Ibu Insan yang mengorbankan semua untuk anak mereka

Seorang ibu ialah orang yang telah menerima rezeki dalam bentuk hidup seorang anak. Sebaliknya, apakah hubungan benar antara kita dan ibu? Betulkah kita dicipta hanya jika ibu kita wujud? Sebenarnya, semua soalan-soalan ini, dengan seribu lagi sudah dijawab.

Seorang ibu yang sanggup menggunakan masanya, ataupun seluruh hidupnya untuk membesarkan anak mereka. Mereka adalah salah satu orang yang mustahak dalam pembinaan personaliti dan sikap seorang anak terhadap kehidupan mereka pada masa hadapan saling dengan ibu mereka sebagai salah satu ahli keluarga mereka. Pentingnya ini kerana ini akan menentukan kejayaan dan kegagalan yang boleh seorang anak boleh mengalami. Sebarang pengalaman dengan berdua-dua anak dan ibu boleh mengalih perspektif terhadap satu sama lain. Yang paling terkesan ialah semua kenangan yang menggembirakan, kerana itulah yang menjadi teras personaliti mereka. Kesan perbuatan ibu berjuta-juta, malah setiap kesan itu cukup besar untuk menukar semua arah pemikiran anak.

Seorang ibu perlu mengorbankan keselesaannya sepenuhnya sebanyak sembilan bulan, untuk menunggu hingga kelahiran bayi yang disayangi dan dihargainya.

Selepas melahirkan anak, seorang ibu mesti menjaga bayinya dengan seluruh perhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraannya, pentingnya ini kerana satu kesilapan boleh menjejaskan masa hadapan anaknya.

Apabila anak boleh memahami bahasa dan boleh membezakan yang betul daripada yang salah, seorang ibu mesti membuat segala tindakan untuk mengajar anaknya sifat-sifat moral yang wajib, sama ada sifatnya diajar oleh agama atau sifat yang asas. Ini juga akan menjejaskan personaliti seorang anak.

Hanya apabila anak mereka telah mencapai usia yang lebih kurang katakan yang mereka harus mengambil tindakan yang terdiri daripada tanggungjawab mereka, peranan seorang ibu adalah untuk membimbing anak mereka supaya berjalan lorong yang akan membawa mereka kejayaan.

Untuk seorang anak perempuan, ibunya harus mengajar mereka daripada pengalaman bagaimana seorang ibu akan menyokong sebuah rumah tangga dalam semua cara yang dia telah menyokong anaknya. Jika ibu rasakan dia tidak memainkan peranannya dengan kesan yang satu harapkan, dia boleh menggunakan banyak penambahbaikan untuk mengajar anak perempuannya kesalahan-kesalahannya dalam kehidupan, supaya anaknya tidak akan membuat kesalahan yang sama dan juga akan membesarkan keluarga yang baik. Anak perempuan tersebut akan memainkan peranan ibunya, dan juga pun semua anak perempuan dalam generasi akan datang.

Akhirnya, sebuah keluarga pun dibesarkan sedikit demi sedikit, tidak kisah jantina seorang ahli keluarga. Kita semua juga harus menghargai setiap ahli keluarga, tetapi yang terpenting ialah ibu kita. Juga dalam kebanyakan agama, ada ajaran yang sentiasa mengingatkan kita yang ibu kita orang yang paling mustahak dalam hidup kita, oleh kerana mereka telah mengalami proses yang amat susah untuk membesarkan anak mereka hingga dewasa. Dalam generasi-generasi yang beratus-ratusan, ataupun beribu-ribuan juga, sebuah keluarga selalu ada satu perkara yang sama, iaitu ibu mereka telah melahirkan anak mereka, ini membuktikan yang seorang ibu ialah orang yang mendapat rezeki untuk melahirkan seorang anak, iaitu kita.

Sekian, Terima Kasih

Credits:

Created with images by adobo express - "Mother" • PublicDomainPictures - "baby caucasian child" • asim chaudhuri(anurupa_chowdhury_yahoo.co.in - "mother & daughter" • msetyadi - "ibu dan anak kampung naga" • Felipe Skroski - "Quanta fome" • egor105 - "pregnancy joy de" • grisguerra - "baby mother parenting" • daveparker - "Mother Daughter" • merfam - "Daughter / Mother"

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.