Loading

MAHAR Pemberian wajib suami kepada isteri

Sebagai simbolik penghargaan ikatan cinta mereka, Shukry telah menghadiahkan seutas gelang emas dan sebentuk cincin yang bertakhatakan permata kepada isteri tercintanya,Hawa.Gelang emas dan cincin tersebut digubah kemas dan diletak di dalam kotak kaca lutsinar yang dihiasi dengan bunga-buangan segar ibarat cinta mereka yang kian mekar hari demi hari. Sebelum mengikat tali perkahwinan , Shukry awal lagi sudah bertanya kepada pihak keluarga isterinya mengenai bentuk pemberian mahar yang mereka mahukan . Shukry tahu dia tidak boleh membeli sesuka hati tanpa rujukan daripada pihak keluarga isteri. Shukry juga sedar bahawa dia sememangnya wajib memberi mahar buat isterinya . Setelah berbincang antara kedua-dua pihak , kata persetujuan telah dicapai iaitu Shukry hendaklah membeli barangan perhiasan emas buat isterinya.

Assalamualaikum makcik? makcik sihat.. makcik, hajat saya harini datang nak tanya berkaitan mahar apa yang patut saya berikan kepada Hawa nanti?
Waalaikumusalam nak, macam ni la ..tak perlu susah-susah ..kamu beli sahaja perhiasan barang kemas buat Hawa..tak perlu yang mahal..janji ada satu dua barang kemas..itu pun sudah bagus..bukan apa..dari sudut pandang Islam..pihak pengantin lelaki memang wajib memberi mahar kepada bakal isteri yang ingin dikahwininya
Mahar mestilah dalam bentuk wang atau barang yang bernilai dan bermanfaat
Hukum Mahar adalah WAJIB
Kadar Mahar ; Islam tidak menentukan kadar mahar. Mahar bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal suami dan isteri

Bakal mak mertua Shukry menerangkan lagi bahawa mahar Hawa tidak mengikut kadar mahar yang sama seperti adik-beradik perempuannya yang lain.

Mahar terbahagi kepada 2 ;

1) Mahar Misil
2) Mahar Musamma

“shukry jangan bimbang, kakak-kakak Hawa sebelum ini juga maharnya tidak mahal..mana yang pihak lelaki mampu sahaja, mak cik pun tak tetapkan mahar yang sama untuk semua anak-anak makcik”- ibu Hawa

Mahar Misil

Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri

Mahar Musamma

Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

Akhirnya ibu Hawa dan Shukry bersetuju dengan mahar yang akan diberikan kepada Hawa

“Alhamdullilah, tenang hati saya makcik..saya pun bukanlah dari keluarga yang berharta sangat..tak sampai 7 keturunan pun , dah habis...” kata shukry

“Kamu ni ada-ada saje...lepas ni kerja keras lebih sikit ...mana tau..kalau-kalau Hawa tu lepas kahwin nak satu kedai emas pulak”- usik ibu Hawa

Shukry tergelak mendengar jenaka bakal mak mertuanya itu

Daripada aisyah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya sebesar-besar keberkatan dalam perkahwinan ialah yang sederhana maharnya.