Satu Peristiwa Yang Mencemaskan syafiqa

Angin yang menderu sesekali menampar dinding rumahku . Aku berduduk tercantuk sambil menunggu masa berlalu . Telefon bimbitku pun berdering . Apabila aku menjawab panggilan itu , aku perasan bahawa suara itu suara shafie , rakan baik aku . Aku pun bertanya sebab dia menelefonku . Shafie berkata bahawa dia mahu berlari-lari anak di taman yang berdekatan tetapi tiada rakan lain yang hendak berlari dengannya . Aku dengan perasaan kasihan , setuju untuk berlari dengannya .
Seorang lelaki sedang berlari-lari anak
Dua puluh minit kemudian , aku terjumpa pula dengan Shafie di taman yang berdekatan dengan rumahku . Kami mula berlari-lari anak di sekeliling taman itu . Fikiranku menderas apabila aku sedang berlari . Aktiviti yang aku sedang melakukan ini membuatku teringat tentang suatu kemalangan jalan raya yang terjadi tahun lepas kepada abang kandungku .
Aku dan abangku keluar dari rumah selepas kami makan makanan tengah hari untuk bermain bola sepak di taman berdekatan dengan rumah kami . Senyuman mesra terusir di mulut aku apabila abangku menjemputku untuk bermain bola sepak pada hari itu .
Apabila aku dan abangku sudah sampai di taman berdekatan , kami mula bermain bola sepak . Kami dibayangi dengan perasaan gembira apabila bermain bola sepak . Tiba-tiba abangku menendang bola dengan kuat . Bola itu melayang sampai di tengah-tengah jalan raya yang sibuk . Abangku dengan perasaan ketabahan , berlari dengan cepat untuk mengambil bola di seberang jalan raya .
Sebelum melintasi jalan raya , abangku melihat ke kiri dan ke kanannya untuk memeriksa bahawa tiada kereta yang mahu berjalan . Abangku mula berlari seberang jalan raya , tiba-tiba kereta hitam muncul di dalam pemandanganku . Bunga-bunga kebimbanganku mula menguntum di kelopak hatiku . Kereta hitam itu berjalan dengan sungguh cepat . Nampaknya kereta hitam itu berjalan ke arah abangku .
Kereta hitam yang berjalan dengan laju
Sekelip mata kemudian , abangku hilang dari pemandanganku . Aku berasa sungguh takut . Aku tidak tahu apa aku harus melakukan sekarang . Kereta hitam itu tiba-tiba berhenti di tepi jalan raya . Alangkah terkejutnya aku apabila ternampak abangku terbaring di tengah-tengah jalan raya dengan darah mengalir ke pipinya . Air mataku mula mengalir jatuh ke pipiku . Dia , yang terbaring di tengah-tengah jalan raya , adalah abang tersayangku . Memori dahulu dengan abangku mula kembali . Aku menelefon ambulans dan ibuku selepas itu . Ibu mula berasa bimbang tentang abangku . Ibuku terus datang ke tempat kejadian . Hati ibuku terus jatuh apabila ternampak abangku terbaring di tengah jalan raya . Tiada sepatah perkataan yang boleh menggambarkan perasaan ibuku . Ambulans pun sudah menyampai di tempat kejadian selepas lima minit . Di dalam hospital , doktor berkata kepada ibuku bahawa abangku sedang berada di keadaan yang teruk . Aku berasa sungguh risau tentang abangku
Lima bulan kemudian , abangku sudah sembuh . Doktor berkata bahawa abangku boleh pulang dari hospital pada hari itu . Aku berasa sungguh gembira dengan berita baik itu . Selepas kejadian itu , abangku sudah pelajari bahawa kita harus berhati-hati apabila melintas jalan raya .
Created By
Nur Syafiqa Daud
Appreciate

Credits:

Created with images by tpsdave - "yellowstone national park sunset twilight" • espinr - "Lenzie Jog"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.