Loading

Yok ke Langkawi! Bersama Aqisha dan Alysia ✈️

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. 🇲🇾

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih! 🦅

sumber: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Langkawi

Hari Pertama

Di lapangan terbang 🛩

Kami bertolak ke Lapangan Terbang Changi di 6.45 pagi. Ada antara rakan-rakan saya yang masih berasa ngantuk. Ada juga yang amat teruja kerana mereka tidak sabar untuk melawati sebuah negeri yang baharu. Namun, ada segelintir yang gementar kerana ia adalah kali pertama mereka menaiki kapal terbang. Sejurus kaki kami menjejak di tanah Langkawi, kami tidak menanti untuk memulakan perjalanan kami di negeri indah ini.

Di dalam kapal terbang!

Beras Terbakar 🔥

Beras Terbakar!

Beras Terbakar terletak di Padang Matsirat. “Mat” di dalam nama Padang Matsirat bermaksud seorang malakala “sirat” ialah aksi menyirat untuk menjaring ikan oleh nelayan. Pada kurun ke-18, Langkawi diserang oleh orang Siam yang ingin mempertegakkan keadilan kepada Mahsuri yang dituduh. Malahan, ibu bapa Mahsuri sebenarnya juga orang Siam. Menurut rakyat-rakyat Langkawi, pengetua orang Langkawi pada masa itu yang bernama Dato Kemboja menyuruh penduduk-penduduk Langkawi untuk menanam beras simpanan ntuk dibakar agar tidak jatuh ke dalam tangan musuh. Dahulu, sebidang tanah sebesar 30km per segi digunakan untuk menyimpan bekalan nasi. Walaupun sejarah ini tidak bermakna kepada sebeberapa pelancong, terdapat kebanyakkan orang Langkawi yang masih menghargai beras itu dan sejarahnya.

Rumah mahsuri

Setelah melawati Beras Terbakar, kami terus berkunjung ke sebuah replika rumah orang dahulu di Langkawi. Ia juga dikenali sebagai rumah Mahsuri. Kami berasa terkejut melihat hampir semua perabot dibuat daripada kayu- termasuk katil si Mahsuri! Atapnya pula atap rumbia. Rumah ini amat berbeza daripada rumah-rumah kami pada zaman ini.

Perigi mahsuri 💦

Kata orang-orang di Langkawi, jika mengunakkan air daripada perigi ini, kulit kami akan bersih dan terdapat beberapa lagi khasiat daripada air istimewa ini. Ini juga air yang digunakkan oleh Mahsuri dan orang-orang kampung dahulu yang berkongsi perigi ini untuk melakukan rutin seharian seperti mandi dan masak.

Makam Mahsuri🧕🏼

Kemudian, kami menziarahi makam Mahsuri di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Di gambar atas ini adalah sebuah replika Makam Mahsuri. Tidak jauh daripada situ ialah hanya dua batu yang menunjukkan makam Mahsuri. Walaupun tempat ini dikenali sebagai Makam Mahsuri, ramai orang Langkawi mempercayai bahawa makam sebenar Mahsuri bukan terletak di sini, malangnya di sekitar sawah padi. Itulah satu perkara yang menarik tentang tempat ini. Selain itu, kami dapat mempelajari tentang ciri-ciri Mahsuri dan sejarahnya yang tidak harus dilupakan selama-lamanya.

SEJARAH MAKAM MAHSURI ⏱

Dari kiri ke kanan: Salasilah Mahsuri, Keturunan ke-8: Wan Aishah

Makam Mahsuri bermilik kepada Puan Mahsuri. Pada zamannya, dia amat terkenal di seluruh Pulau Langkawi kerana kejelitaannya. 😻Sewaktu dia sedang hamil anak yang tunggal, suaminya yang bernama Wan Darus 👱🏼‍♂️ pergi ke perang untuk membantu tetera Kedah daripada serangan Siam. ⚔️ Kakak ipar Mahsuri, iaitu isteri kepada abang Wan Darus, bernama Wan Mahora 👱🏽‍♀️ dan dia telah sekian lama menyimpan rasa dendam di hati kerana suaminya menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri sebagai isteri kedua. 😡 Jadi, setelah memerhatikan keakraban Mahsuri dan seorang dermaga bernama Deramang 👨🏽‍🎤, Wan Mahora membisikkan kata-kata racun kepada suaminya Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya bahawa Mahsuri melakukan hubungan sulit bersama Deramang. 🗣🚫 Sebagai wakil Sultan Kedah di Langkawi 🧔🏽, Mahsuri dihukum di hadapan semua orang kampung. Mashsuri yang tidak mampu menahan seksaan dari Wan Yahya dan Wan Mahora akhirnya meninggal dunia setelah ditikam oleh Wan Yahya sendiri dengan sebilang kiris keluarga tersembunyi. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri menyumpah bahawa Langkawi tidak akan aman untuk 7 keturunan. ❌ Yang peliknya, sumpahannya telah menjadi kenyataan! Darah yang mengalir daripada luka tikaman Mahsuri berwarna putih, menunjukkan bahawa dia tidak bersalah. ☠️

Pada pendapat saya, kami sepatutnya mencontohi ciri-ciri Mahsuri. Dia amat sabar dan gigih apabila diseksa oleh kedua-dua abang dan kakak iparnya selama 7 Hari. Saya berasa kasihan mendengar bahawa abang iparnya sendiri (iaitu Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya) menikam Mahsuri dengan tangannya. Mahsuri juga berani untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah melalui kematiannya. Saya pasti tidak banyak orang yang berani membuat perngobarnan sebegitu.

Hari Kedua

Homestay Desa Wang Tok Rendong 🏠

Homestay Kak Mun!
Bersama Kak Mun (atau Mak)!

Pada hari kedua, kami melawati rumah homestay Kak Mun! Rumah tersebut agak besar, luas , selesa dan bersih. Kami diberi 30 minit untuk berjalan-jalan sekitaran kawasan itu. Permandangan di kawasan ini memang menakjubkan. Terdapat pelbagai tanaman yang boleh kami lihat di belakang rumah dan tepi jalan seperti pokok Durian, daun Ulam dan sebagainya.

Selepas itu, kami mengambil bahagian dalam sebanyak 5 aktiviti yang seronok di Homestay Desa Wang Tok Rendong.

Dari kiri ke kanan: Aktiviti 1️⃣2️⃣3️⃣4️⃣5️⃣

Aktiviti 1️⃣

Di dalam gambar, seorang wanita sedang menuang santan ke dalam tiang buluh yang diisikan dengan pulut oleh kami. 🍚 Inilah caranya untuk membuat lemang. Tiang buluh tersebut harus dibakar di atas api selama 2 jam.

Aktiviti 2️⃣

Kami mempelajari bagaimana untuk bermain alat muzik tradisional, gendang. 🎼 Muka gendang diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang sirengangkan menggunakan tali rotam ke atas baluh atau temalang kayu. Kami tidak sangka bahawa bermain gendang agak sukar untuk mengikut rentak yang diberi oleh pakcik-pakcik itu dan meluarkan bunyi yang diingini daripada muka gendang.

Aktiviti 3️⃣

Kami cuba menggorengkan kuih loyang! 🥮 Ia tidak semudah yang kami sangka kerana ia susah untuk menimbulkan bentuk yang cantik. Kuih-kuih loyang yang kami digoreng masih lazat!

Aktiviti 4️⃣

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Mereka akan mengambil buah congkak (guli) dan dimasukkan secara satu persatu ke dalam setiap 'kampung' menuju ke ‘rumah’ masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. Walaupun terdapat cara-cara berlainan untuk bermain congkak, mengikuti versi kami, juara ditentukan dengan sesiapa yang dapat meraih paling tinggi jumlah guli di dalam ‘rumahnya’.

sumber: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Congkak

Aktiviti 5️⃣

Di Kanan ialah Nadia

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, saya rasa aktiviti tarian tradisional paling bermakna kerana saya dapat meraih banyak moral dan sikap yang positif. Misalannya, saya memperhatikan bahawa rakan saya, Nadia, tidak berputus asa. Walaupun dia tidak pernah menari seperti yang diajarkan, dia bertungkus-lumus mengikuti langkah-langkah tarian oleh guru yang mengajar kami. Jikalau Nadia tidak pasti tentang satu langkah tarian, dia akan cuba memahami lalu bersungguh-sungguh berlatih pada masa lapang. Malah, tarian tersebut agak sukar kerana kami harus menari beriringan dengan lagu. Namun, kerja keras kami telah berhasil.

Pada mulanya, guru tarian kami mengajar kami dikir barat. Kami harus menggerakkan tangan kami secara seragam. Kemudian, kami juga mempelajari bagaimana untuk menari. Kami terpaksa berulang beberapa kali kerana kami tidak biasa dengan menari dengan tangan yang lemah-lembut. Malah, terdapat banyak langkah tarian yang mengelirukan. Melalui pengalaman ini, kami mempelajari bahawa kegigihan dan kesabaran amat penting. Seperti peribahasa belakang parang dikalau diasah nescaya tajam, kami akhirnya berjaya. Sikap ini boleh dikaitkan dengan hidup persekolahan kami. Walaupun kami gagal di peperiksaan awal tahun, jikalau kami tidak berputus asa dan bekerja keras, kami boleh mencapai keputusan impian kami.

Hari Ketiga

Gamat Factory 🏭

Pada hari ketiga, kami pergi ke Gamat Factory di mana semua gamat diperbuatkan. Di sana, kami dapat mencelop jari kami ke dalam permukaan agamat dalam kualinya. Keistimewaan Gamat ialah ia mempunyai pelbagai khasiat yang berbeza. Ia dapat digunakan untuk merawat luka, lecet, sengatan haiwan bisa seperti lebah dan penyakit dalaman. Ia juga dapat merawat jerawat dan luka wanita selepas hamil. Gamatan ataupun dikenali sebagai ‘sea cucumber‘ sungguh terkenal di Langkawi kerana Langkawi mempunyai spesis gamat yang terbaik berbanding dengan negera-negara lain.

LAGENDA Gamat ⏱

Ada juga cerita dongeng sebalik gamat ni. Mengikuti kata-kata orang sini, pada suatu masa dahulu, seorang pelayan kerap ke laut untuk menangkap ikan. Pada satu hari, dia pulang ke rumah dengan tangan kosong. Pada hari kemudian, hasilnya juga kosong. Pada hari seterusnya, dia masih tidak menangkap ikan. Si pelayan marah kerana sudah berhari-hari dia cuba namun tiada rezeki. Jadi, dia melepaskan garam kepada gamat dengan mengayun gamat itu. Yang menariknya, gamat itu bercantum walaupun telah dipotong. Mungkin itulah sebabnya gamat amat bermanfaat.

Mardi Argo Technology Park 🌿🌷🐐

Kecantikkan persekitaran taman yang telah menarik perhatian kelasku dan diriku

Muzium Laman Padi 🌾

Di Dalam Muzium Laman Padi!

3 Perkara Yang Dipelajari Di Muzium Laman Padi

  1. Terdapat lebih daripada seratus jenis padi dalam seluruh dunia. Beras-beras yang berasal daripada sebuah negara mempunyai khasiat dan fungsinya sendiri. Contohnya, terdapat beras yang melekit dan ia digunakan untuk permakanan sushi di Jepun. Beras ini adalah seperti pulut.
  2. Ada pelbagai alat yang harus digunakan untuk membuat padi. Pada mulanya, kami harus menggunakan tenggala di atas kerbau untuk membajak tanah sawah. Kemudian, sisir kayu digunakan untuk meratakan tanah padi, menyakar rumpai dan jerami selepas membajak. Terakhir sekali, kami menggunakan tenggiling untuk memecah ketul-ketul tanah selepas dibajak dan disisir.
  3. Beras hanya akan tumbuh setelah hampir 4 bulan. Sebiji beras perlu sekurang-kurangnya 40000 hectares air.

Herba-herba yang saya telah mempelajari ialah daun sekuntut dan serai wangi. Seperti namanya yang lucu, daun sekuntut amat busuk. Namun, terdapat banyak kegunaannya seperti masakan kenduri. Serai wangi juga amat popular di dalam masakan makanan seperti sup tomyam dan lauk melayu.

Di Sawah Padi!
Saya rasa kami semua akan bersetuju bahawa aktiviti menanam padi memang tidak akan dilupakan kerana kami mempelajari bahawa menanam padi tidak senang. Kami tidak biasa memijak lalu menjalan di lumpur yang dalam. Kami juga tidak pernah mamakai topi sebegini. Kami terperanjat melihat rakan kami digigit oleh licah sehingga kakinya berdarah.

Hari Keempat

Lawatan ke sekolah 🏫

Pada hari keempat, kami melawati Sekolah Menengah Ayer Hangat. Kami disambut dengan meriah sekali. Sekolah ini amat besar dan luas. Ia juga unik kerana ia mengandungi sebuah bilik yang penuh dengan informasi bagaimana untuk menghenti ketagihan dadah dan rokok dan apa keburukkannya. Saya rasa bilik sebegini patut dibina di sekolah saya juga untuk mendidik pelajar-pelajar di sekolah saya. Apabila kami tiba di sekolah ini, ramai pelajar tidak ada waktu pelajaran (atau ‘free period’) untuk 30 minit ke atas jadi mereka menjenguk daripada kelas darjah mereka. Saya ingin sekolah saya untuk meletakkan kemudahan ini juga kerana pelajar-pelajar harus berehat setelah letih mengisikan otak mereka.

Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Ayer Hangat amat peramah. Kami berbual mesra tentang hobi-hobi dan kategori musik yang kami bersamaan. Rupa-rupanya, mereka juga gemar lagu Pop Korea seperti saya! Kami juga berbual tentang lainan-lainan dalam negeri-negeri kami. Saya teruja bahawa pelajar-pelajar di Malaysia mempelajari subjek Sains dan Matematiks dalam bahasa Melayu, bukan seperti murid-murid Singapura yang sudah biasa membaca dalam bahasa Inggeris. Saya lebih terkejut untuk mengetahui bahawa kebanyakan murid di Langkawi menaiki motorsikal ke sekolah. Kalau di Singapura, kami pasti akan disaman!

Di Malaysia, semua pelajar dikehendaki menghadiri sekolah selama 5 tahun dan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas. SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Di Singapura, kami dipisah ke aliran kami (Ekspres, Normal Akademik, Normal Teknikal) berdasarkan keputusan PSLE kami (ataupun dipanggil UPSR di Malaysia). Murid-murid Singapura dan menduduki untuk Peperiksaan Peringkat ‘O’ jika di dalam aliran Ekspres manakala yang dalam aliran Normal Akademik dan Normal Teknikal dan menduduki untuk Peperiksaan Peringkat ‘N’. Serata-rata, semua pelajar Singapura menghadiri sekolah selama 4 tahun sahaja kecuali kumpulan segelintir daripada aliran Normal Akademik yang ingin menghadiri sekolah untuk satu tahun tambahan di Tingkatan 5 dan mengambil Peperiksaan Peringkat ‘O’.

KOmpleks seni kraftangan langkawi 🎨

Sejurus kami melawati Sekolah Menengah Ayer Hangat, kami melawati Kompleks Seni Kraftangan Langkawi. Akiviti ‘batik painting’ amat menyeronokkan bagi diri saya. Saya mepelajari bagaimana untuk bercampur warna dengan 4 warna asas iaitu merah, kuning, hijau dan biru. Saya juga mempelajari bahawa kesabaran adalah faktor utama untuk menghasilkan sebuah batik yang cantik. Terdapat beberapa kali warna di batik bukan seperti yang saya inginkan. Tanpa berputus asa dan fikiran negatif, saya cuba menjadi kreatif dan bercantum warna dan air untuk membetulkan kesilapan saya.

Rumah kelulut 🐝🍯

Kemudian, kami mempelajari tentang kelulut. Kelulut ialah satu spesis daripada keluarga lebah. Lebah ini berbeza sedikit. Lebah ini tidak akan sengat manusia dan madunya pula ada rasa masam-manis.

Pendirian keris 🗡

Tambahan pula, kami cuba untuk mendirikan keris yang amat tajam. Hanya beberapa orang sahaja boleh mendirikan keris tersebut.

Muzium 3d langkawi 🔭

Lucunya! 😂 Ingatkan betul...

Saya berasa sungguh ghairah apabila berada di sini. Gambar-gambarnya melihat realistik sekali dalam telefon bimbit, seolah-olah saya memang di atas papan selancar ini. Apa yang istimewa tentang tempat ini ialah ia juga mempunyai “stimulation dinasour” secara 3D yang menunjukkan seolah-olah kereta kami memang bergerak dan dikejar oleh dinasour.

Secara keseluruhan, saya bersyukur bahawa saya terpilih untuk program ini bersama rakan-rakan dan guru-guru saya. Saya dapat meraih banyak ilmu pengetahuan tentang Langkawi. Saya juga mempelajari tentang sikap mulia yang patut saya ada di dalam diri saya. Sepanjang perjalanan ini, saya dapat menjalin hubungan yang lebih erat bersama muka-muka yang saya tidak berkenali sebelum ini. Semua kenangan manis ini akan sentiasa terpateri di dalam kotak minda saya selama-lamanya.

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.