HOBI UNIK

Ramai yang menganggap bahawa budak-budak perempuan hanya bermain dengan anak patung atau alat menyolek. Namun, saya kurang gemar permainan-permainan itu. Sejak kecil lagi, saya amat gemar dengan kereta mainan ‘Hotwheels’. Penggemaran ini bertukar menjadi sesuatu hobi yang saya lakukan hingga sekarang. Saya mempunyai hobi mengumpul kereta mainan ‘Hotwheels’.

Jenama Hotwheels berasal dari syarikat Mattel. Mattel merupakan sebuah syarikat mainan. Selain Hotwheels, Mattel juga menghasilkan jenama-jenama lain yang cukup terkenal seperti Barbie, Monster High dan WWE Toys. (Kereta: 5 alarm, Invader)
Kereta: "65 Impala, BDC83, Z-ROD, Rev Rod, CFG98, Ratical Racer, Carbonator

Ramai yang sering bertanya, apa yang saya akan lakukan dengan kereta-kereta ini pada masa hadapan? Saya berazam untuk berterusan mengumpul kereta ini sehingga dewasa dan mengembangkan pilihan kereta mainan saya.

Double Demon Delivery Frankenstein limited edition, Rocket Racoon

Selain kereta mainan Hotwheels biasa, saya juga mengumpul kereta edisi terhad. Double Demon Delivery Frankenstein limited edition dan Rocket Racoon merupakan dua kereta edisi terhad yang saya mempunyai.

Hotwheels mempunyai banyak siri-siri kereta yang berlainan. Mereka mempunyai siri Star Wars, DC Superheroes, Angry Birds dan banyak lagi. Baru-baru ini, semasa percutian saya, saya terjumpa siri Porsche. Saya membeli kereta siri Porsche saya yang pertama dan ingin memulakan pengumpulan kereta siri Porsche. (Kereta: Porsche 993 GT2)

Antara kereta-kereta siri dan edisi terhad, Hotwheels juga menghasilkan kereta ‘Colour Shifters’. Kereta-kereta ini bertukar warna apabila disimbar air panas atau sejuk. Tontonilah video ini untuk melihat demonstrasi pertukaran warna.

Saya ingin meneruskan hobi saya yang amat digemari ini dan membuktikan bahawa pengumpul kereta tidak bermaksud orang lelaki sahaja tetapi juga orang perempuan. Inilah hobi unik saya.

-Terima Kasih-

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.