAryana

Sinaran matahari memancar di taman berdekatan rumahku . Aku dan rakan baik ku , haziqa mula berlari-lari anak . Setelah beberapa minit , bintek-bintek peluh bercambah di sana sini di tubuhku disebabkan kepanasan . Kami pun berjalan ke tasik yng tidak di kunjungi ramai lalu duduk di tepi tasik sambil meminum air kerana kehausan. Cuaca pada bulan ini amat panas. Keadaan tasik ini sungguh sunyi kerana ramai orang tidak tahu tentang keberadaan tasik ini . Setelah beberapa minit , kami mula menyambung perlarian kami

Tasik

Hatiku melonjak gembira kerana akhirnya aku dapat meluangkan masa bersama haziqa . Sudah lama kami tidak meluangkan masa bersama semenjak permulaan peperiksaan akhir tahun . Kami sekarang harus menguatkan stamina supaya kami boleh bermain bola jaring untuk pertandingan zonal tahu hadapan . Hari semakin petang dan kami masih berlari lagi .

Warna senja mulai memamah suasana dan kami pun berhenti berlari-lari anak . Sedang kami berjalan , seorang wanita telah menghilang kesedaran semasa berjalan di depan kami .Debaran jantung memukul dadaku . Dengan segera aku dan Haziqa menghampiri wanita itu . Mukanya sungguh pucat seperti mayat. Aku menghalas kepalanya di atas beg kecil yang aku bawah .Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku.

Dengan segera aku mengeluarkan telefon bimbitku dan menelefon ambulans . Rasa gelisah menjamah hati . Hati aku dan Haziqa sungguh legah apabila ambulans menghampiri tempat kejadian itu . Selepas wanita itu sudah selamat di dalam ambulans , kami pun bercadang untuk pulang ke rumah masing masing . Kami harap wanita itu akan selamat dan sihat sejahtera.

Aku telah mempelajari bahawa jangan pergi ke tempat- tempat yang sunyi bersendirian kerana jikalau apa-apa terjadi pada diri kami , tidak ada siapa-siapa pun akan tahu . Wanita itu bernasib baik kerana pada waktu kejadian ,aku dan Hazqi berada di situ

Credits:

Created with images by illustir - "Park" • Pexels - "lake shore trees" • christopdesoto - "watertown ambulance"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.