Batik Dihasilkan oleh: Kamal Sawlani Govindani dan Muhammad Faqih Akmal

Apa Itu Batik?

Batik merupakan sejenis kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang bermaksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Dalam bahasa Melayu, batik bermaksud ‘titik’ manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud ‘setitik lilin’.

Penciptaan batik di Malaysia sukar dijejaki. Terdapat beberapa buah artifak sejarah batik yang wujud tetapi ia merupakan barangan eksport dari Kota Jawa dan Kerajaan Melayu. Namun, kota Jawa berkembang maju dalam pembuatan batik dari abad ke 13.

Menurut Museum Sejarah Budaya Norwegia di Oslo, Jawa telah banyak mempengaruhi pembuatan batik Melayu dan corak-coraknya. Pada zaman dahulu, penduduk Malaysia menggunakan kayu yang mempunyai corak untuk membuat batik. Tetapi, pada tahun 1920-an, pelukis batik di Jawa menggunakan lilin dan tembaga untuk membuat batik. Pelukis batik di Malaysia pun mengikut teknik tersebut untuk menciptakan sebuah batik.

Bahagian-bahagian kain batik

Pengeluaran batik secara komersial bermula pada tahun 1960-an. Batik-batik yang dibuat di Malaysia mempunyai corak dan rekaan sendiri. Baru-baru ini, batik Malaysia sangat berbeza dengan batik Jawa. Biasanya, batik Malaysia mempunyai banyak bunga yang warna-warni manakala batik Jawa melukis batiknya dengan hanya menggunakan dua warna, warna coklat dan putih. Batik Malaysia boleh dibeli di kota-kota Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tetapi, batik yang dihasilkan di Johor mempunyai corak Jawa kerana banyak penduduk Jawa yang pindah ke Johor, Malaysia.

Kegunaan Batik - Dahulu dan sekarang

Seni batik telah wujud sejak 200 tahun yang lalu di Mesir dan Parsi. Ia mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni batik cap juga telah lama wujud di Indonesia. Zaman dahulu, batik digunakan untuk memberitahu orang di desa atau kerajaan bahawa seseorang itu ialah seorang raja atau pemimpin yang mempunyai kuasa yang besar. Hanya orang kaya yang mempunyai wang boleh membeli batik untuk dipakai.

Sekarang, batik terdapat di mana-mana sahaja dan orang biasa yang tidak mempunyai kuasa besar apa pun boleh memilikinya. Batik juga digunakan untuk majlis perkahwinan. Bahkan batik gunakan untuk corak kasut, meja, basikal dan lain-lain.

Pada masa ini, terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan di samping itu.

Batik Indonesia, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya yang terkait, telah ditetapkan oleh UNESCO sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Bukan Kebendaan (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober 2009.

Batik disebut di dalam Sejarah Melayu abad ke 17. Cerita legenda tersebut bermula ketika Laksamana Hang Nadim disuruh oleh Sultan Mahmud untuk belayar ke India untuk mendapat 140 helai batik dengan 40 corak bunga yang berbeza di setiap batik tersebut. Sebab dia tidak dapat memenuhi perintah sultannya, dia membuat batik-batik tersebut sendiri. Tetapi ketika dia hendak kembali, kapalnya tenggelam dan hanya 4 batik yang bertahan dan ini menyebabkan kemurkaan sultan.

Untuk lelaki, batik boleh dipakai di sebuah majlis makan malam. Wanita pun memakai batik sebagai pakaian formal sambil bergabung dengan fesyen moden. Pemerintah Malaysia menggalakkan pegawai awam untuk memakai batik semasa hari pertama dan hari ke 15 dalam sebulan. Di Sabah, Malaysia Timur, guru-guru digalakkan untuk memakai batik atau baju kurung ke sekolah pada setiap hari Khamis. Biasanya, sekolahnya mempunyai kain yang bercorak sendiri yang disediakan untuk setiap guru supaya pakaian semua kakitangannya seragam.

Direka oleh pereka fesyen Paris, Pierre Balmain, pada tahun 1968, sarung kebaya dibuat dari batik Asia untuk pramugari Singapore Airlines. Walaupun sarung kebaya biru kekal sebagai tanda dagangan Singapore Airlines, terdapat empat warna yang berbeza. Setiap mewakili penetapan pramugari Singapore Airlines yang memakainya.

Corak & Jenis Batik

Terdapat banyak corak yang digunakan untuk membuat batik. Corak-corak itu boleh diubah secara realistik bercampuran gaya organik dan geometri. Contoh corak yang digunakan ialah corak akar-akar menjalar, bunga air mata kasih, bunga anggerik, bunga berbaling dan lain-lain.

Terdapat empat jenis batik umum yang digunakan oleh pelukis batik. Jenis-jenis tersebut dapat disesuaikan dengan keinginan orang yang hendak membeli batik tersebut. Contoh jenis-jenis tersebut ialah batik blok, yang menggunakan blok kayu yang digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak dan batik skrin, yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker.

Ada jenis batik lain, sepert batik tulis atau canting, yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak dan batik pelangi yang tidak menggunakan lilin.

Corak-corak batik lain boleh dilihat di bawah.

Pengaruh Budaya: Indonesia Asli

Corak Batik: kawung, ceplok, gringsing, parang, lereng, truntum, sekar jagad (gabungan beberapa motif) dan motif Java yang lain.

Lokasi: Area tersendiri.

[gambar] Batik Kawung.

Pengaruh Budaya: Hindu-Buddha

Corak Batik: garuda, banji, cuwiri, kalpataru, meru or gunungan, semen rama, pringgondani, sidha asih, sidha mukti, sidha luhur

Lokasi: Java

[gambar] Garuda

Pengaruh Budaya: Islam

Corak Batik: besurek atau Arabic calligraphy, buraq

Lokasi: Bengkulu, Cirebon, Jambi

[gambar] Batik Besurek dari Bengkulu, Sumatra, Indonesia.

Pengaruh Budaya: Cina

Corak Batik: burung hong (Chinese phoenix), liong/naga (Chinese dragon), qilin, wadasan, megamendung (Chinese-style cloud), lok tjan

Lokasi: Lasem, Cirebon, Pekalongan, Tasikmalaya, Ciamis

[gambar] Qilin

Pengaruh Budaya: India

Corak Batik: jlamprang, merak, gajah

Lokasi: Cirebon, Garut, Pekalongan, Madura

[gambar] Egret

Pengaruh Budaya: Era Kolonial Eropah

Corak Batik: bukitan

Lokasi: Java

[gambar] Sejambak bunga

Pengaruh Budaya: Jepun

Corak Batik: sakura, hokokai, kekwa, rama-rama

Lokasi: Java

[gambar] Bunga Ceri

Tentang pelukis-Pelukis batik

Tumadi Patri

Tumadi Patri

Tumadi Patri dikenali sebagai pelukis batik yang mengunakan motif Jawa yang bergema dengan warisan budayanya. Hampir semua lukisannya menggunakan visual dan penglihatan dalam sebuah peristiwa yang telah terjadi. Kami melawat satu pameran bertajuk 'Cita Seni' di Arts House, yang telah diadakan dari 4 hingga Mac 12, 10 pagi hingga 8 malam. Kami berjaya melihat hampir semua lukisannya.

Tumadi menggunakan setahun dalam Nanyang Academy of Fine Arts di mana dia menghadiri dalam sebuah kursus melukis secara sambilan pada tahun 1986. Dia hanya menjadi seorang pelukis profesional sepenuh masa pada tahun 2009.

Dia percaya bahawa menggabung lukisan batik yang datang dari Jawa dan wayang kulit yang juga datang dari Indonesia dapat menerangkan tentang budayanya.

Sarkasi Bin Said

Sarkasi bin Said (b. 27 Mac 1940, Singapura), yang mempunyai nama artis Tzee, adalah seorang penduduk Singapura asli yang terkenal di dunia sebab rekaya batiknya. Dia menggunakan teknik lilin cair untuk melukis batik dan mempunyai pengertian warna yang tinggi untuk alam.

Dikenali sebagai "Baron of Batik", Sarkasi Said adalah pelukis Batik internasional yang kebanyakan lukisan-lukisan batiknya telah dipamerkan di Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, New Zealand, dan di Asia Tenggara. Selain itu, koleksi karya-karya beliau boleh didapati di Muzium Nasional Singapura, dan juga dalam koleksi awam dan swasta.

Sarkasi melukis batik dengan menggunakan teknik abstrak dan moden dalam lukisan batik di dalam konteks Singapura. Pelukis batik itu telah mengadakan pameran di negara-negara seperti Brunei, Perancis, Indonesia, Jepun, Filipina dan Amerika Syarikat. Selama ini, Sarkasi telah menjadi ahli lembaga beberapa jawatan kuasa seni seperti (NAC) Seni Panel Majlis Seni Kebangsaan Penasihat, Majlis NAC, Persatuan Seni Moden Singapura dan Jawatan kuasa Muzium Melayu.

Untuk meraihkan Chingay 2014, EZ-Link bekerjasama dengan People Association (PA), membuat Chingay 2014 Commemorative kad ez-link yang direka oleh pelukis batik terkenal, Sarkasi Bin Said dan Ika Zahri Bin Sarkasi.

Refleksi

Kamal - Saya rasa yang proses mencuba dan meneroka dalam seni batik adalah sesuai dengan naluri semula jadi seorang manusia dan selepas melihat pameran lukisan batik ini, saya rasa terdorong untuk mencuba dan mengambil kursus lukisan batik. Saya rasa kita harus menghargai pelukis-pelukis batik dan karya-karya mereka kerana batik ini suatu seni yang tidak diceburi ramai.

Faqih - Saya sangat bangga dapat melihat lukisan-lukisan atau batik-batik yang dipajang di pameran tersebut. Lukisan-lukisan batik tersebut mempunyai makna yang sangat menakjubkan. Ada sebuah lukisan batik yang sebelumnya kelihatan seperti lukisan abstrak. Pelukis lukisan abstrak itu memberitahu saya bahawa lukisan tersebut adalah sebuah tsunami yang terjadi pada tahun 2004 di laut India. Walaupun saya sudah tahu apa itu batik, masih ada banyak informasi yang Encik Tumadi perkenalkan yang tidak pernah saya dengar.

Created By
Kamal Sawlani
Appreciate

Credits:

Section, U. (2017). UNESCO Culture Sector - Intangible Heritage - 2003 Convention :. [online] Web.archive.org. Available at: https://web.archive.org/web/20141012213838/http://www.unesco.org:80/culture/ich/RL/00170 [Accessed 24 Mar. 2017]. WhyGo Indonesia. (2017). Book Review – Batik: Creating an Identity. [online] Available at: http://www.indonesialogue.com/destinations/book-review-batik-creating-an-identity.html [Accessed 24 Mar. 2017]. Wikipedia Commons, Alteaven, Gunawan Kartapranata and Aditya Bayu. (2017). Gambar dan genre batik [picture] Available at: https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=32430763, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=32430758, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=36727135, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=32430762, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=32430756, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=32430757, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=32430755, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=32418286, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=32067110, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=32057324. [Accessed 24 Mar. 2017]. Dewan sastra. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2001. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society: 1952. The Branch. 1953. http://rolda73-panitiapsv.blogspot.sg/2010/07/pengenalan-batik-kraf-tradisional.html http://senivisual1.blogspot.sg/2009/10/batik-buatan-malaysia.html http://psvspm.blogspot.sg/2009/07/batik.html http://www.khm.uio.no/tema/utstillingsarkiv/malaysia/engelsk/0_b_side1.html http://cikgusharifahofficial.blogspot.sg/2013/03/pendidikan-seni-visual-tingkatan-4-batik.html http://lamanseni09.blogspot.sg/2011/04/kraf-batik.html http://muslimfest.com/muslim_artists_friends/sarkasi-said-tzee/ http://darrenbloggie.com/2014/02/07/news-ez-link-launches-chingay-2014-commemorative-ez-link-cards-set/ https://www.singaporeair.com/en_UK/au/flying-withus/our-story/singapore-girl/ http://news.asiaone.com/news/plush/going-solo-after-31-years#sthash.vG0IDezo.dpuf https://www.sg/SG50/Pioneer%20Generation/PG%20Story/Sarkasi%20Bin%20Said-141124-052610.aspx

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.