Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan

Sejak kecil lagi, saya tidak pernah cenderung kepada idea melancong ke luar negara, terutama melalui kapal terbang. Ini disebabkan kemungkinan fobia saya pada ketinggian. Walau bagaimanapun, pada tahun ini, ibubapa saya mencadangkan untuk mengadakan "staycation" di Sentosa.

- Hari Pertama, 19 Disember 2016 -

Kami tidak sabar untuk hari ini. Walaupun kami tidak pergi ke luar negara, ia masih amat mengujakan. Oleh kerana kami hanya dibenarkan untuk memasuki ke bilik hotel kami pada pukul 14:30, kami merancang untuk makan petang di luar semetara menunggu untuk masa sampai jam 14:30. Kami tidak boleh menunggu untuk pergi ke hotel tersebut kami.

Apabila kami sudah habis makan petang, kami terus bergerak ke hotel kami. Kami berasa amat mengantuk kerana terlalu kenyang tetapi, bilik hotel kamu hanya bersiap-sedia satu jam kemudian. Pada masa itu, ia sudah terlalu lewat untuk bersiar-siar ke tempat-tempat lain dan kami memutuskan untuk makan malam selepas kami sudah mengemas barang kami.

- Hari Kedua, 20 Disember 2016 -

Kami bangun amat awal pada hari keesokan untuk cuba bersiar-siar. Kami bercadang untuk melawat "Adventure Cove" dahulu kerana takut cuaca akan menjadi teruk. Ia amat menarik untuk cuba aktiviti-aktiviti air di sana dan ia juga melegakan kami dari cuaca yang panas pada hari itu. Apabila kami telah mencuba semua di sana, kami bergerak balik ke bilik hotel kami untuk bersiap-sedia untuk makan petang di luar. Kami berehat sekejap dahulu sebelum kami bergerak ke luar untuk makan petang. Di sana, kami merancang pula jika untuk pergi ke USS atau S.E.A Aquarium.

Gambar yang diambil di USS

Kami memutuskan untuk pergi ke USS dahulu kerana kesingakatan masa. Di sana, kami dapat mencuba roller coaster. Ia adalah pengalaman yang menarik dan menakutkan pada masa yang sama. Saya rasa ia juga menolong saya dengan fobia saya, yang iatu dengan ketinggian.

- Hari Ketiga, 21 Disember 2016 -

Gambar-gambar yang diambil di S.E.A Aquarium

Pada hari ketiga, kami sudah merancang untuk pergi ke S.E.A Aquarium. Pengalaman di situ amat menarik kerana kami dapat tahu dengan kepentingan menjaga alam sekitar kami untuk melindungi spesis-spesis haiwan daripada kehapusan. Kami boleh membuat tersebut dengan menjadi lebih prihatin dan membuang sampah kami di tempat yang sesuai. Kami juga dapat melihat spesies-spesies ikan yang tidak jarang dilihat di laut-laut Singapura seperti obor-obor dan ikan pari.

Made with Adobe Slate

Make your words and images move.

Get Slate

Report Abuse

If you feel that this video content violates the Adobe Terms of Use, you may report this content by filling out this quick form.

To report a Copyright Violation, please follow Section 17 in the Terms of Use.