Loading

Jom ke Langkawi Irnie & Fathin

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Langkawi

Hari pertama

Di Lapangan Terbang
Kami semua berasa sangat teruja kerana kami hendak belajar lebih tentang sejara Langkawi. Selain itu, kami pun berseronok kerana kami dapat ke luar negeri dan mengalami pengalaman yang baharu.
Beras Terbakar
Beras Terbakar ialah tempat yang tapak pertemporan dengan orang Siam diadakan. Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja. Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam. Pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima yang hebat telah berlaku di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.Beras di tempat ini dibakar selepas perlawanan tersebut. Kami lebih tahu bagaimana dan kenapa Langkawi diserah oleh orang Siam.
Makam mahsuri

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia menghembuskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Kami dapat pelajari 3 perkara manarik mengenai tempat ini. Kami dapat tahu sejarah Mahsuri. Selain itu, kami dapat pelajari mengapa Langkawi disumpah oleh Mahsuri dan tentang keturunan yang menjejas keadaan di Langkawi sehingga generasi ke-8, dengan Wan Aishah.

Kami dapt pelajari bahawa Mahsuri seseorang yang tidak putus asa kerana dia tidak memberi tahu rahsianya kepada ketua kampung hingga hari terakhir.

Hari kedua

Homestay Desa Wang tok rendong

wawancara kami bersama hos kami

Hos kami berkata bahawa keluarga tinggal di sana untuk masa usyang agak lama (20 hingga 30 tahun). Anak-anak mereka tinggal di sana selama sepenuh hidup mereka. Mereka pun tinggal di kampung itu untuk meneruskan tradisi kampung. Semua orang di kampung itu berkenalan antara sama dengan lain kerana kampung itu kecil dan mereka sangat rapat. Bukan semua perumahan disana untuk perhidmatan homestay kerana ada keluarga tidak selesa untuk membuka pintu mereka kepada orang awam.

Pengalaman kami

Homestay ini amat unik kerana kami dapat mengalaomai sedikit tentang hidupan di kampung. Kami dapat mempelajari tarian dan dikir barat. Kami juga harus mempersembahkan tarian dan dikir barat semasa makan malam. Kami bermain congkak bersama orang asal dan bermain elastik untuk bertanding dengan kempulan-kumpulan lain. Kami belajar bagaimana untuk membuat ketupat dan melipat belalang menggunakan daun. Akhirnya kami mempelajari bermain gendang anak dan gendang ibu.

Semasa makan malam, kami dilayan oleh orang asal. Mereka mempersembahkan tarian dan dikir barat yang tradisional. Kami juga mengambil gambar bersama mereka. Ia amat susah untuk keluar tempat itu kerana kami tertalu rapat dengan keluarga angkat kami dan kawasan kampung itu.

Hari Ketiga

Gamat Factory
Gamat itu sangat istemewa kerana ia sesuatu yang boleh tolong menyembuhkan kedua-dua penyakit dalaman dan luaran seperti sakit,luka, luka bakar dan kecederan. Di Langkawi, minyak gamat itu adalah yang paling segar kerana Langkawi ialah tempat asalnya.
Mardi Agro Technology Park
Terdapat banyak flora dan buah-buahan di taman itu.
Muzium Laman Padi

Kami dapat belajari banyak dari Laman padi. Selepas petani menajar kami jenis-jenis beras yang ditanam dan juga cara-cara orang kampung menanam padi, kami dikehedaki menanam padi sendiri. Kami dapat mengalami menanam padi di sana. Kami dapat pelajari banyak jenis herba yang ada keunikan sendiri. Kami juga dapat melihat dan mencuba kelapa yang segar dari laman padi itu. Kami belajar bagaimana untuk parut kelapa.

Terdapat herba-herba yang berlainan jenis dan bau. Contohnya, Daun Sekentut nampak elok sekali tetapi baunya amat busuk. Serai sering digunakan unuk memasak makanan seperti sup tomyam dan lauk melayu.

Bagi kami, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah apabila kami memasuki laman padi. Walaupun susah, kami masih dapat menanam banyak padi di keseluruh laman padi itu. Kawan kami, Raziq, telah digigit seekor litah semasa dia sedang menanam. Dia juga berdarah selepas lintah itu dilepas.

Hari keempat

Lawaten Sekolah
Di sekolah itu, saya dapat membuat kawan bersama satu murid yang bernamea Dinia. Kami pun senang menjadi kawan kerana kami berdua berminat kumpulan yang agak sama. Tetapi, dia tidak ada subjek yang dia gemar. Dia pun seseorang pengawas sekolah. Dia seseorang yang peramah dan senang untuk bercakap dengan.

Satu kemudahan yang SMK Ayer Hangat yang saya ingin lihat di sekolah saya ialah satu bilik yang bernama ‘bilik dadah’. Disana, semua sekolah mesti mempunyai bilik tersebut. Ia mengajar dan menunjukkan murid-murid apa yang buruk di dalam dadah itu. Dengan bilik ini, lebih ramai pelajar dapat belajari bagimana dan kenapa mereka tidak sepatutnya membuat perkara itu.

Kompleks Seni Kraftangan Langakwi
Kami mewanakan batik dan pergi ke rumah lebah

Terdapat tiga aktiviti yang telah dijalankan untuk kami. Aktiviti-aktiviti itu ialah Mewarakan batik, Meniup Kaca dan pergi ke Rumah Lebah.

Satu aktiviti yang memikat hati saya ialah apabila kami Mewarnakan Batik. Kami diberikan sebuah batik yang kosong yang sudah ada lukisan yang cantik. Kami dapat pelajari bagaimana untuk campur warna untuk menghasilkan warna yang baru. Walaupun tiada pameran atau pertandingan, kami gigih berwarna batik kami.

Muzium 3D Langkawi

Kami berasa amat seronok apabila berada di muzim itu. Terdapat banyak pameran yang lucu. Muzium ini amat menarik kerana gambar yang kami telah ambil kelihatan realistik walaupun pameran itu 2D. Kami juga dapat mengambil banyak gambar yang lucu dan menarik dengan kawan-kawan kami.

Rumusan

Keseluruhannya, perjalanan kami ke Pulau Langkawi ialah pengalaman yang amat baik bagi kami kerana kami dapat mengetahui lebih lanjut tentang budaya orang melayu di Langkawi. Kami juga belajar tentang sejarah dan asal-usul Langkawi. Selain itu, kami dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan dari sekolah.

TAMAT

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.