Satu peristiwa yang mencemaskan nurulhuda Aisyah

Cuaca pada hari itu amat panas, peluh yang membasahi seluruh kulit tubuh ku tidak henti-henti mengalir sambil dalam perjalanan pulang.Aku dan kawan baikku baru sahaja habis mengambil ujian peperiksaan pertengahan tahun dan dalam perjalan pulang dari sekolah bersama aku dan kawan - kawan baikku, Zahril dan Zaim,kami menjalin hubungan yang mesra sejak sekolah rendah semasa dalam perjalanan pulang aku terlihat wajah Zaim, kebosanan jelas terpancar di wajahnya.Aku menanyakan mengapa raut wajahnya begitu .

"Tidak ada apa -apa, saya cuma merasa bosan semenjak tamat menyelesaikan peperiksaan , lagi pun saya tidak perlu mengulangkaji mata pelajaran".

Tiba-tiba sebuah idea muncul dalam fikiran ku untuk pergi ke taman berdekatan sekolah kami untuk menenagkan fikiran kami dan kami juga telah tamat sekolah awal disebabkan peperiksaan kami. Aku terus bertanya Zaim dan Zahril jika mereka ingin mengikut aku ke taman tersebut, dengan pantas mereka terus setuju dengan idea ku. Kami terus berjalan ke taman tersebut.

Sampai kami di taman tersebut kami mula berjalan ke arah sebuah meja berkelah supaya kami dapat bersembang. Tiba- tiba semasa kami sedang berjalan kami terdengar sebuah jeritan yang amat kuat dari jauh , kerisauannya bertalu-talu melekat di pangkal fikiranku mungkin orang yang menjerit itu cedera atau dalam bahaya hati kecil ku berbisik . Sedang kami berjalan kami ternampak sekumpulan orang ramai sedang berkumpul sekitar seorang makcik.

Kami terus bergegas ke arah mereka untuk melihat apa terjadi dan mengapa ada ramai orang berkumpul di anak-anak tanggan taman tersebut.Rasa gelisah menjamah hatiku apabila aku ternampak nenekku yang terduduk di anak-anak tangga tersebut .

"Nenek kenapa ni apa terjadi? " aku bertanya sambil bergegas ke arahnya untuk cuba menolongnya berdiri supaya aku dapat membawanya kesebuah klinik.

Orang ramai terus cuba menolongku untuk membawa nenekku ke klinik berdekatan taman tersebut.Selepas beberapa minit dengan langkahnya yang mantap dan penuh keyakinan aku dan nenek-nenekku sampai juga di klinik berdekatan . Sambil aku menunggu doktor aku terus keluarkan telefon bimbit ku dan terus menelefon ibu bapaku tentang peristiwa yang malang tersebut.

Senyuman bermain dibibirku apabila aku dapat tahu bahawa nenek ku tidak cedera parah dan rupa-rupanya nenekku terseliur apabila dia dalam perjalanan pulang daripada senaman paginya di taman tersebut.Selepas kejadian tersebut aku telah pelajari bahawa kita sentiasa harus berhati-hati terutama sekali orang - orang tua.

Credits:

Created with images by jonbonsilver - "stars field long exposure"

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.