Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia
~HARI PERTAMA~
PERJALANAN DARIPADA LAPANGAN TERBANG CHANGI KE PULAU LANGKAWI
Pada 9 Novembewr 2018 , kami telah berkumpul di sekolah pada jam 5.45 pagi untuk beredar ke lapangan terbang Changi bersama-sama. Tiba di lapangan Changi, kita diarah untuk “check-in” bagasi , dan menikmati sarapan pagi sebelum ke langkawi . Kami berasa begitu ghairah dan tidak sabar untuk ke Langkawi agar kami dapat menjalankan aktiviti-aktiviti Yang menarik Yang telah di rancangkan . Senyuman dan kegembiraan terpampar di Setiap wajah para-pelajar.Bagi beberapa pelajar yang lain , ini adalah pertama kali mereka menaiki kapal terbang. Oleh itu , ia menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh mereka . Ada juga segelintir pelajar yang lain yang berasa gementar ketika waktu tersebut kerana mereka mempunyai ketakutan ketinggian
BERAS TERBAKAR
MAKAM MAHSURI
Salah satu ciri yang kami telah pelajari ialah ketaatan dan keberania. Walaupun difitnah , Mahsuri tidak melawan balik dengan cara kasar terhadap orang - orang tersebut. Sebaliknya , dia sanggup mengikut arahan mereka . Mahsuri juga telah memberitahu dimana letaknya keris istemewa tersebut . Malah , Mahsuri telah menunjukkan ciri sebegai seorang yang tidak perputus asa. Walaupun dia di ikat selama 7 hari dan di siksa oleh penduduk Langkawi , dia tetap tidak menyerah begitu sahaja . Mahsuri telah menahan sakit apabila dia disiksa dan ini membuat pembunuhan Mahsuri menjadi amat sukar. Oleh itu , ia menunjukkan ciri tidak berputus asa terhadap dirinya.
TAMAT HARI PERTAMA
~HARI KEDUA~
HOMESTAY LANGKAWI WAK TOK RENDONG
RAKAN BAIKKU - NAZURAH
Saya pelajari bahawa rakan saya ini seorang yang sangat bertanggung jawab , tenang dan pandai memahami perasaan orang lain. Saya sudah lama tahu bahawa dia adalah seorang yang bertanggung jawab. Tetapi, pada hari ini, perkara kecil seperti mengangkat mainan-mainan “adik-beradik” kami sebelum keluar rumah ataupun mengutip sampah sarap sebelum beredar ke tempat yang lain, membuat saya lebih perasan bahawa dia memang seorang yang bertanggung jawab. Selain itu, apabila “adik-beradik” kami mula berasa letih dan mula mengaduh, dia tetap bersabar dan melayan mereka walaupun dia sendiri, sudah letih. Dia akan melayan mereka dengan mengatakan ayat-ayat yang lucu seperti “Kalau adik macam gini, kakak tanak belanja ais skrim lagi eh..” . Ada juga satu situasi yang berlaku yang membuat saya berasa sungguh bersyukur untuk ada dia sebagai rakan baik saya. Sedang dia belanjakan ais skrim, dia mengambil “inisiatif” untuk memastikan semua dapat. Dia perasan bahawa ada seorang budak yang asyik melihat kami dan dia cepat malu dan akan lari daripada kami. Tetapi , Nazurah tetap cuba untuk berbual bersamanya dan membelikannya ais skrim dengan ikhlas. Dengan itu, sudah tentu bahawa saya memang syukur mendapat rakan sepertinya.
TAMAT HARI KEDUA
~HARI KETIGA~
KILANG GAMAT
KEBUN BUAH
MUZIUM LAMAN PADI [ TUGASAN ]
TAMAT HARI KETIGA
~HARI KEEMPAT~
PENYERAPAN DI SMK AYER HANGAT
Pengalaman kami di sana sangat bermakna kerana kami tidak sangka bahawa kami akan disambut dengan begitu baik sekali. Pada mulanya, kami tidak begitu yakin jika kami boleh membuat kawan dan berinteraksi dengan mereka. Tetapi, alangkah terperanjatnya, mereka yang mulakan perbualan. Salah satu para pelajar di sana yang kami berkawan bersama ialah Alya . Dia masih lagi 14 tahun dan ialah seorang pengawas perpustakaan. Dia gemar bidang lagu K-Pop dan kami sungguh teruja apabila dia melayan kami walaupun rakan-rakan kami yang lain sedang berbual tentang k-pop. Setelah itu, dia masih mengajak kami untuk jumpa dia nanti di masa hadapan. Itu membuat kami sungguh tersentuh hati.
KOMPLEKS SENI KRAFTANGAN LANGKAWI
- LUKISAN BATIK DI CANVAS
- PAMERAN WAU
- PENDIRIAN KERIS
- RUMAH KELULUT
Satu aktiviti yang sungguh menyeronokkan bagi kami ialah “batik painting”. Ia sungguh menyeronokkan kerana bagaimana “paint”nya menyebar hanya dengan satu sentuh, dan hanya beberapa sentuhan yang diperlukan untuk mengisi satu sudut. Selain itu, ia sungguh menarik bagaimana kami hanya diberi 4 warna tetapi akhirnya , gambar batik kami dipenuhi dengan lebih daripada 4 warna. Kami bersyukur kerana dapat peluang untuk menghasilkan “batik painting” kami sendiri. Dari pengalaman tersebut, kami pelajari bahawa sebenarnya, ia tidak senang untuk menyediakan gambarnya sebelum kami cat. Prosesnya memerlukan “wax” lilin dan api dan memerlukan banyak kesabaran dan kedidikkan.
Tambahan pula , kami juga cuba untuk mendirikan keris yang amat tajam. Ada sudut yang senang dan susah untuk mendirikannya. Orang yang professional juga rasa bahawa ia sangat susah untuk mendirikannya kerana sudah lama tidak cuba. Itulah baru kami diberitahu bahawa hanya beberapa orang mempunyai kebolehan , boleh mendirikan keris tersebut
Setelah itu , kami menziarahi sarang rumah kelelut . Kelelut adalah seekor binatang yang disamakan dengan species lebah-lebah yang lain. Walaubagaimanapun , keistimewaan kelelut adalah ia tidak menyengat manusia yang ada di sekeliling mereka . Keburukan kelelut adalah ia hanya menghasilkan madu pada musim tertentu sahaja . Oleh itu , tidak hairanlah jika madu-madu tersebut mahal harganya.
3D MUZIUM LANGKAWI
TAMAT